- المحسنين Golongan Muhsinin telah disebut dalam Al-Quran "
Surah Al-Maidah, Ayat : 13.
" maka Dengan sebab mereka mencabuli perjanjian setia mereka, Kami laknatkan mereka, dan Kami jadikan hati mereka keras membatu (tidak mahu menerima kebenaran). mereka sentiasa mengubah Kalimah-kalimah (yang ada di Dalam Kitab Taurat Dengan memutarnya) dari tempat-tempatnya (dan maksudnya) Yang sebenar, dan mereka melupakan (meninggalkan) sebahagian dari apa Yang diperingatkan mereka mereka dengannya. dan Engkau (Wahai Muhammad) sentiasa dapat melihat perbuatan khianat Yang mereka lakukan, kecuali sedikit dari mereka (yang tidak berlaku khianat). oleh itu, maafkanlah mereka (jika mereka sedia bertaubat) dan janganlah dihiraukan, kerana Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang Yang berusaha supaya baik amalannya."
2. المتقين Al-Muttaqin sebagaimana Allah telah berfirman :
Surah At-Taubah, ayat : 4. kecuali mereka Yang kamu mengikat perjanjian setia (dengannya) dari orang-orang musyrik, kemudian mereka tidak mencabuli perjanjian kamu itu sedikitpun, dan mereka tidak menolong seorangpun Yang memusuhi kamu, maka sempurnakanlah kepada mereka perjanjian mereka sehingga (habis) tempohnya. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang bertaqwa.
3. المتوكلين Allah SWT telah berfirman
Surah Ali Imran, Ayat : 159. " maka Dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu Wahai Muhammad), Engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah Engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan Yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah Dengan mereka Dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila Engkau telah berazam (Sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah,Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang bertawakal kepadaNya."
4. الصابرين Dalam surah Ali Imran Allah SWT ,ayat 146 telah menyebut :
" dan berapa banyak dari Nabi-nabi (dahulu) telah berperang Dengan disertai oleh ramai orang-orang Yang taat kepada Allah, maka mereka tidak merasa lemah semangat akan apa Yang telah menimpa mereka pada jalan (ugama) Allah dan mereka juga tidak lemah tenaga dan tidak pula mahu tunduk (kepada musuh). dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang Yang sabar."
5. Mereka yang mengikuti jejak Rasulullah SAW , telah termaktub dalam Al-Quran : Surah Ali Imran, Ayat: 31.
"Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".
6. Mereka yang berjuang di Jalan Allah SWT , Dalil daripada Al-Quran ayat : 4 .
إن الله يحب الذين يقاتلون في سبيله صفاً كأنهم بنيان مرصوص}..
Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berperang untuk membela ugamaNya, Dalam barisan Yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan Yang tersusun kukuh.
7. Orang sentiasa merendahkan diri sesama orang Islam dan sentiasa menghormati orangb bukan Islam.
8. Orang yang sentiasa berlaku adil dan bersederhana serta sentiasa menunaikan hak-hak orang lain.
9. Orang yang sentiasa bertaubat dan sentiasa menyucikan diri.
10. Orang yang mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan perkara sunat.
11.Pemimpin yang Adil.
12.Orang yang sentiasa memberi manfaat kepada manusia.
13.Orang yang berakhlak mulia kepada Allah SWT.
14.Orang cintakan Allah, Cintakan sedekah dan berjasa kepada jiran.
15.Orang sentiasa kuat ikatan iman dengan Allah SWT.
16.Orang yang suka berjaga malam, suka membaca Al-Quran dan suka bersedekah.
17.Orang yang zahid pada dunia dan tidak merampas hak orang lain.
18.Orang yang sentiasa menyintai dan membaca Surah Al-Ikhlas.
19.Orang yang mulia dan pemurah.
20.Orang yang berakhlak mulia kerana Allah SWT.
21.Orang yang sentiasa berpuasa sehingga berpuasa adalah satu kelaziman baginya.
22.Hidup dalam keadaan bertaqwa , kaya dan tidak takabbur.
23.Orang yang hidup dalam keadaan lemah lembut dan bersopan santun serta beradab.
24.Mereka yang mencintai saudara seagama kerana Allah SWT.
25.Mereka yang mengasihi keluarga Rasulullah SAW.
26.Orang yang suka membantu orang lain.
27. Mereka yang bertolak ansur dalam urusan jual beli( Pemurah ).
No comments:
Post a Comment