Pages

Monday, February 7, 2011

Wanita korban peragut




MOHAMAD IZAD (kiri) dan Mohamad Izam menunjukkan gambar ibu mereka ketika ditemui di Pangsapuri Permai, Petaling Jaya semalam.


PETALING JAYA – Kebimbangan seorang suami yang resah menunggu isterinya yang tidak muncul-muncul untuk memulakan perniagaan di sebuah warung ternyata berasas apabila wanita itu menjadi mangsa ragut dalam kejadian di Jalan PJS 1/25 Pangsapuri Permai di sini.
Lebih mendukacitakan apabila isteri yang sangat dicintainya itu, Zabedah Abas, 46, disahkan meninggal dunia pada pukul 12 tengah hari semalam selepas tiga hari koma di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini.
Ibu kepada empat anak itu mengalami kecederaan parah di kepala selepas dia terjatuh apabila beg pinggang yang dipakainya cuba diragut oleh dua lelaki bermotosikal pada pukul 3 petang Khamis lalu. Ketika kejadian Zabedah menunggang sebuah motosikal jenis Modenas Kriss.

No comments: