Satu peristiwa besar dan saat paling penting bagi orang yang hampir mati iaitu peristiwa godaan iblis yang kali terakhir bai iblis untuk menyesatkan anak Adam. Dendam iblis terhadap anak Adam yang tidak pernah kunjung pada. Ia akan terus wujud selama mana ada iblis dan selama ada anak Adam. Ini adalah ikrar iblis bagi meramaikan kawan dan pengikutnya ialaj ketika seseorang itu hampir mati. Rasulullah ada bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya seseorang hamba itu ketika hampir mati, dua syaitan akan duduk disisinya, satu di sebelah kanan dan yang satu lagi di sebelah kiri. Syaitan yang disebelah kanan akan menjelma dalam rupa bentuk bapanya yang telah pergi sambil berkata: 'Wahai anakku yang ku sayangi, aku telah mencurahkan Penuh kasih saying kepadamu sesungguhnya aku telah mati mengikut agama Nasrani iaitu sebaik-baik agama.' Manakala syaitan berada di sebelah kiri akan menjelma dalam rupa bentuk ibunya sambil berkata: 'Wahai anakku yang ku kasihi, engkau telah ku kandung dalam perutku dan menyusui tetekku, kau berada di atas pangkuanku. Tetapi sesungguhnya aku mati dalam menganut agama Yahudi itu sebaik-baik agama."Semasa mengoda anak nabi Adam yang telah tenat menghadapi kematian itu iblis boleh menjelma dengan membawa minuman dab menjanjikan minuman kepada orang yang sedang kehausan kerana kematian itu dan menjanjikan minuman jika permintaannya diterima.
Itulah saat yang paling kritis dan amat genting jika tidak kerana amalan yang mendapat rahmat Allah nescaya ramailah orang yang tertipu dengan janji-janji dan pujuk rayu iblis di saat=saat akhir itu.
Saat kematian juga adalah saat akhir dan peluang terakhir bagi hamba mengemukakan rayuan kepada Allah agar diberi pengampunan atas kesalahan dan dosa yang dilakukan sejak sekian lama ia hidup di atas muka bumi ini.
Namun begitu rayuan hanya boleh dibuat selama mana roh belum sampai ke kerongkong. Apabila roh sudah ditarik keluar melepasi kerongkong, tempoh membuat rayuan sudah tamat. Allah s.w.t. berfirman maksudnya:
"Dan tidaklah taubat itu diterima Allah daripada orang yang mengerjakan kejahatan sehingga datang ajal kepada seseorang di antara mereka barulah ia berkata: 'Sesungguhnya aku berbertaubat sekarang." (An-Nisa: 18)
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Taubat hamba akan diterima selama mana belum dengkur kerongkongnya iaitu roh keluar melepasi kerongkong."
Proses taubat adalah proses rayuan hamba kepada Allah atas segala salah silapnya mudah-mudahan semuanya diampuni dan diperkenankan oleh Allah agar ianya tidak menjadi satu pembalasan yang buruk buatnya. Allah jualah yang berkuasa mutlak sama ada menerima rayuan atau tidak menerima rayuan yang dipinta, tetapi masa yang diperuntukkan untuk membuat rayuan tidaklah melebihi tempoh roh ditarik keluar sehingga melepasi kerongkong. Justeru itu kita hendaklah sentiasa membuat rayuan kepada Allah agar diampunkan segala dosa-dosa kita.
Janganlah kita memandang mudah proses sakaratulmaut kerana ia sungguh berat kecuali bagi orang yang mendapat rahmat Allah.
No comments:
Post a Comment