Pages

Thursday, December 16, 2010

Negara Arab tolak rundingan damai Israel-Palestin




2010/12/16

KAHERAH: Menteri Luar Arab hari ini menolak sebarang usaha untuk membawa semula rundingan damai Palestin-Israeli kecuali wujud "tindakan serius" yang boleh menamatkan konflik di Asia Barat itu. 

Ia diputuskan oleh Jawatankuasa Peringkat Menteri Persidangan Liga Arab di sini yang mahu proses damai itu diterjemahkan dengan tindakan.
"Liga Arab mahu proses damai ini menunjukkan jalan penyelesaian yang konkrit dan berkesan dan oleh itu, kami menolaknya jika apa yang terdapat sekarang," kata satu kenyataan yang dikeluarkan ibu pejabat Liga Arab di sini. - AFP

No comments: