KERETA Mercedes milik Donald Lambdin rosak teruk selepas ia merempuh garaj di rumahnya di Plymouth, England baru-baru ini. |
PLYMOUTH, England - Seorang warga emas berumur 90 tahun di sini tidak mengalami sebarang kecederaan selepas dia terlibat dalam satu kemalangan di garaj meletak kereta di rumahnya, lapor sebuah akhbar semalam.
Lelaki itu, Donald Lambdin yang mengundurkan kereta jenis Mercedes C280 tiba-tiba tertekan pedal minyak dan keretanya itu hilang kawalan dan mengundur dengan laju dan meruntuhkan dinding batu di rumahnya itu.
Kereta itu bergerak kira-kira 20 meter ke belakang rumah.
Menurut Lambdin yang sudah mempunyai pengalaman memandu selama 50 tahun, kejadian tersebut sangat pantas dan dia tidak tahu bagaimana kereta itu boleh bergerak dengan laju
Keretanya rosak teruk dan ia tidak lagi boleh digunakan. - Agensi
Kosmo! Online - Dunia
No comments:
Post a Comment