Pages

Saturday, April 16, 2011

Kempen ketenteraan diteruskan di Libya


Aisha melambai tangan ke arah penyokong bapanya ketika berucap di Bab al-Aziziya di Tripoli, kelmarin. - REUTERS


TRIPOLI 15 April - Pemimpin Britain, Perancis dan Amerika Syarikat (AS) hari ini berjanji akan meneruskan kempen ketenteraan di Libya sehingga Muammar Gaddafi tumbang.
Kenyataan tegas itu dikeluarkan secara bersama oleh Perdana Menteri Britain, Davis Cameron, Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy dan Presiden Barack Obama dalam artikel yang disiarkan oleh akhbar-akhbar di negara masing-masing.
Menurut kenyataan bersama ketiga-tiga pemimpin itu, membiarkan Gaddafi terus berkuasa adalah satu 'pengkhianatan yang tidak berhati perut' terhadap rakyat Libya.
"Adalah sesuatu yang tidak masuk akal jika seseorang yang bertanggungjawab membunuh secara beramai-ramai rakyatnya sendiri terlibat dalam kerajaan baru di Libya.
"Selagi Gaddafi berkuasa, Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan sekutunya perlu mengekalkan operasi (di Libya) supaya rakyat (Libya) terus dilindungi dan memberi tekanan kepada rejim.
"Selepas itu barulah boleh berlaku peralihan kuasa sebenar daripada pemerintahan diktator kepada pemimpin baru dan untuk menjayakannya, Kolonel Gaddafi perlu berundur," kata mereka.
Kenyataan itu dibalas oleh anak perempuan pemimpin Libya itu, Aisha yang memberitahu satu perhimpunan di Tripoli bahawa tuntutan meminta bapanya berundur sebagai satu penghinaan kepada rakyat Libya.
"Bercakap mengenai pengunduran Gaddafi adalah satu penghinaan kepada semua rakyat Libya kerana beliau bukan berada di Libya, tetapi berada di hati setiap rakyat negara ini," katanya dalam ucapan yang disiarkan secara langsung di televisyen Libya sempena ulang tahun ke-25 serangan AS ke atas komplek besar di negara ini pada 1986. - REUTERS

No comments: