Pages

Tuesday, October 19, 2010

Bollywood papar kisah 'Obama terperangkap'




2010/10/19

OBAMA pernah beberapa kali muncul  sebagai karektor komik.
OBAMA pernah beberapa kali muncul sebagai karektor komik.
MUMBAI: Menjelang lawatan Barack Obama ke India bulan depan, Bollywood akan mengeluarkan filem komedi mengenai penculikan, dengan perjalanan ceritanya berkisar pada usaha presiden berkenaan untuk memulihkan ekonomi Amerika Syarikat. 

Phas Gaya Re Obama atau Obama Terperangkap, dihasilkan dengan perbelanjaan 35 juta rupee (RM791,804), mengenai kumpulan kecil samseng di utara India, yang terjejas akibat kelembapan ekonomi global.Filem itu diedarkan Warner Bros sudah siap tetapi akan hanya ditayangkan di layar perak 26 November, beberapa minggu selepas lawatan Obama, yang dijadualkan pada awal bulan.Phas Gaya Re Obama perlu memberi laluan kepada beberapa siri filem perbelanjaan besar yang secara tradisinya ditayangkan ketika perayaan Deepavali, pada 5 November depan. 

Filem itu tidak memaparkan watak Obama secara langsung, dibintangi model Neha Dhupia, yang pernah muncul di kaca televisyen Amerika dalam siri Bollywood Hero tahun lalu. 

Ceritanya mengenai penculikan seorang rakyat India bukan pemastautin yang kembali untuk menjual hartanah nenek moyangnya bagi membayar balik hutang di Amerika selepas jatuh bankrap akibat krisis ekonomi dunia. – Agensi http://www.bharian.com.my

No comments: