Pages

Monday, February 7, 2011

China larang mumia 3,800 tahun dipamerkan

Kosmo! Online - Dunia: "


GAMBAR bertarikh 24 Mac 2010 menunjukkan mumia wanita berusia 3,800 tahun yang dipamerkan di Santa Ana, California

GAMBAR bertarikh 24 Mac 2010 menunjukkan mumia wanita berusia 3,800 tahun yang dipamerkan di Santa Ana, California

BEIJING - Sebuah muzium di Philadelphia, Amerika Syarikat (AS) membatalkan pameran mumia wanita berusia 3,800 tahun dari China.

Pembatalan itu dibuat kerana pemerintah China meminta ia tidak lagi dipamerkan.

Sebelum ini mumia yang ditemui di Tarim Basin, barat China yang berada dalam wilayah autonomi Xinjiang Uyghur itu telah dipamerkan di beberapa buah muzium di Texas dan California.

Mumia itu menarik minat pengkaji Barat kerana ia memiliki ciri-ciri fizikal manusia Kaukasia yang mungkin berasal dari timur Eropah dan berhijrah ke China.

Punca sebenar kenapa pemerintah China meminta mumia itu tidak dipamerkan masih menjadi misteri. - Agensi"

No comments: