Pages

Tuesday, March 22, 2011

Amnesty selar India 'perguna undang-undang tahan 20,000 orang tanpa bicara di Kashmir'

NEW DELHI: Badan hak asasi Amnesty International menyelar semalam satu undangundang terlalu keras India yang menurutnya digunakan bagi menahan hingga 20,000 orang tanpa bicara di Kashmir, yang dilanda keganasan.
Ia menggesa India supaya menghapuskan Akta Keselamatan Awam (PSA) yang membolehkan polis menahan seseorang hingga dua tahun tanpa perbicaraan jika dia dianggap mengancam negara.'Pihak berkuasa Kashmir menggunakan penahanan PSA sebagai cara menahan orang yang mereka tidak boleh, atau tidak mahu, kesalahannya disabitkan melalui saluran undang-undang betul,' kata pengarah Amnesty Asia Pasifik, Encik Sam Zarifi.Satu laporan baru kumpulan itu berkata hingga 20,000 orang ditahan di bawah peraturan itu sejak bermulanya pemberontakan Islam terhadap pemerintah India di wilayah dipertikai itu pada 1989.Pihak berkuasa India menahan beratus-ratus orang setiap tahun tanpa tuduhan atau perbicaraan bagi 'mengeluarkan mereka daripada masyarakat', katanya.Januari lalu, pelapor khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi perlindungan hak asasi, Cik Margaret Sekaggya, juga menuntut peraturan itu dimansuhkan.Rekod hak asasi di Kashmir dikawal rapi Disember lalu apabila saluran diplomatik yang bocor berkata Jawatankuasa Antarabangsa bagi Palang Merah (ICRC) ada bukti pasukan keselamatan India melakukan penyeksaan bersistematik.ICRC, menurut kabel yang didedahkan Wikileaks, memberitahu para diplomat Amerika Syarikat pada 2005 mengenai 177 lawatannya ke pusat-pusat tahanan Kashmir yang mendedahkan 'trend stabil' penyeksaan tahanan.Amnesty menyeru satu 'siasatan menyeluruh, bebas dan tidak berpihak' ke atas laporan penyeksaan tahanan.Kumpulan hak asasi, serta Ketua Menteri Kashmir, Encik Omar Abdullah, telah menyeru dimansuhkan satu lagi undang-undang yang digunakan bagi melawan pemberontakan. -- AFP.

cyberita

No comments: