2010/10/19
NAYPYITAW: Wartawan asing tidak dibenarkan memasuki Myanmar untuk membuat liputan pilihan raya pertama negara itu dalam tempoh 20 tahun kata pegawai, merujuk sekatan terbaru pilihan raya yang dikritik banyak pihak sebagai satu penipuan. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Thein Soe, berkata pihaknya tidak melihat keperluan mengeluarkan visa kepada wartawan asing kerana ada ramai wartawan tempatan yang bekerja dengan media asing. Beliau juga menegaskan sekali lagi bahawa pemerhati luar tidak diperlukan untuk memantau pilihan raya.Kerajaan junta sebelum ini menyifatkan pilihan raya itu sebagai langkah penting ke arah demokrasi selepas pemerintahan tentera selama lima dekad.Pengkritik berkata peraturan kempen yang keras, tekanan ke atas parti pembangkang dan pelbagai sekatan lain dikenakan bagi memastikan tentera dapat meneruskan pemerintahan selepas pilihan raya.
“Wakil di Yangon yang bekerja dengan media asing boleh membuat liputan pilihan raya tetapi tiada wartawan asing dibenarkan,” kata Thein Soe kepada diplomat dan wakil media Myanmar, dalam taklimat pilihan raya yang diadakan di Naypyitaw.
Hanya 25 ‘wakil media asing’ berdaftar di Myanmar. – AP http://www.bharian.com.my
No comments:
Post a Comment