USUNG...anggota polis dan keluarga mengangkat mayat Mohd Zamzuri Irwan (gambar kecil). |
KUALA TERENGGANU: Naluri seorang ibu yang tidak sedap hati apabila anaknya memohon maaf ketika keluar rumah sedangkan sebelum ini tidak pernah berbuat demikian, bagaikan petanda anak lelakinya itu pergi menyahut seruan Ilahi selepas terbabit dalam kemalangan malam kelmarin.
Suri rumah, Ramlah Ramli, 55, berkata, dia tidak menyangka kata yang disangka gurauan itu sebenarnya ‘permohonan terakhir’ daripada anaknya Mohd Zamzuri Irwan Mamat, 27, supaya dimaafkan segala kesalahannya sebelum ini.
“Petang semalam (kelmarin), selepas membasuh motosikalnya yang baru dibeli sebulan lalu, arwah meminta maaf dan terkejut dengan kelakuan peliknya itu saya bertanya semula kenapa cakap begitu.
“Kemudian arwah beritahu kalau nak tunggu raya lambat lagi, jadi baik minta maaf sekarang sambil saya memberitahu sentiasa memaafkannya,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik, Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), malam kelmarin.
Mohd Zamzuri Irwan yang menunggang motosikal Yamaha LC 135 maut di tempat kejadian manakala rakannya, Mohd Arif Muhammad, 25, yang membonceng bersamanya parah apabila kenderaan dinaiki mereka bertembung dengan kereta Proton Wira di simpang tiga lampu isyarat Jalan Kampung Pasir Panjang, kira-kira jam 9 malam kelmarin.
Difahamkan, mangsa yang dalam perjalanan dari rumahnya di Kampung Belukar Jambu, Chendering menuju ke pasar raya gagal mengawal kenderaan apabila kereta Proton Wira dipandu buruh, Yusof Rani, 53, bersama isteri dan tiga anak dalam perjalanan dari pusat bandar dikatakan membelok ke kanan memasuki simpang secara mengejut.
Manakala, Mohd Arif pula terseret sejauh 10 meter parah di badan dan sehingga kini masih koma serta mendapat rawatan di Unit Rawatan Rapi HSNZ.
“Biasanya dia bergurau dan beritahu hendak ke mana, tetapi semalam (kelmarin) dia senyap dan hanya melihat adik-beradik lain di rumah, sedangkan dia jenis yang banyak bercakap.
“Malah apa yang menghairankan dia juga tidak menggunakan motosikal Yamaha RXZ yang baru dibasuhnya seolah-olah sayang hendak keluar kerana baru sebulan dibeli, tetapi menggunakan motosikal Yamaha LC135 milik saya,” katanya.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana kemalangan menyebabkan kematian manakala pemandu kereta Proton Wira terbabit diambil keterangan selama dua jam sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.myMetro | ‘Nak tunggu raya lambat lagi’
No comments:
Post a Comment