Pages

Thursday, November 11, 2010

Adegan gaduh betul-betul




2010/11/11

pix_gal0
JAKARTA: Adegan ‘perkelahian’ antara pelakon sensasi Indonesia Julia Perez dan seorang lagi penyanyi dangdut, Dewi Persik, di lokasi penggambaran filem Arwah Goyang Kerawang bertukar menjadi pergaduhan sebenar apabila mereka saling menampar dan mencakar satu sama lain kelmarin. 

Berikutan insiden itu, Dewi membuat laporan polis dan bertekad menyelesaikan masalah itu mengikut undang-undang.Peminat kedua-dua selebriti terbabit di Indonesia memang sudah mengetahui hubungan tegang antara mereka yang bermula selepas Dewi tidak datang melakonkan wataknya di filem itu pada hari pertama penggambaran.
Berikutan itu, Julia yang lebih dikenali sebagai Jupe mengeluarkan kenyataan mendakwa Dewi tidak mahu berlakon kerana enggan menerima watak sebagai heroin kedua, manakala beliau memegang watak utama. 

Jupe juga mendakwa Dewi tidak profesional dalam kerjayanya dan takut menerima hakikat hanya memegang watak kedua. 

Bagaimanapun, Dewi yang lebih popular dengan panggilan Depe, menafikan kenyataan itu dan berkata beliau sebenarnya tidak datang kerana sakit. 

‘Perang mulut’ melalui media antara kedua-dua aktres berlarutan sehingga mereka dipertemukan pada hari penggambaran semalam, menyebabkan keadaan semakin ‘panas’. 
“Kami sedang menjalani penggambaran untuk filem itu. Seperti yang diarahkan dalam skrip, saya berkata kepada Jupe: “Hei, di sini bukan tempat kamu boleh menjual diri.” Saya kemudian diarah menolak Jupe hingga jatuh, tetapi dia memegang kaki saya dan saya turut terjatuh,” kata Depe. 

Sejurus selepas itu kedua-dua pelakon dikatakan menampar satu sama lain, menyebabkan penggambaran terpaksa dihentikan. 

Depe membuat laporan di balai polis Matraman mendakwa Jupe melakukan perkara kurang sopan bermula daripada adegan penggambaran yang bertukar menjadi perkelahian sebenar. 

Depe mendakwa dia tidak membalas serangan Jupe kerana enggan membahayakan dirinya. – Agensi

No comments: