Pages

Thursday, December 16, 2010

Inspektor polis rentung separuh badan akibat nahas helikopter

TERHEMPAS DAN MELETUP: Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof (dua dari kanan) memeriksa keadaan helikopter R44 yang terbakar selepas terhempas di Kampar kelmarin. -- Foto BHM


KAMPAR: Pelatih juruterbang polis, Inspektor Mohd Shukri Othman, 31 tahun, terkorban selepas helikopter yang dipandunya terhempas lalu meletup dan terbakar di kawasan bekas lombong dekat Kampung Sri Malim di sini semalam.
Mangsa maut di tempat kejadian dalam nahas yang berlaku sekitar 3 petang dengan tubuhnya dari pinggang hingga ke atas rentung.Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof, berkata kemalangan berlaku apabila helikopter jenis Robinson 44 (R44), yang dipandu mangsa berseorangan, hilang kawalan di udara sebelum terhempas, meletup lalu terbakar.'Beliau merupakan yang pertama daripada lapan pelatih yang sepatutnya menjalankan latihan pendaratan kecemasan,' kata Datuk Zakaria seperti ditukil akhbar New Straits Times semalam.Menurutnya, ini penerbangan solo kelima yang dilakukan Inspektor Mohd Shukri, yang bertugas di ibu pejabat polis Bukit Aman, dan sebelum ini sudah melakukan penerbangan sebanyak 35 jam.'Inspektor Shukri meninggalkan lapangan terbang Sultan Azlan Shah di Ipoh sekitar 2.15 petang dengan memandu helikopter R44 milik syarikat Integrated Training & Services,' kata Datuk Zakaria.'Kami percaya beliau terhempas 15 minit setelah berlepas,' tambahnya.'Helikopter berkenaan meletup dan mangsa turut sama terbakar di bahagian kokpit,' katanya kepada pemberita di tapak nahas kelmarin.Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk dibedah siasat.Seorang saksi kejadian, Encik M. Muniandy, 33 tahun, sempat melihat pesawat itu terbang rendah dan laju sebelum terhempas, berpusing beberapa kali kemudian meletup.Beliau, seorang anggota Rela di Kampar, berkata sejurus tiba di tempat kejadian, beliau nampak juruterbang di ruang kokpit tidak bergerak, tetapi tidak dapat menyelamatkannya kerana api marak.'Saya nampak mangsa rentung dari kepala hingga ke pinggang, dalam keadaan mengerekot,' katanya seperti ditukil Berita Harian Malaysia semalam.Inspektor Mohd Shukri, yang berasal dari Permatang Tok Gelam, Seberang Prai, meninggalkan seorang isteri yang bertugas sebagai guru, Cik Syamila Halim, 26, dan seorang bayi lelaki berusia 18 bulan. -- BHM, NST.

No comments: