Pages

Tuesday, October 19, 2010

Anggota al-Qaeda dijatuhi hukuman mati




Saleh al-Shawsh (kanan) dikawal seorang anggota keselamatan Yemen dengan tangannya digari semasa memasuki bangunan mahkamah di Sanaa, semalam. Mahkamah Yemen menjatuhi hukuman mati ke atas Saleh setelah dia mengaku bersalah melancarkan tujuh serangan maut di Yemen. - AFP



SANAA 18 Okt. - Mahkamah Yemen hari ini menjatuhkan hukuman mati ke atas anggota al-Qaeda yang pakar membuat bom, Saleh al-Shawsh yang didapati bersalah.
Hukuman itu dijatuhkan ketika tercetus pertempuran sengit antara pasukan keselamatan dan rangkaian jihad al-Qaeda cawangan tempatan.
"Insya-Allah, kamu akan musnah di tangan kami dan ia akan bermula dari Abyan," jerit Shawsh dari kandang pesalah sebaik-baik hakim menjatuhkan hukuman.
Dia merujuk kepada pertempuran sengit di wilayah selatan antara pihak tentera dengan suspek militan Al-Qaeda sejak beberapa bulan kebelakangan ini.
Shawsh mengaku terlibat dalam tujuh serangan maut yang dilancarkan al-Qaeda ke atas pangkalan minyak dan tempat simpanan senjata tentera di wilayah Hadramawt dan Marib, di timur ibu kota Sanaa.
Dia tidak mengemukakan rayuan atas keputusan tersebut. - AFP

No comments: