Kosmo! Online - Dunia: "
SEBAHAGIAN serpihan daripada sebuah kapal layar yang patah terdampar di pintu masuk pelabuhan Povoa de Varzim, Portugal kelmarin.
PORTO - Dua rakyat Britain dipercayai mati selepas sebuah kapal layar yang dinaiki mereka dilambung ombak akibat ribut ke kawasan berbatu di pelabuhan Povoa de Varzim dekat Porto, Portugal kelmarin.
Kejadian berlaku pada pukul 3.30 pagi waktu tempatan semasa mereka mengemudikan kapal itu menuju ke sebuah marina di Porto.
Para penyelamat melakukan gerakan mencari dua lelaki itu yang masing-masing berumur 23 tahun dan 52 tahun.
Salah seorang anak kapal itu berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke pelabuhan Povoa de Varzim dekat sini. - Agensi"
No comments:
Post a Comment