NEW DELHI - Pakar-pakar perubatan di India bingung dengan keadaan tangan seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang membengkak dan membesar beberapa kali ganda, lapor akhbar MailOnline semalam.
Kanak-kanak tersebut, Kaleem, memiliki saiz tangan sebesar 33 sentimeter yang diukur dari pergelangan tangan hingga jari tengahnya dengan berat mencecah sehingga 12 kilogram
Keadaan itu menyebabkan Kaleem sukar untuk melakukan beberapa perkara mudah seperti mengikat tali kasut, menyuap makanan dan memegang sesuatu objek.
Ibunya, Haleema, 27, berkata, dia menyedari Kaleem memiliki saiz tangan dua kali ganda lebih besar dari saiz seorang bayi normal sejak dia dilahirkan.
"Saya tidak ke sekolah kerana guru memberitahu murid-murid lain takut dengan tangan saya," kata Kaleem yang meminati sukan kriket.
Menurutnya lagi, dia turut menjadi mangsa buli rakan-rakannya kerana saiz tangannya yang besar.
Dalam pada itu, seorang doktor dari Institut Penyelidikan Memorial Fortis di Gurgaon dekat New Delhi, Dr. Krishan Chugh juga terkejut selepas melihat beberapa keping gambar kanak-kanak berkenaan.
Katanya, keadaan seperti itu sangat jarang terjadi dan ia mungkin berpunca daripada sejenis penyakit yang dikenali sebagai lymphangioma atau hamartoma yang menyebabkan berlaku keradangan teruk pada bahagian-bahagian tertentu dalam sistem badan. - Agensi
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0821&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3AyiAOcTo
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment