Pages

Monday, February 7, 2011

Tunisia gantung bekas parti pemerintah





2011/02/07

TUNIS: Menteri Dalam Negeri Tunisia, Fahrat Rajhi hari ini mengumumkan penggantungan bekas parti pemerintah, Parti RCD yang diketuai Presiden yang digulingkan, Zine El Abidine Ben Ali.

Rajhi dalam satu kenyataan yang disiarkan stesen televisyen negara itu berkata, penggantungan itu membabitkan pengharamkan menjalankan semua aktiviti berbentuk politik dengan semua pejabat parti akan ditutup.
“Ia dibuat demi kepentingan negara dan mengelak daripada berlaku keganasan yang berterusan.
"Menteri Dalam Negeri memutuskan untuk menggantung semua aktiviti RCD, mengharamkan semua mesyuarat dan menutup semua pejabat parti di seluruh negara," katanya. - AFP
Berita Harian Online | Tunisia gantung bekas parti pemerintah

No comments: