Pages

Thursday, December 16, 2010

Jepun dilabel negara tua


TOKYO 15 Dis. – Jika Jepun adalah seorang manusia, ia kini telah berusia kira-kira 50 tahun, berbanding China baru berusia 30 tahun muda sedikit dari India dan lebih sedekad jauh lebih muda dari Itali, menurut satu tinjauan rambang yang dijalankan di negara ini.
Menurut tinjauan yang dijalankan oleh Institut Pengajian dan Kehidupan Hakuhodoitu, Jepun purata berusia 51.7 tahun, dan merupakan negara tertua di kalangan sembilan negara di Asia, Eropah dan Amerika Syarikat.
Jawapan itu diterima daripada 1,700 rakyat Jepun yang memberi maklum balas kepada satu tinjauan dalam talian yang dijalankan oleh institut itu, yang merupakan sebuah pusat penyelidikan bersekutu dengan syarikat pengiklanan gergasi Hakuhodo DY Holdings.
Lebih separuh daripada maklum balas itu berkata, Jepun kini berusia antara 50 tahun atau 60 tahun.
Negara jirannya, China pula paling muda iaitu berusia 31.5 tahun manakala Singapura berusia 32.5 tahun dan India berusia 32.7 tahun.
“Kenyataan bahawa China merupakan negara muda mungkin kerana rakyat Jepun menggambarkan negara itu mempunyai banyak tenaga,” kata seorang penyelidik.
“Kami mengharapkan Jepun mempunyai imej sebagai negara tua tetapi tidaklah setua itu.”
Usia Jepun sebagai negara tua diikuti oleh Amerika Syarikat yang dianggarkan berusia 47.3 tahun dan Sweden berusia 45.8 tahun, manakala Itali berusia 44.6 tahun, kata tinjauan tersebut.
Ketika ditanya mengapa mereka menganggap usia Jepun begitu tua, kebanyakan responden berkata, mereka merasakan negara mereka telah hilang arah dan semangat dengan kejayaan kini hanya tinggal kenangan. – REUTERS

No comments: