LONDON 15 Dis. – Seorang bekas Perdana Menteri Thailand yang rapat dengan bekas Perdana Menteri yang hidup dalam buangan, Thaksin Shinawatra, menuduh permaisuri negara ini menjadi dalang dalam rampasan kuasa 2006 yang menyingkirkan Thaksin, menurut pendedahan kabel diplomatik Amerika Syarikat (AS).
Memo bertarikh Oktober 2008 dari kedutaan AS di Bangkok yang diperolehi oleh akhbar The Guardian dari laman web WikiLeaks menyatakan bahawa Samak Sundaravej menghina Permaisuri Sirikit dengan menuduh dia bertanggungjawab atas rampasan kuasa 2006.
“Samak menyifatkan dirinya setia kepada Raja, tetapi menyatakan bahawa agenda politik Permaisuri berbeza dengan suaminya,” mengikut nota rahsia diplomatik itu yang disiarkan di laman web The Guardian. – AFP
No comments:
Post a Comment