2010/10/19
WASHINGTON: Laman web WikiLeaks dijangka menyiarkan lebih 500,000 lagi fail sulit perang Iraq minggu ini, ketika Jabatan Pertahanan Amerika (Pentagon) menubuhkan sebuah pasukan 120 orang untuk menilai implikasi pembocoran maklumat itu. Pendedahan terbaru Wikileaks ini adalah jauh lebih banyak berbanding pendedahan sebelum ini, apabila 70,000 fail sulit tentera Amerika dibocorkan.Jurucakap Pentagon, Kolonel Dave Lapan berkata masa maklumat itu akan didedahkan tidak dinyatakan, tetapi pihaknya sudah membuat persediaan seawal hari ini dan esok.Beliau berkata fail terbaru yang akan didedahkan mungkin mengenai taktikal pangkalan data di Iraq yang menyenaraikan kegiatan membabitkan operasi ketente-raan selain hubungan antara pegawai tentera dengan tokoh puak dan sekutunya.
“Walaupun konflik Iraq tidak lagi diperdebatkan di Amerika sejak kebelakangan ini, dokumen yang didedahkan mungkin membangkitkan semula ingatan kepada tempoh paling mencabar dalam perang itu termasuk skandal penderaan tahanan di penjara Abu Ghraib.
“Ia juga dibimbangi mencetuskan semula perdebatan mengenai pihak yang menjerumuskan Iraq ke kancah perang dan sehingga kini masih menghadapi kemelut politik sejak pilihan raya Mac lalu,” katanya.
Lapan berkata pasukan Pentagon percaya mereka tahu dokumen mana yang akan didedahkan Wikileaks. – Reuters http://www.bharian.com.my
No comments:
Post a Comment