Pages

Wednesday, June 1, 2011

Penentang Gaddafi lancar TV satelit


ZUMA bersemuka dengan Gaddafi ketika berunding di Tripoli, semalam.
ZUMA bersemuka dengan Gaddafi ketika berunding di Tripoli, semalam.

Pemimpin Libya berikrar tidak akan lari ke luar negara elak serangan udara NATO

BENGHAZI: Pemberontak Libya melancarkan stesen televisyen satelit sendiri pertama bagi melawan jentera media Muammar Gaddafi yang melabel mereka sebagai pengganas bagi memperkukuh sokongan ketika jet tempur Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) terus mengebom Tripoli.

Stesen itu diberi nama Libya Alhurra (Libya Bebas) dan mula menyiarkan rancangan malam kelmarin dalam usaha mendapatkan sokongan awam sejak krisis meletus dengan sumber maklumat sebelum ini dikuasai stesen radio dan televisyen Gaddafi.
Bagaimanapun, Gaddafi terus berdegil meskipun pesawat NATO terus mengebom Tripoli dan memberitahu Presiden Afrika Selatan, Jacon Zuma bahawa beliau tidak mahu meninggalkan tanah air ketika mencari penyelesaian politik negaranya.
Pendirian Gaddafi itu disuarakan oleh Zuma yang berunding dengan pemimpin Libya berkenaan semalam yang turut menggesa NATO memberhentikan serangan udaranya.
“Beliau menegaskan keengganan keluar dari negaranya, meskipun menghadapi kesulitan,” menurut kenyataan Zuma.

Sementara itu, beribu-ribu penduduk Libya di kota Benghazi berhimpun di sebuah medan di bandar itu bagi menonton program pertama televisyen berkenaan, kali pertama dalam tempoh 40 tahun media tempatan menghadapi saingan.

“Ini adalah kebebasan. Saya harap langkah ini menunjukkan sikap sebenar penduduk Libya untuk tinggal di negara merdeka dan bebas,” kata pengasas bersama stesen itu, Zuhair Albarasi di medan itu, Saluran itu diwujudkan oleh Zuhair dengan bantuan ahli perniagaan Libya. Mohammed al-Nabbous yang terbunuh 19 Mac lalu.
Di ROME, seorang jeneral Libya, Salah Giuma Yahmed, berkata beberapa kejadian belot termasuk oleh pegawai kanan kerajaan bermakna pasukan keselamatan semakin sukar untuk terus menyokong pemerintah.

“Tentera NATO melumpuhkan tentera pro-Gaddafi tetapi kekuatan mereka menghadapi masalah berkurangan 20 peratus dari segi keupayaan di medan perang,” katanya kepada wartawan.

Mustafa Abdul Jalil yang mengetuai kerajaan sementara pimpinan pemberontak, menyambut baik gesaan kuasa besar dunia G8 supaya Gaddafi meletak jawatan.
Pemimpin pembangkang yang menggelar diri mereka sebagai Majlis Peralihan Kebangsaan mengumumkan nama baru tentera iaitu Tentera Pembebasan Kebangsaan yang mula menyiarkan rancangannya selama empat jam mulai Isnin lalu dari kubu kuat di Benghazi. – AFP Berita Harian Online | Penentang Gaddafi lancar TV satelit

No comments: