Pages

Thursday, June 30, 2011

Spratly hak kami: China

BEIJING: China semalam mengulangi kenyataan bahawa hak kedaulatannya ke atas rangkaian pulau di Laut China Selatan tidak boleh dipertikai.

Kenyataan itu dibuat selepas Amerika Syarikat berikrar untuk membantu Filipina yang turut menuntut hak terhadap kawasan berkenaan.


Jurucakap Pejabat Hal Ehwal Taiwan, Yang Yi juga mengulangi pendirian kerajaan China bahawa mengawal keselamatan kawasan berkenaan termasuk kepulauan Spratly adalah tanggungjawab bersama Beijing dan Taipei.

“China mempunyai hak kedaulatan terhadap kepulauan di Laut China Selatan dan kawasan perairannya yang tidak boleh dipertikai,” kata Yang kepada wartawan.


China, Filipina, Vietnam, Brunei, Malaysia dan Taiwan terbabit dalam tuntutan bertindih terhadap sebahagian daripada Laut China Selatan yang dipercayai kaya dengan minyak dan gas sementara laluan perkapalannnya amat penting untuk perdagangan dunia.


Vietnam dan Filipina sebelum ini menuduh China meningkatkan tindakan agresif dalam usaha menguasai kawasan berkenaan.

China pula mendakwa ia mahu menyelesaikan pertikaian itu secara aman tetapi tetap bertegas dalam menuntut hak terhadap hampir keseluruhan Laut China Selatan, termasuk perairan dalam zon ekonomi eksklusif Filipina. Amerika Syarikat dan Filipina kelmarin memulakan latihan tentera laut bersama di perairan berhampiran kawasan yang menjadi rebutan itu. - AFPmyMetro | Spratly hak kami: China

No comments: