Pages

Thursday, December 16, 2010

Perompak larikan cip judi bernilai RM$4.7 juta



KAMERA litar keselamatan menunjukkan perompak yang melarikan cip judi di hotal kasino Bellagio, Las Vegas kelmarin.


LOS ANGELES - Seorang lelaki berjalan ke arah sebuah meja judi di hotel kasino Bellagio yang terletak di Las Vegas, mengacukan pistol sebelum dia melarikan cip-cip permainan judi bernilai AS$1.5 juta (RM4.7 juta) kelmarin.
Dia memasukkan semua cip tersebut ke dalam sebuah beg galas sebelum melarikan diri dengan menggunakan sebuah motosikal berwarna hitam.
Insiden rompakan yang mengambil masa selama dua hingga tiga minit itu berlaku pada pukul 3.50 pagi waktu tempatan, Selasa lalu.
Tiada tembakan dilepaskan dan tiada kecederaan dilaporkan.
Rakaman video keselamatan yang disiarkan di televisyen Amerika Syarikat (AS) menunjukkan seorang lelaki memegang sepucuk pistol pada tangan kanannya dan memakai topi keledar berlari di laluan koridor hotel itu.
Wajahnya tidak dapat dikesan.
Cip perjudian adalah unik bagi setiap kasino.
Justeru, perompak itu akan berdepan kesukaran untuk menebus hasil rompakannya di Bellagio.
Terdapat cip perjudian yang mempunyai identifikasi berfrekuensi radio.
Namun, media Las Vegas tidak dapat mengesahkan sama ada cip perjudian yang dicuri itu mempunyai teknologi tersebut. - AFP

No comments: