Pages

Thursday, November 11, 2010

Hilang berat 12.24kg sebab diet makanan ringan


GAMBAR menunjukkan Mark Haub makan makanan ringan.


WICHITA - Seorang profesor pemakanan di Universiti Kansas State, Mark Haub hilang berat badan hampir 12.70 kilogram (kg) apabila dia mengambil makanan ringan seperti kek krim, snek, biskut dan bijiran selama sepuluh minggu, lapor sebuah akhbar semalam.
Haub hilang berat badan sebanyak 12.24kg daripada berat badan asalnya 91.3kg.
Dia mengurangkan pengambilan kalori dengan mengambil kurang 1,800 kalori berbanding 2,600 kalori dengan memakan kek Twinkie setiap tiga jam.
Haub turut memakan bijiran Kellogg's dan biskut Oreo dan minum dua kali sehari kopi espreso.
Dia juga mengambil pil vitamin dan makan kacang hijau dan snek Doritos.
Sebelum dia mengambil makanan itu, Haub menganggap dirinya seorang pengguna yang memakan makanan berkhasiat seperti pisang, buah beri dan bijiran. - Agensi

No comments: