Pages

Monday, November 22, 2010

Cara Iblis dan Syaitan Mempengaruhi Manusia



Semua orang sudah tahu bahawa musuh utama dan pertama pada manusia adalah iblis dan syaitan. Iblis itu ketuanya syaitan. Asalnya dulu ketua malaikat. Kemudian kerana sombong, kena laknat, jadilah ketua syaitan. Yang sebenarnya syaitan itu adalah nama sifat. Bukan nama jenis. Nama jenisnya jin. Jadi iblis itu ketua jin. Tapi lebih dikenal sebagai ketua syaitan-syaitan. Padahal syaitan itu nama sifat, bukan jenis. Jin itu bila dia buat jahat dikatakan syaitan. Macam orang mencuri disebut pencuri. Membunuh disebut pembunuh. Padahal sama-sama orang. Begitulah syaitan tu sebenarnya nama jenisnya jin-jin. Namun sifatnya syaitan. Bila jin tu buat jahat, bekerja buat kejahatan, jadilah syaitan. Sekali lagi, syaitan itu hanya nama sifat, perangai jin.
Dilihat dari jenisnya, musuh manusia itu ada 2 jenis:
Pertama, jin bila jahat namanya syaitan.
Yang kedua, manusia yang dipengaruhi oleh syaitan.

Jadi musuh tetap manusia adalah iblis. Iblis dan syaitan. Diantara jin yang paling jahat, jenisnya disebut ifrit.
Iblis ini ada tentera-tenteranya :
Tentera yang nampak : manusia
Yang tak nampak : jin dan nafsu





Bagaimana Iblis dan syaitan mempengaruhi manusia
Diantaranya ada 10 cara :


1. meragukan : ragu tentang Tuhan, tentang sifat Tuhan, meragukan orang tentang rukun iman. Kalau dia tak dapat meragukan manusia, dia cuba jalan lain:

2. mengabaikan : diajak manusia untuk langsung tak ikut syariat

3. mencuaikan : akhirnya orang hanya percaya rukun iman, tapi cuaikan syariat: tidak solat, tak puasa, halal dan haram dicuaikan. Kadang buat kadang tidak. Kalau tak dapat dicuaikan, orang tersebut buat juga syariat tapi, dilalaikan. Sehingga orang buat ibadah tapi tak dihayati, orang sembahyang tapi tak khusyuk. Kalau tak boleh juga, syaitan akan buat cara lain.

4. Ditipu daya. Bagaimana caranya? :
Syaitan menipu dayakan manusia dengan harta, pangkat dan nama, tapi dalam keadaan ini syaitan tak boleh sangat menipu daya, sebab mudah orang lain nampak. Mudah nampak dengan harta pangkat manusia terpedaya.

5. Jadi manusia ditipu daya dengan ibadah, dengan kebaikan. Cara menipu daya dengan ibadah ini, biasanya manusia tak terasa/tak nampak. Orang yang ditipu daya dengan ibadah, dia buat semua ibadah-ibadah : solat puasa zakat haji. Tapi syaitan menipunya dengan membisikkan kepada dia :
"Engkau baik, hebat, luar biasa, jangan-jangan engkau dah jadi wali." Tipu daya ini lagi bahaya. Sebab dia menipu daya dengan kebaikan.
"Hebat engkau. Engkau pejuang, wira hebatlah awak, kalau bukan kerana engkau, org tak sedar dengan agama, tak solat, tak puasa." Hati kitapun berbunga-bunga. Itu kerja syaitan.
Ditipu dengan nama pangkat tak boleh, sebab itu jelas dunia.


Jadi dia dorong kita berjuang, berdakwah lalu dia bisik kita "Hebat awak, awak orang paling baik, di kampung ni orang tak seperti awak." Lalu dia kata : "Tak usah bimbang engkau mesti masuk syurga." Jadi takut dengan Tuhan tak ada. Dia rasa kerana ibadah dia dijamin syurga. Tak takut lagilah denga neraka, dengan Tuhan. Abid-abid, pejuang-pejuang semua ditipunya. Orang-orang solat malam ditipunya. Orang alim ditipunya. Orang baca Quran juga ditipunya.

6. Diadu domba. Orang puasa, orang sembahyang, diadu domba. Saya hasad dengan enta enta hasad dengan saya. Orang mengadu domba. Diadu domba. Kalau orang tak ikut syariat diadu domba boleh tahan. Ini orang yang bersolat, berpuasa, yang pergi haji, yang berjuang diadu dombanya. Kemudian kalau ada individu yang memang dia boleh lawan semua godaan, syaitan mencuba dengan was was.

7. Waswas. Contoh :solat dah 2 rakaat atau 3?.


Waswas pada orang berjuang :" Awak berjuang-berjuang ni nanti nak makan apa? macam-macamlah dia was-waskan. Jangan-jangan nanti isteri tak suka nanti macam mana? di was-waskan tentang isteri. Sekarang tak apalah nampak baik. Nanti berjuang-berjuang kena jaga juga isteri.
Diwas-waskan lagi : "Awak kalau korban habis-habisan nanti miskin. Orang takkan tolong awak." Korban ke tidak? cubalah sikit-sikit. Akhirnya, patut korban RM90 jadi korban RM1. Kalau tak berjaya diwas-waskan, syaitan buat usaha lain. Syaitan buat berbagai cara, ibaratnya :Tak dapat telinga tanduk dipulas.

8. Disampuk. Sebab itu ada hadis yang mengatakan di waktu senja menjelang maghrib eloklah berada di dalam rumah sebab waktu itu syaitan keluar. Sebab jin ini dijadikan drpd api. Jadi panas. Jadi kalau dia main-main atau usik, kita sakit. Bila sakit tu, boleh jadi ibadah diringan-ringankan, hati berkata " Tak akan Tuhan tak ampunkan kalau aku sakit." Akhirnya biasa solat awal waktu jadi terlajak setengah jam.

9.Merangsang. Bila dah merangsang, seseorang itu macam ghairah sangat; mahu kaya cepat, mahu pandai cepat, mahu selesai cepat. Nak menang cepat, jadi gopoh, militan, nak berjaya cepat. Akhirnya gopoh langgar orang. Bila dirangsang, tak sempat berfikir. Terus bertindak. Nampak harta, kita tak ada , syaitan rangsang terus mencuri .

10. Merasuk. Seseorang itu jadi tak sedar. Histeria. Jadi bila orang tu dirasuki syaitan, kesan sakit ada. Melemahkan badan ibadah lemah berjuang lemah solat tidak awal waktu.

Itulah caranya iblis bersama teamnya merosakkan manusia paling tidak ada 10 cara. Kalau kita bahas lagi mungkin ada lebih. Tapi 10 cara itu sudah cukup banyak.

2. SIHIR
Kalau iblis itu atau jin itu digunakan oleh orang atau orang bertawasul dengan nya atau mendoa padanya, itu jadi sihir.
Yang batil ada tawasulnya, yang haq juga ada tawasulnya. Takkan Tuhan hanya benarkan yang batil saja ada tawasul. Mereka tawasul dengan syaitan, orang baik tawasul dengan wali-wali. Jika seorang bertawasul dengan jin, jadilah sihir.
Apa maksud sihir?
Sihir : boleh dibagi banyak makna:
Perubahan sangat cepat berlaku, baik terkena fisikal, fikiran atau perasaan.
Contoh: katalah dia nak sihirkan kedai makan: dalam nasi panas ada ulat.ini nasi goreng panas-panas ada ulat bergerak. Kalau ulat betul, sudah tentu mati digoreng.

Kalau sihir kena pada mata cepat: nampak ulat. Kalau kena pada telinga: terdengar suara-suara yang menakutkan, padahal orang lagi baca quran. Sistem pendengaran diubah. Kalau kena pada badan terasa badan sakit. Para doktor periksa dan kaji , nampak macam tak ada apa-apa, ia berlaku d i luar sistem. Ini kalau beraku pada badan.

Kalau kena pada akal: jenuh nak ingat sesuatu benda itu.Macam dah jadi bodoh. Kejap ingat, kejap tak ingat. Ingat tak ingat.

Kalau kena pada tabiat, tiba-tiba seorang yang biasanya lembut, jadi marah-marah tak pasal-pasal. Selama ini kalau orang cabar, dia elok dan tenang saja , tetapi kali ini dia melenting. Ini bukan tabiat dia ni. Itu bukan tabiat dia.

Kalau kena pada hati, perasaan atau roh, orang tiba-tiba sangat sayang betul, hingga buat hal-hal diluar kebiasaan. Atau contoh lain terasa benci pula : isteri cantik nampak buruk. Air mukanya buruk sangat. Langsung rumah tangga pecah belah.
Perubahan disebabkan sihir berlaku dengan cepat samada kena mata, telinga, badan, fikiran, perasaan.

Sihir ini adalah amalan yang sudah tua semenjak adanya manusia.Tetapi dia jadi subur bila ada kebangkitan kebenaran. Sebab itu zaman dulu bila rasul datang raja-raja gunakan sihir macam Firaun, Namrud gunakan sihir berhadapan dengan rasul-rasul. Sebab itu zaman ini kerana kebangkitan, dimana-mana kita dengar sihir walaupun dikalangan bukan Islam gunakan sihir. Guna istilah magic atau sihir. Sebab itu sihir subur ini kerana zaman kebangkitan.Dulu raja-raja yang amalkan tetapi sekarang Yahudi. Sebab itu hati-hatilah. Kalau kita kuat iman, paling tidak akan terkesan pada fisikal.Kalau kurang kuat, ditukar watak kita sekejap jadi pemarah gopoh, tak sempat berfikir. Sebab itu kita yang tak kena ni kenalah faham, kalau ada kawan-kawan yang terkena, jangan-jangan kena sihir. Perlulah bersabar dan sekiranya kawan tu marah kita tak tentu pasal, jangan kita lawan dan herdik dia. Kalau dia kuat iman hanya kena fisikal, tak berubah tabiat dan fikiran. Sememangnya kita boleh terkena sihir sedikit setidak-tidaknya sekejap.

Kuliah Mujaddid
Sekian
sumber asal http://abihaiqal.blogspot.com

No comments: