Pages

Thursday, June 30, 2011

Spekulasi tunang Putera Albert larikan diri



PUTERA ALBERT II berjalan bersama tunangnya, CharleneWittstock di Monaco semalam.


MONACO - Pemerintah Monaco, Putera Albert II dan tunangnya, Charlene Wittstock yang merupakan atlet renang dari Afrika Selatan keluar bersama di bandar raya ini semalam.

Mereka keluar bersama selepas timbul spekulasi bahawa tunang Putera Albert II itu cuba melarikan diri pulang ke negaranya walaupun majlis perkahwinan mereka akan berlangsung pada bulan depan.

Sebuah akhbar semalam memetik laporan sebuah majalah Perancis bahawa Wittstock, 33, didakwa mahu pulang ke negaranya selepas mendengar pendedahan bahawa Putera Albert II seorang kaki perempuan.

Majalah L'Express menyatakan Wittstock cuba menaiki sebuah pesawat untuk menuju ke Afrika Selatan tetapi sempat dihalang oleh polis Perancis di Nice, Perancis.

Putera berusia 50 tahun itu dilaporkan membelanjakan sebanyak £50 juta (RM243.1 juta) untuk majlis perkahwinan tersebut yang akan diadakan secara besar-besaran.

Putera Albert memiliki dua anak luar nikah iaitu seorang anak lelaki dan anak perempuan.

Anak lelakinya, Alexandre, 6, lahir hasil hubungannya dengan bekas peragawati syarikat penerbangan Air France, Nicole Coste manakala anak perempuannya yang kini berusia 19 tahun, Jazmin merupakan anaknya bersama seorang ejen hartanah Amerika Syarikat, Tamara Rotola. - AgensiKosmo! Online - Dunia

No comments: