2011/03/22
TRIPOLI: Letupan dan tembakan antipesawat menggegar Tripoli untuk malam ketiga dan televisyen Libya menyatakan beberapa tapak di ibu negara itu menjadi sasaran. Tidak diketahui apa yang menyebabkkan letupan di Tripoli - pusat kuasa pemmpin Libya, Muammar Gaddafi.
Cahaya api peluru bersimpang siur di udara ketika anggota pasuan antipesawat cuba menembak jatuh pesawat pakatan kuasa Barat.
Sekurang-kurangnya dua letupan menggegarkan bandaraya dengan 2 juta penduduk itu.
“Serangan ini tidak akan menakut-nakutkan rakyat Libya," kata televisyen Libya.
Tiada ulasan segera daripada pasukan tentera Barat. - Reuters
-bharian
No comments:
Post a Comment