Pages

Monday, November 22, 2010

80 jam terperangkap 18 meter bawah laut




Fan (mata ditutup) didukung seorang pekerja selepas dia diselamatkan dari dalam paip yang terletak dalam laut di wilayah Zhejiang semalam.


BEIJING - Sepasukan penyelamat China semalam berjaya menyelamatkan seorang pekerja di pelantar pesisir pantai yang terperangkap selama 80 jam di dalam paip bersaiz satu meter di bawah laut.
Mangsa berusia 43 tahun dan hanya dikenali sebagai Fan itu sedang bekerja di bahagian bawah paip yang berada di kedudukan 18 meter bawah laut di wilayah Zhejiang.
Malangnya, tekanan ombak tiba-tiba membuatkan paip itu tertutup seperti tin makanan dan menyebabkan Fan terperangkap, lapor agensi berita rasmi Xinhua.
Sepanjang berada di dalam paip tersebut, Fan menerima makanan dan air menerusi satu tiub, di samping kaunseling daripada seorang pakar psikiatrik.
Rakaman yang disiarkan oleh China Central Television menunjukkan pasukan penyelamat mengeluarkan Fan dengan menggunakan penunu bagas selepas bahagian paip itu diangkat dari laut.
Fan kemudian dibawa ke sebuah hospital.
Dia tidak mengalami sebarang kecederaan serius.
China disifatkan sebagai antara negara yang paling berbahaya untuk bekerja dengan purata 187 pekerja mati dalam kemalangan pada setiap hari dalam pertengahan pertama tahun ini. - AFP

No comments: