Pages

Saturday, April 16, 2011

Tentera pro-Gaddafi didakwa guna bom kluster - The Malaysian Insider

Foto senjata kluster didakwa Human Rights Watch telah digunakan oleh tentera pro-Muammar Gaddafi di Misrata. - Foto ihsan BBC
TRIPOLI, 16 April — Tentera prokerajaan di Libya, yang berhadapan dengan tindakan ketenteraan Nato dan pemberontakan dalaman sejak lebih dua bulan, didakwa badan hak asasi manusia antarabangsa telah menggunakan bom-bom kluster, yang telah diharamkan di lebih 100 negara.

Human Rights Watch berkata salah seorang jurugambarnya ada melihat tiga pelancar mortar yang menggunakan bom kluster meletup di kawasan kediaman di Misrata.

Bagaimanapun jurucakap kerajaan Libya menafikan dakwaan itu. Askar kerajaan mempertingkatkan serangan mereka di Misrata, satu-satunya bandar di barat Libya yang masih dikuasai puak pemberontak.

Laporan BBC menyebut, penduduk tempatan bimbang kemungkinan pembunuhan jika tiada tindakan besar-besaran Nato untuk mengatasi pengepungan tentera pro-Muammar Gaddafi.

Satu mesyuarat menteri-menteri luar Nato di Berlin, Jerman berakhir tanpa sebarang komitmen daripada negara-negara yang tidak menyertai tindakan ketenteraan mereka meskipun dirayu oleh ketua Nato Anders Fogh Rasmussen.

Dalam satu kenyataan bersama, Amerika Syarikat, United Kingdom dan Perancis berkata ancaman ke atas orang awam Libya tidak akan berakhir selagi Muammar masih kekal berkuasa.

Rusia mengesyorkan kepada Nato agar memperluaskan mandat Majlis Keselamatan PBB untuk melindungi orang awam. Ketika mengedarkan gambar-gambar yang menunjukkan senjata kluster, Human Rights Watch yang berpangkalan di New York berkata, tiga pelancar telah meletup di kawasan el-Shawahda, Misrata malam kelmarin.

Yang pertama ditemui oleh seorang jurugambar New York Times dan diperiksa oleh penyelidik Human Rights Watch dan disahkan sebagai pelancar mortar MAT-120 120mm. Human Rights Watch berkata, pelancar yang diperiksanya dikeluarkan di Sepanyol.

Jurucakap kerajaan Libya Moussa Ibrahim menafikan bom kluster ada digunakan di Misrata. “Saya mencabar mereka agar membuktikan,” katanya kepada pemberita di sini.

Tentera pro-Gaddafi didakwa guna bom kluster - The Malaysian Insider

No comments: