Pages

Saturday, April 16, 2011

Al-Qaeda ajak rakyat tentang Nato

myMetro | Al-Qaeda ajak rakyat tentang Nato: "Al-Qaeda ajak rakyat tentang Nato


DUBAI: Pemimpin nombor dua al-Qaeda, Ayman al-Zawahiri, menggesa umat Islam di Afrika Utara bangkit menentang tentera Nato dan Amerika Syarikat di Libya.

Dalam kenyataan kumpulan pemantau militan, SITE Intelligence Group, semalam Ayman dikatakan menghantar mesej video dan dipercayai ia dirakam sebelum Libya diserang tentera Barat.


Kata Ayman, umat Islam di Libya, Tunisia, Algeria dan negara lain supaya bangkit jika tentera Nato dan AS masuk ke Libya.

“Jika tentera AS dan Nato memasuki Libya, umat Islam di negara jiran perlu berjuang menentang ejen Muammar Gaddafi dan seluruh Nato,” katanya.


Mesej Ayman itu dibahagi kepada tiga bahagian.


Dia berkata, AS menyokong bekas Presiden Tunisia dan Mesir selama ini, tetapi bersama rakyat kemudian selepas mendapati kedua-dua tokoh itu tidak membawa faedah kepada Barat. - Reuters"

No comments: