Pages

Monday, November 22, 2010

Kambing pelik berwajah kucing



Anak kambing yang berwajah seakan-akan kucing mati selepas dilahirkan di Kampung Tualang, Bukit Besar, Kota sarang Semut, Kedah, semalam.


ALOR SETAR 21 Nov. - Seorang warga emas, Minah Hassan, 60, dari Kampung Tualang, Bukit Besar di sini terkejut apabila mendapati seekor kambing betina peliharaannya melahirkan seekor anak yang mempunyai muka yang pelik dan bersaiz luar biasa.
Kambing peliharaannya itu melahirkan dua ekor anak kira-kira pukul 2 pagi ini yang mana salah seekor daripadanya kelihatan seakan-akan kucing dengan berat kira-kira empat kilogram manakala seekor lagi dilahirkan dalam keadaan normal.
Menurut Minah, selepas menunaikan solat subuh hari ini, dia ke kandang kambing di belakang rumahnya kerana telah menjangkakan haiwan itu akan beranak.
"Berdasarkan pengalaman menternak kambing sejak 20 tahun lalu, saya menjangkakan kambing ini akan beranak pagi ini.
"Saya amat terkejut kerana tidak pernah melihat keadaan anak kambing yang pelik seperti ini. Ia amat berbeza jika dibandingkan dengan kambing yang diternak di sini," katanya di sini hari ini.
Sementara itu, menantunya, Mohd. Amin Md. Taib, 31, berkata, keadaan anak kambing itu amat berbeza kerana mukanya seakan-akan kucing selain mempunyai badan agak besar.
Malah, katanya, badan dan kakinya juga kelihatan seakan-akan bentuk khinzir.
Kedua-dua anak kambing berkenaan bagaimanapun mati, dipercayai sejurus selepas dilahirkan.
Ekoran kelahiran anak kambing yang pelik itu, rumah Minah tidak putus-putus dikunjungi oleh orang kampung dan penduduk sekitar sehingga petang ini bagi melihat sendiri kejadian tersebut.

No comments: