Pages

Sunday, July 31, 2011

Ancaman untuk mereka yang meninggalkan solat

by Jamil Md Noh 
1) Seluruh malaikat 7 petala langit dan bumi melaknat orang yg meninggalkan solat.
2) Tiada ada bahagian baginya pada syafaat Nabi bagi  orang yg meninggalkan solat.
    - Org yg tidak solat meninggalkan selawat yang wajib bagi Nabi, bermakna susah mendapat syafaat Nabi Muhammad s.a.w. Malah orang yang tinggalkan solat juga menafikan hak muslim lain keatas dirinya kerana tidak mendoakan muslim yang lain.
3) Orang yang meninggalkan solat tidak di akui sebagai umat Muhammad. Bermakna tidak ada tempat baginya di dalam islam.
5) Sial yang ada pada orang yang meninggalkan solat akan terkena pada orang yang bersahabat dengannya.
6) Memberi makanan kepada anjing lebih baik daripada memberi makan kepada orang yang tidak mahu solat.
7) Tempat sujud dimana seseorang yang solat akan menjadi saksi baginya di akhirat kelak. Tempat itu akan menangis apabila seseorang yang sujud ditempat itu meninggal dunia.
 (Tempat orang yg beribadat itu ingin diambil tabaruk oleh haiwan sekali pun.)
8) Ada Nur dan tanda bagi orang yang mengerjakan solat 5x sehari di akhirat kelak. Mereka yang meninggalkan solat akan ditempatkan oleh Allah taala berserta firaun, haman dan ubai bin khalab.
-Tidak akan di terima puasa orang yang meninggalkan solat..    Oleh itu periksa lah solat anak-anak, saudara mara yg terdekat, Nasihati lah mereka agar memelihara solat dengan sebaiknya kerana semua amalan lain tak diterima Allah Taala.
Orang yang tak solat adalah Fasik.  Fasik itu membawa kepada kekufuran.
Didalam kitab taurat, injil dan zabur dan furqan, akan dilaknat oleh malaikat pada orang yang tak solat.
1000 kemurkaan Allah taala dan 1000 kebencian(laknat) oleh segala makhluk terhadap orang yang meninggalkan solat.

Umat Islam Di Malaysia Mula Berpuasa 1 Ogos

KUALA LUMPUR: Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada 1 Ogos.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Isnin ini, 1 Ogos 2011, bagi mengikut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
Pengumuman itu disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Pada 26 Julai lepas, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah serta Hisab. - BERNAMA

http://www.mstar.com.my

Gempa bumi 6.4 magnitud gegar Fukushima, Jepun

TOKYO: Gempa bumi berukuran 6.4 magnitud mengegarkan barat laut wilayah Fukushima Jepun awal pagi ini tetapi tiada risiko tsunami dilaporkan./>Agensi Bomba dan Pengurusan Bencana kebangsaan negara itu berkata, kejadian berlaku pada kira-kira jam 3:54 pagi itu menyebabkan tujuh cedera tetapi tiada kerosakan di loji nuklear Fukushima Daiichi plant yang digegarkan oleh gempa bumi berukuran 9.0 magnitud serta tsunami Mac lalu.Di bandar Hitachinaka, seorang lelaki berusia 60 tahun patah pergelangan tangannya selepas terjatuh dari katil.Dua wanita warga emas masing-masing berusia 69 dan 90 pula cedera apabila cedera selepas terjatuh di kediaman mereka di Koriyama. - AFP
http://www.bharian.com.my

45 orang terbunuh dalam serangan tentera Syria

NICOSIA: Sekurang-kurangnya 45 orang terbunuh hari ini apabila tentera melancarkan serangan terhadap bandar Hama di tengah Syria.Tentera dan pasukan keselamatan memasuki Hama pagi ini dan melepaskan tembakan ke arah orang awam menyebabkan 45 maut dan menyebabkan ramai cedera," kata Pemerhati Hak Asasi Syria berpusat di Britain, Rami Abdel Rahman.< Sementara itu, enam terbunuh dan 50 cedera apabila tentera menyerang bandar timur Deir Ezzor dan tiga terbunuh dan ramai lagi cedera di Harak, selatan wilayah Deraa. - AFP
http://www.bharian.com.my

10 pengawal syarikat swasta terbunuh di Afghanistan

GHAZNI: Seramai 10 pengawal syarikat kawalan keselamatan swasta terbunuh dalam serangan terhadap konvoi membawa bekalan untuk angkatan asing.Kejadian semalam berlaku ketika konvoi berkenaan diserang hendap oleh kumpulan bersenjata di tengah wilayah Ghazni.
"Semalam, konvoi logistik dikawal syarikat keselamatan swasta, Qudrat diserang oleh kumpulan bersenjata di daerah Muqur menyebabkan 10 pengawal terbunuh dan enam cedera," kata jurucakap kerajaan tempatan, Maroof Ayubi. - AFP
http://www.bharian.com.my

Gadis pengsan setelah rakam gambar sedang mandi dengan tangan ‘lembaga’

SIBU: Penduduk di kawasan rumah panjang di Sungai Nibong, berdekatan  Jambatan Sungai Nibong dekat sini gempar apabila mendapati seorang gadis remaja pengsan setelah mandi-manda di sungai terbabit, petang kelmarin.

PERCAYA ATAU TIDAK: Kelihatan tangan makhluk (anak panah) yang dipercayai ‘hantu’ cuba mencekik mangsa melalui gambar yang dirakam.
Menurut sumber, mangsa yang berumur lingkungan belasan tahun dari rumah panjang berdekatan dikatakan merakam gambar sewaktu mandi manda sehingga muncul satu imej yang me-nyerupai tangan satu lembaga seolah-olah hendak mencekik leher mangsa.
“Setelah mengambil gambar, mangsa terus naik ke tebing dan pengsan sehingga menyebabkan rakan-rakannya yang lain terkejut dan cuba membantunya.
“Melihat mangsa gagal memberi sebarang tindak balas, salah seorang rakannya kemudian berlari ke rumah panjang berdekatan untuk meminta pertolongan,” ujarnya yang enggan dikenali kepada Utusan Borneo, semalam.
Penduduk rumah panjang yang dimaklumkan jelasnya, kemudian bergegas ke tempat kejadian dan cuba memberikan pertolongan kepadanya termasuk menggunakan jampi tertentu.
Menurutnya, sedang beberapa orang penduduk rumah panjang sibuk memberi pertolongan kepadanya, salah seorang rakannya sempat mengimbas gambar yang diambil dengan menggunakan telefon bimbit dan alangkah terkejutnya dia apabila melihat objek yang menyerupai tangan ‘hantu’ cuba mencekik mangsa kelihatan dalam gambar itu.
“Salah satu tangan ‘benda’ itu terletak berdekatan dengan dagu remaja itu sementara tangan satu lagi sudah berada di tengkuk kirinya dan dilihat seolah-oleh bersedia untuk mencekik mangsa yang sedang berada di dalam sungai tersebut untuk memberikan posenya kepada rakan yang sedang mengambil gambarnya,” ujar sumber itu.
Jelas sumber itu, mangsa kemudian dibawa ke rumah panjangnya dan difahamkan sudah sedar dan keadaannya tidak membimbangkan.
Bagaimanapun katanya, satu upaca-ra ‘ngampun’ mengikut adat lama ma-syarakat Iban akan dijalankan hari ini (semalam) di sungai tersebut bagi me-minta maaf kepada makhluk halus itu.
Bagi mengikuti perkembangan upacara terbabit semalam, Utusan Borneo tidak dibenarkan membuat liputan sama ada mengambil sebarang gambar di kawasan terbabit atas sebab-sebab tertentu bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.
Gambar ini yang dikirimkan melalui MMS kepada telefon bimbit pemberita Utusan Borneo menimbulkan keanehan apabila tangan makhluk terbabit sungguh ketara dilihat jika ia diperhatikan betul-betul.
Percaya atau  tidak, ia terpulang kepada individu itu sendiri tetapi gambar ini menimbulkan misteri dan ia benar-benar berlaku di kawasan tersebut.
Sungai Nibong yang terletak kira-kira 30 meter dari pusat bandar ini dan terletak di Jalan Nibong-Tada.
Kejadian itu berlaku tidak jauh dari jambatan Sungai Nibong yang terletak di jalan terbabit.
Utusan Borneo turut diberitahu bahawa jalan raya di situ, sama ada sebelum dan selepas Jambatan Sungai Nibong itu merupakan satu tempat yang ‘sangat keras’.
Menurut penduduk di situ, jalan terbabit sudah banyak mengorbankan nyawa manusia yang terlibat dalam kecelakaan jalan raya.
Kata mereka, setiap kemalangan yang berlaku di situ pasti akan meragut nyawa dan jarang yang selamat apabila ditimpa kemalangan di jalan terbabit.
Ada antara mereka menyatakan bahawa banyak pengguna jalan raya yang melalui jambatan terbabit kerap diganggu oleh makhluk halus terutama pada waktu malam.
http://www.theborneopost.com

Breivik turut jadikan istana sasaran serangan



OSLO 30 Julai - Suspek serangan berkembar di Oslo pada 22 Julai lalu, Anders Behring Breivik dilapor turut menjadikan istana dan ibu pejabat parti pemerintah, Parti Buruh sebagai antara sasarannya, lapor akhbar tabloid Verdens Gang (VG), hari ini.
"Ketika disoal siasat, suspek memberitahu dia merancang untuk melancarkan serangan di lokasi lain, tetapi sebaliknya menyerang pejabat kerajaan di Oslo dan kem belia di Utoya.
"Saya tidak mahu mengulas lanjut mengenai sasaran yang disenaraikan suspek kerana ia boleh mengancam keselamatan negara," kata pendakwa raya Paal-Frederick Hjort Kraby yang dipetik VG.
Breivik mensasarkan istana kerana tempat tersebut mempunyai nilai simbolik, sementara ibu pejabat Parti Buruh pula dianggap sebagai lokasi mewujudkan masyarakat pelbagai budaya yang amat dibenci suspek.
Polis Norway bagaimanpun enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut dan menolak untuk mengenal pasti tempat-tempat yang menjadi sasaran suspek.
"Pada peringkat penyiasatan dan berdasarkan kepada kenyataan suspek, kami telah menyiasat beberapa kawasan yang berisiko menjadi sasaran serangan dan kami tidak menjumpai sebarang perkara yang meragukan," kata ketua penyiasat, John Frederiksen. - AFP,utusan

Pembunuhan Abdel Fatah disiasat



BENGHAZI 30 Julai - Pemberontak Libya di Benghazi sedang menjalankan siasatan berhubung pembunuhan ketua tentera mereka, Jeneral Abdel Fatah Younis ketika rejim Muammar Gaddafi menuduh kumpulan al-Qaeda bertanggungjawab di atas kejadian tersebut.
"Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) telah melantik jawatankuasa siasatan dan kami akan menyiarkan semua fakta berhubung siasatan kes ini," kata Ali Tarhuni yang bertanggungjawab dalam hal ehwal ekonomi NTC.
Younis merupakan orang kanan Gaddafi yang menyertai rampasan kuasa pada 1969, sebelum berpaling tadah menjadi ketua tentera pemberontak.
Tarhuni berkata, jenazah Younis yang dipenuhi kesan tembakan dan terbakar sepenuhnya telah ditemui awal semalam di pinggir bandar Benghazi, tetapi NTC hanya menerima berita kematiannya lewat kelmarin selepas ketua militia yang melakukan pembunuhan itu membuat pengakuan.
"Ketua militia itu kini ditahan," katanya sambil menambah beberapa lagi suspek yang dipercayai pengikut briged Jirah Ibn al-Obeidi masih belum diberkas dan motif pembunuhan masih tidak jelas. - AFP
http://www.utusan.com.my

42 maut pertempuran sengit tentera-militan di Yaman

ADEN 30 Julai – Sekurang-kurangnya 42 maut dalam pertempuran sengit berhampiran timur bandar Zinjibar yang kebanyakan kawasannya telah dikuasai kumpulan militan al-Qaeda.
Seramai 11 penduduk awam termasuk pegawai atasan terbunuh dalam pertempuran antara pasukan tentera dan kumpulan militan di Dofas, 15 kilometer selatan wilayah Abyan, ibu kota Zinjibar.
Semalam, kira-kira 29 anggota puak prokerajaan terbunuh akibat serangan udara dan pertempuran dengan kumpulan militan manakala berpuluh-puluh lagi cedera di timur Zinjibar. – AFP
http://www.utusan.com.my

Satu terkorban banjir di Jepun



Arus deras banjir yang membawa lumpur melimpah dari sungai Tadamigawa di Yanaizu, wilayah Fukushima, semalam. Seorang maut, sementara 400,000 yang lain terpaksa dipindahkan selepas hujan lebat melanda Niigata dan Fukushima. - AFP


TOKYO 30 Julai - Banjir di Jepun meragut korban pertama hari ini ketika hampir 400,000 orang digesa berpindah selepas bencana itu mengorbankan berpuluh-puluh orang di semenanjung Korea.
Kerajaan tempatan di Niigata dan Fukushima mengeluarkan arahan berpindah selepas agensi kaji cuaca kebangsaan mengeluarkan amaran tahap tertinggi tentang ramalan lebih banyak banjir dan tanah runtuh akan berlaku.
Rakaman dari helikopter yang disiarkan oleh NHK menunjukkan banyak jambatan di sungai Shinano di Niigata ditenggelami air, sementara pokok-pokok dan tiang telefon turut tumbang.
Kamo City di Niigata paling terjejas teruk apabila banjir menenggelamkan jalan-jalan di bandar itu.
NHK melaporkan, sejumlah 396,000 orang digesa berpindah awal hari ini, tetapi tiada arahan wajib dikeluarkan walaupun paras air sungai meningkat, tembok pecah dan rumah ditenggelami air.
Korban pertama, Eiichi Murayama, 67, maut di Tokamachi City, di Niigata awal hari ini selepas kenderaan yang dipandunya dihanyutkan air semalam, menurut polis di Niigata. - AFP
utusan

Pelakon kerdil tunjuk kemaluan


LEICESTER: Pelakon kerdil yang turut membintangi filem Harry Potter dan Star Wars dikenakan hukuman penjara tertangguh selama 20 minggu selepas didapati bersalah menunjukkan kemaluannya kepada seorang pelajar perempuan dalam sebuah kereta api.
Nicholas Read, melakukan perbuatan tidak senonoh itu ketika duduk di sebelah pelajar terbabit tahun lalu. - Agensi
http://www.hmetro.com.my

Polis pecah kereta selamatkan ‘bayi’

LONDON: Polis memecahkan cermin sebuah kereta untuk menyelamatkan seorang bayi yang ditinggalkan dalam kenderaan itu ketika cuaca panas terik sebelum menyedari ia hanya anak patung.
Chanel Cristofis, 5, meninggalkan anak patungnya, Sam, dalam kereta bapanyanya, Anastasi selepas dihantar ke sekolah.
Anastasi kemudian pergi bekerja.

Seorang wanita yang melintas kawasan tempat letak kereka ternampak anak patung bersaiz bayi itu, menyangka ia bayi betul yang ditinggalkan di dalam kereta, sebelum bertindak menelefon polis.
Kerana bimbang ‘kanak-kanak’ itu akan mati akibat kepanasan, anggota polis memecahkan cermin kereta berkenaan sebelum menyedari kesilapan mereka.Anastasi, 37, berkata: “Saya terkejut apabila polis datang sambil memegang anak patung itu serta menceritakan apa yang berlaku.“Mereka memberitahu saya supaya tidak meninggalkannya di dalam kereta lagi,” kata Anastasi.
Anak patung serupa itu amat popular di kalangan kanak-kanak perempuan.
Pengeluarnya berusaha keras untuk menjadikannya kelihatan seperti bayi, termasuk melukis tanda lahir padanya.
Isteri Anastasi, Victoria berkata, anaknya tidak boleh dipisahkan dengan anak patung itu tetapi ia menyebabkan pelbagai masalah.
Pernah seorang wanita terkejut dan ketakutan melihat Chanel menggoncangkan kepala anak patung itu. Wanita itu menyangka ia bayi betul,” kata Victoria. - Agensi
http://www.hmetro.com.my

Tak tahan isteri membisu

QATIF: Seorang suami mengambil langkah untuk membatalkan perkahwinannya selepas isteri yang baru dikahwininya enggan bercakap dengannya.
Sebuah akhbar tempatan di Qatif, wilayah timur Arab Saudi melaporkan, si suami mendakwa isterinya tidak menghadapi masalah atau penyakit yang menghalangnya untuk berkomunikasi kerana dia pernah melihat isterinya berbual dengan rakannya.

Dia memujuk isterinya supaya berbual dengannya, lebih-lebih lagi mengenai hal penting berkait dengan keluarga tetapi wanita itu tetap membisu.

Mahkamah yang membicarakan kes itu merujuknya kepada jawatankuasa kaunseling untuk membuat keputusan. - SG
http://www.hmetro.com.my

4 jeneral Turki berhenti


ISTANBUL: Institusi tentera Turki kecoh semalam selepas empat pemimpin paling kanannya meletak jawatan kerana membantah penahanan 250 pegawai atas tuduhan bersekongkol untuk mengguling kerajaan Perdana Menteri Tay- yip Erdogan.
Ketua Turus Tentera, Jeneral Isik Kosaner meletak jawatan bersama-sama panglima tentera darat, laut dan udara menyebabkan pasukan tentera kedua terbesar dalam Nato berada dalam keadaan tidak menentu sejurus sebelum lembaga kenaikan pangkat pegawai kanan bersidang.

Dalam mesej terakhirnya kepada anggota tentera, Isik berkata, adalah sukar baginya untuk mempertahankan hak asasi anggotanya yang ditahan akibat kecacatan dalam proses kehakiman.

Hubungan antara tentera yang berfahaman sekular dengan kerajaan Erdogan yang berfahaman konservatif sentiasa tegang sejak ia mula memerintah pada 2002.

Mengulas mengenai perkembangan itu, akhbar Sabah dengan tajuk ‘Gempa empat bintang,’ turut melaporkan kecaman Isik terhadap liputan media mengenai tentera.

“Media cuba mewujudkan tanggapan bahawa pasukan tentera Turki ialah sebuah pertubuhan jenayah,” menurut kenyataan yang dikeluarkan Isik.


Kira-kira 250 pegawai tentera, terasuk 77 yang sudah bersara dipenjara berhubung operasi ‘Sledgenhammer’ yang didakwa rancangan untuk menggulingkan kerajaan pada 2003. - AFP
http://www.hmetro.

Libya dakwa al-Qaeda bunuh Abdel Fatah


TRIPOLI: Jurucakap pemimpin Libya, Muammar Gaddafi semalam mendakwa kumpulan al-Qaeda bertanggungjawab membunuh ketua pemberontak, Abdel Fatah Yunis.
“Menerusi tindakan itu, al-Qaeda mahu membuktikan kehadiran dan pengaruhnya di timur Libya yang dikuasai pemberontak yang berjuang untuk menggulingkan Gaddafi,” kata Moussa Ibrahim kepada wartawan.

“Pemimpin pemberontak lain dalam Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) mengetahui hal itu tetapi tidak boleh bertindak kerana mereka takutkan al-Qaeda.

“Pembunuhan Abdel Fatah membuktikan NTC tidak ada kuasa di Benghazi. Sebaliknya, al-Qaeda yang berpengaruh di wilayah itu,” katanya.

Kumpulan pemberontak Libya sebelum ini menuduh Gaddafi bertanggungjawab dalam pembunuhan itu.

Abdel Fatah ialah orang kanan Gaddafi dan terbabit dalam rampasan kuasa 1969 yang membolehkan Gaddafi berkuasa sebelum dia berpaling tadah untuk menyertai pemberontak Februari lalu.


Mayatnya yang penuh dengan peluru dan separuh hangus ditemui di pinggir bandar Benghazi kelmarin.Sementara itu, Nato semalam mengumumkan ia mengebom dan memusnahkan tiga stesen pemancar televisyen Libya.Mengumumkan demikian di Brussels, pakatan itu berkata, serangan berkenaan bertujuan menyekat Gaddafi daripada muncul di televisyen. - AFP<http://www.hmetro.com.my

Isteri bekas Presiden Tunisia gagal bunuh diri

TUNIS: Beberapa akhbar Tunisia semalam melaporkan, Leila Trabelsi, isteri bekas Presiden Tunisia, Zine el Abidine ben Ali dihantar ke hospital di Abha, Arab Saudi setelah cuba membunuh diri.
Akhbar berkenaan yang memetik laporan Arab 48 mendakwa Leila yang hidup dalam buangan bersama suaminya gagal dalam cubaan membunuh diri kerana racun yang diminumnya itu terlalu sedikit.

Pegawai perubatan di hospital terbabit, Abdullah an-Nalisi berkata, keadaan bekas wanita pertama Tunisia itu beransur pulih.

Polis berkata, hasil siasatan menunjukkan seorang warga Mesir membeli ubat mengandungi racun yang dipesan oleh Leila. - Agensi
http://www.hmetro.com.my

Dipaksa makan najis anjing

PHOENIX (Arizona): Empat orang dewasa berdepan dengan tuduhan membunuh secara kejam seorang kanak-kanak berusia 10 tahun yang dikurung dalam kotak kecil sebagai hukuman mengambil aiskrim tanpa kebenaran.Pihak berkuasa mulanya mengisytiharkan Amy Deal ‘mati tanpa diketahui puncanya,’ selepas keluarganya berkata dia meninggal dunia secara mengejut ketika bermain dengan kanak-kanak lain di kediamannya di Phoenix.Bagaimanapun, Jumaat lalu, punca kematiannya diubah kepada ‘dibunuh’ selepas penyiasat menemui corak penderaan yang mengejutkan, termasuk memaksa kanak-kanak perempuan itu memakan najis anjing, tidur di kamar mandi dan memaksanya berjalan kaki ayam di luar ketika cuaca panas.Polis berkata, Ame sering dikunci dalam kotak 1 meter panjang dan setengah meter lebar dan kira 300 sentimeter dalam.Kesalahan terakirnya sebelum dia mati ialah mengambil aiskrim tanpa izin.Sepupunya, John dan Samantha Allen, masing-masing brusia 23 tahun, mengaku mengurung kanak-kanak itui pada hari dia matiMereka menghadapi tuduhan membunuh dengan niat.Ibu saudara Ame yang juga penjaganya yang sah, Cynthia Stolzmann, 44, dan neneknya, Judith Deal, 62, memberitahu polis, mereka sebelum ini sering mendenda kanak-kanak itu dengan mengurungnya di dalam kotak itu.Kedua-duanya menghadapi tuduhan mendera dan menculik.Penyiasat berkata, mayat Amy ditemui dengan pakaian sungguh kotor. Kanak-kanak itu mati ketika dibawah jagaan mereka yang sepatutnya memberi kasih sayang dan menjaganya. Kes ini sungguh menyedihkan, termasuk penyiasat paling berpengalaman,” kata jurucakap polis Phoenix, Sarjan Trent Crump. - Agensihttp://www.hmetro.com.my

Baju kurung merah jambu jadi kenangan


    IBU Mohd Ashraf Hafiz      menyiram air ke pusara anaknya sambil diperhatikan suaminya, Abd Aziz di Tanah Perkuburan Islam Seberang Takir,  Kuala Terengganu, semalam. - Foto Imran Makhzan
IBU Mohd Ashraf Hafiz menyiram air ke pusara anaknya sambil diperhatikan suaminya, Abd Aziz di Tanah Perkuburan Islam Seberang Takir, Kuala Terengganu, semalam. - Foto Imran Makhzan

Lelaki tukar jantina dilapor tertekan tunggu rayuan

KUALA TERENGGANU: "Makcik terkilan kerana Aleesha tidak sempat menggayakan baju kurung Pahang berwarna merah jambu yang ditempah untuk Aidilfitri. Atas permintaannya, baju kurung itu siap sehari saja, cuma belum dipasang labuci.
“Arwah selalu menyebut ‘tidak sempat’ di hujung perbualannya mengenai pelbagai perkara terutama Ramadan dan Aidilfitri. Rupanya dia memang tidak sempat melalui bulan mulia Ramadan kerana terlebih dulu pergi meninggalkan kami,” kata Mak Yah, 50, ibu kepada Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 26, lelaki yang gagal dalam permohonannya menukar nama dan status jantina dalam MyKad kepada Aleesha Farhana.
Dalam sebak dan terkejut dengan kematian anak sulungnya, Mak Yah yang enggan memberitahu nama penuhnya berkata, mereka benar-benar terasa kehilangan kerana arwah terlalu akrab dengannya dan bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60.

Kuih revolusi sempena puasa Ramadan


DUA wanita membuat roti menjelang Ramadan di Benghazi.
DUA wanita membuat roti menjelang Ramadan di Benghazi.

Ramai wanita Benghazi cari rezeki di kedai roti 

BENGHAZI: Umat Islam tidak kira di mana menghormati bulan suci Ramadan kerana pada masa inilah mereka melakukan ibadat lebih khusyuk dan tawaduk dengan menambah amalan wajib dan sunat.
Begitu juga di Libya, dalam keadaan perang atau aman kaum wanita di kubu kuat pemberontak yang diiktiraf negara Barat sebagai pemerintah baru negara itu, mereka bekerja kuat untuk memenuhi permintaan pelanggan.
Berpuluh-puluh wanita menguli tepung menjadi adunan pelbagai bentuk, membuat pai manis dan masin di kedai roti terkenal Al Harabi tanpa gentar dengan perang, suhu panas, bekalan tenaga terputus dan bajet terhad. 

Umat Islam dijangka mula berpuasa sempena Ramadan pada 1 Ogos depan. Sepanjang bulan ini, keluarga berkumpul untuk berbuka dengan juadah enak merangkumi pai buah zaitun, keju dan manisan istimewa sempena bulan puasa. 

Revolusi yang dilancarkan Februari lalu untuk menggulingkan Muammar Gaddafi ternyata mengubah cara hidup. 

Golongan lelaki yang lazimnya menjadi tulang belakang keluarga keluar ke barisan depan, ada yang kehilangan kerja manakala universiti dan sekolah ditutup serta perniagaan dan kediaman musnah atau terputus bekalan elektrik. 
Oleh itu, kaum wanita terpaksa keluar rumah mencari nafkah dan kebanyakannya mendapat kerja di Al Harabi. 

“Kami tiada wang tetapi saya ada masa lapang, jadi saya kerja di sini,” kata Iman al-Jihani, 22, pelajar perubatan yang menjadi sukarelawan selama dua malam seminggu di Hospital al Jalaa Benghazi. 

Di kedai itu, dia memperoleh upah bulanan 275 dinar Libya (RM679) yang dibayar mengikut waktu, tidak seperti bapanya, seorang polis yang sering menerima gaji lewat. 

Gaji Iman membantu meringankan beban keluarganya. Bagi Ghada Ali, 20, bekerja di kedai roti itu adalah soal kesinambungan hidup. 

Bapa dan dua abangnya berjuang di Brega dan Misrata, barisan depan di barat Benghazi, meninggalkan Ghada menjaga ibunya yang sakit dan tiga adik perempuan. 

“Saya bertanggungjawab atas semuanya kini, termasuk sewa rumah. Saya sentiasa bimbang. Setiap masa saya memikirkan mereka,” katanya sambil menguli dengan lebih pantas dan hanya berhenti untuk mengesat peluh dan air mata. 

Ketika aman, perniagaan kedai roti itu sangat laris ketika dibuka pada 2006 dengan empat wanita pembuat roti. Kini, 70 pekerja wanita bekerja di situ. 

“Manisan adalah keistimewaan wanita,” kata Selma Abdelsalam, 50, sambil menggulung tamar Tunisia dalam adunannya. 

Kedai roti itu menyediakan sekurang-kurangnya 100 jenis manisan yang dijual di kawasan pemberontakan hingga ke timur Tobruk berdekatan sempadan Mesir dan Kufra di selatan berdekatan sempadan Chad. 

“Kami buat kuih dengan warna revolusi untuk meraikan pembebasan Libya,” kata Wisha Ibrahim, yang bekerja di kedai roti itu sejak ia dibuka. 

Kadang kala, kedai roti itu menghantar manisan ke barisan depan supaya pemberontak mengingati kampung halaman. 

Pemilik kedai, Mohammed al-Harabi, berjata dia bimbang permintaan akan berkurangan tahun ini kerana kekurangan modal sejak beberapa bulan lalu. – AFP 
http://www.bharian.com.my

Artik tiada ais menjelang 2030


KECAIRAN ais di Kutub Utara turut mengancam habitat beruang kutub.
KECAIRAN ais di Kutub Utara turut mengancam habitat beruang kutub.
Cuaca semakin panas di Kutub Utara
 

COLORADO: Lautan ais di Artik dilaporkan cair pada kelajuan tertinggi pada tahun ini, menunjukkan kenaikan suhu di Kutub Utara semakin meningkat menyebabkan sebahagian besar kawasan Artik diramalkan tiada lagi ais 30 tahun lagi.

Menurut pemantauan satelit Pusat Data Ais dan Salji Kebangsaan Amerika Syarikat (NSIDC), hanya 15 peratus kawasan Artik diselaputi ais baru-baru ini, iaitu seluas 8.5 kilometer persegi, kadar paling rendah berbanding rekod sebelumnya yang dibuat pada 2007.
Selain itu, data terbaru Pusat Sains Pola Universiti Washington menunjukkan ketebalan ais kawasan Artik tahun ini juga adalah yang paling nipis. 
Pengarah NSIDC, Mark Serreze, berkata sejak dua minggu lalu laut Artik kehilangan 150,000 kilometer persegi kawasan berais sehari. 

“Kadar ais yang menutupi kawasan semakin berkurangan dan pada masa sama semakin menipis. Keadaan cuaca yang sebelum ini mencairkan ais menyebabkannya cair lebih pantas. 

“Keadaan boleh berubah tetapi proses itu akan berterusan sehingga tiada lagi ais di Artik menjelang 2030. Kecairan ais akan berterusan,” kata Serreze. 
Pemanasan global mencairkan ais Artik sejak 30 tahun lalu pada kadar tiga peratus setiap dekad secara purata. Tetapi dua data baru menunjukkan bahawa Artik yang bebas ais boleh menjadi kenyataan dalam masa 30 tahun, jika ia berterusan. 

Ia adalah 40 tahun lebih awal daripada yang dijangkakan dalam penilaian laporan terakhir Panel Antara Kerajaan Mengenai Perubahan Iklim (IPCC). 

Lautan ais yang berada pada tahap maksimum pada Mac dan paling rendah dalam September setiap tahun disifatkan ‘keadaan yang membimbangkan’ bagi perubahan iklim kerana cuaca kutub semakin panas lebih cepat berbanding tempat lain di Bumi. 

Berdasarkan NSIDC, suhu udara bagi Jun 2011 adalah antara 1 dan 4 darjah Celsius lebih tinggi kepanasannya berbanding kebanyakan tempat lain di Artik. 

Keputusan itu menyokong kajian dalam jurnal sains baru-baru ini yang mengatakan bahawa aliran air dari Atlantik ke laut Artik adalah lebih panas hari ini berbanding 2,000 tahun dan boleh menjadi satu penerangan kepada kecairan lautan ais besar-besaran sekarang yang dipantau. 

Simulasi komputer oleh NASA menunjukkan bahawa kecairan ais Laut Artik tidak akan berterusan secara tetap. Berbanding dengan 1950-an, lebih separuh ais Laut Artik sudah hilang. 

Pengasas halaman web pemantauan iklim Weather Underground, Jeff Masters, berkata satu sistem tekanan tinggi berpusat di utara Alaska menyebabkan langit cerah dan sinaran matahari mencairkan ais Artik. 

“Gabungan tindakan udara mengikut aliran jam di sekitar kawasan tinggi tinggi dan melawan arah jam di seluruh sistem tekanan rendah berhampiran pantai barat Siberia menyebabkan panas, angin selatan ke Artik yang mendesak ais jauh dari pantai Siberia, menggalakkan pencairan,” katanya. – Agensi 

Pemancar TV Libya kena bedil


BANGUNAN stesen TV Libya yang musnah akibat serangan udara NATO, awal pagi semalam. (berita lanjut) - Foto Reuters
Serangan udara NATO untuk takutkan rakyat, hasut tindakan ganas 
BRUSSELS: NATO melakukan serangan tepat ke atas tiga pemancar televisyen (TV) Libya untuk mendiamkan 'siaran pengganas' oleh rejim Muammar Gaddafi.

“Beberapa jam lalu, NATO menjalankan satu serangan udara tepat yang menggagalkan pemancar satelit televisyen Libya berpusat di darat di Tripoli, dengan hasrat melemahkan penggunaan televisyen satelit Gaddafi sebagai cara untuk menakut-nakutkan rakyat Libya dan menghasut tindakan ganas ke atas mereka,” kata satu kenyataan.
Menurut kenyataan dikeluarkan jurucakap Pakatan, Kolonel Roland Lavoie, serangan itu dilakukan pesawat pejuang NATO menggunakan senjata tepat dan canggih.

“Kami kini dalam proses menilai kesannya.

“Campur tangan kami adalah perlu kerana TV digunakan sebagai satu komponen dalaman jentera rejim yang direka secara sistematik untuk menindas dan mengancam orang awam dan mencetuskan serangan ke atas mereka,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, amalan Gaddafi meningkatkan siaran hasutan menggambarkan dasar rejimnya mencetuskan kebencian di kalangan rakyat Libya, bagi menggerakkan penyokongnya menentang orang awam dan mencetuskan pertumpahan darah.
“Dengan mandat melindungi nyawa orang awam, kami perlu bertindak. Selepas pertimbangan dan perancangan berhati-hati bagi meminimumkan risiko kematian atau kerosakan jangka panjang terhadap keupayaan pemancar televisyen, NATO melakukan serangan.

“Menyerang khusus piring satelit penting dalam mengurangkan keupayaan rejim untuk menindas orang awam, sementara pada masa sama melindungi infrastruktur siaran televisyen yang diperlukan selepas konflik,” kata kenyataan itu lagi.

Seorang wartawan AFP di Tripoli, berkata berbelas-belas letupan terbaru menggegarkan ibu kota Libya semalam, yang menjadi sasaran hampir setiap hari oleh serangan udara NATO.

Sejurus selepas jam 10 malam (waktu tempatan) Jumaat, sekurang-kurangnya 10 letupan kuatkedengaran di pusat bandar.

Awal pagi semalam, tiga letupan menggegarkan daerah berhampiran kediaman Gaddafi di tengah Tripoli dan menggegarkan hotel berhampiran yang didiami wartawan antarabangsa.

Televisyen Libya berkata, ibu kota itu ketika ini menjadi sasaran penyerang penjajah salib,” frasa ditujukan buat NATO.

Satu pengumuman dalam televisyen Al-Jamahiriya, berkata ibu pejabat televisyen Libya itu terkena serangan. Beliau tidak memberi perincian lanjut. – AFP
http://www.bharian.com.my

Umat Islam mula berpuasa esok

JEDDAH: Pusat cerapan di beberapa negara Islam sebulat suara bersetuju anak bulan Ramadan tidak dapat dilihat petang semalam dan bermakna umat Islam mula puasa esok. 
Timbalan pengerusi Persatuan Astronomi Arab Saudi, Sharaf Al-Sufyani, berkata pihaknya mengadakan upacara melihat anak bulan petang semalam di bawah seliaan Mahkamah Agung. Mahkamah Agung adalah institusi khas yang diberi kuasa memutuskan tarikh permulaan puasa di Arab Saudi.

Beliau berkata, upacara melihat anak bulan juga dilakukan di Al-Hada, Taif. Di Bahrain, persatuan astronomi negara itu dalam kenyataan yang dikeluarkannya, juga melahirkan pandangan sama.

“Kami meramalkan, anak bulan Ramadan tidak dilihat pada petang Sabtu, sebaliknya akan kelihatan pada petang Ahad. Berikutan itu umat Islam akan menunaikan ibadat puasa pada Isnin,” kata kenyataan itu.

Di Ireland, pejabat Majlis Perayaan dan Penyelidikan Eropah di Dublin berkata, umat Islam di Eropah menyambut Ramadan Isnin.

Majlis itu meramalkan anak bulan Ramadan dapat dilihat dengan jelas pada petang Ahad di sebahagian Afrika Utara, Semenanjung Arab dan Amerika Utara.
Sementara itu di Makkah, Imam Besar Masjidil Haram, Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais menggesa umat Islam menunaikan ibadat puasa dengan cara dan semangat yang disarankan di dalam kitab suci al-Quran. – Agensi
http://www.bharian.com.

Irama biola ilham bunuh 76 mangsa

EMPAT penampilan berbeza Breivik  diambil dari laman Facebook dan YouTube bagi menunjukkan kecelaruan jiwanya.
EMPAT penampilan berbeza Breivik diambil dari laman Facebook dan YouTube bagi menunjukkan kecelaruan jiwanya.
Breivik turut telan streroid, pil
 

OSLO: Fanatik Kristian sayap kanan Norway, Anders Behring Breivik mendengar irama gesekan biola Lux Aeterna oleh Brit Clint Mansell pada nada paling maksimum menerusi iPod ketika membunuh 76 orang dalam 90 minit ketika latar belakang peribadinya mula didedahkan kepada umum.

Beberapa jam sebelum serangan, Breivik memberitahu dia mendengar lagu bertenaga berulang kali dan menelan steroid dan pil enphedrine untuk menyalakan kemarahan yang meluap dalam dirinya.
“Saya memasang bunyi paling kuat dalam iPod untuk menghilangkan perasaan takut. Saya dengar lagu ini beratus kali dan tidak bosan dengannya. Ia memberikan inspirasi dan menyemarakkan kemarahan dalam diri,” katanya. 

Dalam Lord of the Rings, lagu ini dimainkan ketika aksi peperangan utama. Breivik melancarkan serangan berdarah menggunakan raifal separa automatik Ruger Mini 14 untuk membunuh mangsanya tanpa belas kasihan. 

Malah, pendedahan lelaki berusia 32 tahun mencampurkan peluru ‘dum dum’ yang dibelinya dengan nikotin asli beracun. Breivik hanya perlu cederakan mangsa yang mati kerana racun itu. 

Dalam diari bertarikh Oktober-November 2010, Breivik menulis: “Saya pesan 50 mililiter nikotin daripada pembekal China, 99 peratus dalam bentuk cecair. Tiga hingga empat titik akan disuntik dalam lubang kecil di peluru menjadi senjata kimia,” katanya. 
Dia berlatih menggunakan raifal di lapang sasar yang dikendalikan Kelab Menembak Oslo. Dia dilaporkan menembak mangsa dari jarak jauh ketika melakukan pembunuhan di Pulau Utoya. 

Breivik juga menggunakan pistol Glock untuk menembak sasaran dari jarak dekat selain turut memiliki senapang patah dan raifal .308, sama jenis dengan AK47. 

Laporan juga mendedahkan kehidupan Breivik dalam beberapa gambar termasuk ketika belajar di Sekolah Smestad pada usia tujuh, 11 dan 13 tahun. 

Gambar lain menunjukkan Breivik sebagai remaja dalam jubah dan gambarnya berparti bersama rakan dan berseronok dengan beberapa gadis. 

Selain itu, gambar Breivik ketika parti Krismas bersama keluarga pada 2005, kelihatan tenang di meja penuh gelas arak yang kosong. Ketika remaja, Breivik pernah berbisik kepada rakannya yang dia mahu menjadi kaya dan terkenal. 

Pada awal 20-an, anak lelaki keluarga kelas pertengahan itu hilang sedikit kekayaannya berikutan kejatuhan saham dan pelaburan kira-kira £220,000 (RM1.6 juta). 

Malah, Breivik dikatakan menjalani pembedahan plastik untuk menarik perhatian wanita tetapi gagal. 

Bekerja sebagai model sambilan, dia pernah ke Amerika Syarikat ketika berusia awal 20-an menjalani pembedahan plastik untuk mengubah hidung, dagu dan dahinya. 

“Breivik sangat puas hati dengan pembedahan itu. Dia berkata wajahnya sempurna berikutan sudah diperbetulkan dan akan membantunya mendapatkan wanita, tetapi dia tetap kesepian,” kata seorang rakannya. – Agensi 

Ramadan boleh cetus revolusi

ORANG ramai berarak membawa bendera besar Syria ketika protes terhadap Presiden Bashar al-Assad selepas solat Jumaat, kelmarin.
ORANG ramai berarak membawa bendera besar Syria 
ketika protes terhadap Presiden Bashar al-Assad 
selepas solat Jumaat, kelmarin.


Bulan mulia rangsang remaja bantah terhadap ketidakadilan, penindasan 

DUBAI: Kerajaan di Asia Barat bersiap sedia berdepan dengan suasana tegang pada Ramadan yang bermula esok berikutan tercetusnya bantahan rakyat sejak beberapa bulan lalu di rantau itu.
“Ramadan memang menjadi bulan revolusi dan kemenangan sepanjang sejarah,” kata Abdullah al-Amadi, pengarah laman web berita Islamonline yang berpangkalan di Qatar.
“Saya berpendapat kedatangan bulan yang mulia itu akan merangsang golongan remaja di rantau Arab untuk menyempurnakan bantahan mereka terhadap ketidakadilan dan penindasan,” katanya. 

Amadi berkata, peningkatan terhadap tunjuk perasaan bagi mendapatkan demokrasi kemungkinan memuncak pada 10 hari terakhir Ramadan bantahan, tempoh yang dianggap paling mulia. 

Pihak berkuasa di Syria bimbang solat jemaah Tarawih yang diadakan setiap malam akan menjadi seperti solat Jumaat yang menyaksikan bantahan tercetus setiap minggu selepas penduduk meninggalkan masjid. 

Kumpulan Facebook ‘The Syrian Revolution 2011’ yang mendorong pergerakan bantahan menulis: 
“Rejim Syria bimbang terhadap kedatangan Ramadan dan solat Tarawih,” berikutan beberapa aktivis siber mendesak bantahan diadakan setiap malam selepas solat Tarawih. 

Di Libya pula, pemberontak yang sejak beberapa bulan lalu bertempur dengan tentera kerajaan Muammar Gaddafi berjanji akan meneruskan perjuangan mereka pada Ramadan. 

“Jika kami sedang bertempur dan rasa keletihan kami akan berbuka puasa. Tetapi jika kami sedang berkawal, kami tetap berpuasa,” kata Hatem al-Jadi seorang pejuang pemberontak berusia 24 tahun. 

Presiden Ali Abdullah Saleh dari Yaman yang berdepan dengan bantahan sejak Januari lalu dan kini dirawat di Arab Saudi berikutan serangan bom terhadapnya, akan menyaksikan peningkatan bantahan terhadap rejimnya pada Ramadan. 

“Kita akan membawa perubahan pada bulan Ramadan, terutama ketika Ali Abdullah Saleh tidak berada di Yaman,” kata Walid al-Omari seorang aktivis dari kumpulan Revolusi Remaja. 

Negara Arab lain turut mengambil sikap ‘baik berhati-hati daripada menyesal kemudian’ dengan memastikan harga barang pada bulan mulia itu dikawal rapi agar tidak mencetuskan bantahan rakyat. 

Di Mesir, kerajaan mengambil langkah untuk mengekalkan sistem subsidi yang menjamin harga bahan makanan asas seperti roti kekal rendah. – AFP http://www.bharian.com.my

Pesakit mental guna pemetik api bakar bilik

KUALA LUMPUR - Kebakaran yang berlaku di Bilik Isolasi Pesakit Mental, Jabatan Kecemasan Hospital Kuala lumpur (HKL) awal pagi kelmarin dikenal pasti berpunca daripada tindakan seorang pesakit mental memulakan kebakaran dengan menggunakan pemetik api yang ada padanya.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Hasan Abdul Rahman berkata, punca kejadian pada 12.30 pagi itu diketahui melalui pemerhatian kamera litar tertutup (CCTV) di bilik itu.
Katanya, ekoran itu api merebak dengan pantas serta mengeluarkan asap tebal sehingga menyebabkan perkhidmatan di Jabatan Kecemasan tergendala.
"Petugas hospital cuba memadamkan api dengan alat pemadam api dan mengeluarkan pesakit. Bagaimanapun, api merebak dengan pantas sehingga meragut nyawa pesakit mental berkenaan," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Hasan berkata, sebelum kejadian, pesakit mental itu yang bertindak agresif telah dibawa oleh polis dengan diiringi dua anggota keluarganya ke Jabatan Kecemasan HKL pada pukul 10.15 malam.
Beliau berkata, pesakit itu yang pernah menerima rawatan di HKL, ditempatkan di Bilik Isolasi Pesakit Mental selaras dengan Prosedur Operasi Standard bagi pesakit mental yang agresif.
Katanya, pesakit lain serta petugas Jabatan Kecemasan telah dipindahkan keluar sehingga api berjaya dipadamkan oleh anggota pasukan Bomba dan Penyelamat pada pukul 12.55 pagi.
Hasan berkata, kejadian itu menyebabkan perkhidmatan di jabatan tersebut tergendala selama 94 minit dan disambung semula pada pukul 1.20 pagi dan kerosakan hanya melibatkan bilik berkenaan. - Bernama
http://www.kosmo.com.

Kapal MV Oceania karam


KEADAAN kapal MV Oceania yang cuma kelihatan tiang menara selepas karam dekat Pulau Pisang, Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU - Seramai 23 kru MV Oceania melalui detik-detik cemas apabila kapal yang mereka naiki karam setelah dilanggar kapal MV Xin Tai Hai pada kedudukan lapan batu nautika ke barat daya Pulau Pisang, Pontian dekat sini kelmarin.
Dalam kejadian pukul 10.45 malam itu, kesemua kru kapal terpaksa menggunakan dua buah rakit penyelamat selama dua jam sebelum diselamatkan oleh sebuah kapal, MV Ikaruga dan dibawa ke Singapura.
Ketua Penguat Kuasa Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Selatan, Laksamana Pertama Maritim, Zulkifili Abu Bakar berkata, pihaknya menerima maklumat tentang kejadian itu pada pukul 11.50 malam sebelum mengarahkan dua buah bot ke tempat kejadian.
"Kapal itu kemudian tenggelam pada pukul 12.30 pagi menyebabkan kesemua kru terpaksa menyela- matkan diri menggunakan dua but rakit penyelamat yang terdapat pada kapal berkenaan.
"Selepas perlanggaran, MV Xin Tai Hai meneruskan pelayaran dan bersauh di kedudukan 1.5 batu nautika ke selatan Tanjung Piai," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Dikebumi sebagai seorang lelaki


ABDUL AZIZ Ahmad memerhatikan isterinya yang hanya mahu di kenali sebagai Mak Yah menyiram air mawar ke atas pusara Mohd. Ashraf di Tanah Perkuburan Islam Kampung Seberang Takir, Kuala Terengganu semalam.


KUALA TERENGGANU – Kisah kontroversi yang menyelubungi seorang lelaki, Mohd. Ashraf Hafiz Abdul Aziz selepas permohonannya untuk menukar nama kepada Aleesha Farhana ditolak Mahkamah Tinggi di sini dua minggu lalu berakhir apabila dia menghembuskan nafas terakhir pagi semalam.
Lelaki berusia 26 tahun itu disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini pada pukul 4.55 pagi, iaitu hanya sehari selepas mendapatkan rawatan.
Bapa mangsa, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika mengesahkan kematian Ashraf menjelaskan, anaknya itu dimasukkan ke HSNZ pukul 3 pagi kelmarin selepas mengalami muntah yang teruk.
Jelasnya, pihak keluarga juga akur dengan keputusan mahkamah dan telah bersetuju untuk menguruskan serta mengebumikan jasad arwah sebagai Ashraf dan bukannya Aleesya Farhana.
“Semua keluarga terdekat berada di sisi arwah pada saat-saat terakhirnya. Pemergian Ashraf merupakan satu kehilangan besar buat keluarga,” katanya ketika ditemui di pekarangan Bilik Mayat HSNZ di sini semalam.