Pages

Tuesday, August 31, 2010

Iran gelar Carla Bruni pelacur





2010/08/31




Carla Bruni-Sarkozy
Carla Bruni - Sarkozy





TEHERAN: Sebuah akhbar Iran menggelar Wanita Pertama Perancis, Carla Bruni-Sarkozy, sebagai 'pelacur' selepas isteri Presiden Nicolas Sarkozy itu mengkritik keputusan negara Teluk berkenaan merejam hingga mati seorang wanita menggunakan batu.

Bruni menjadi sasaran selepas beliau menandatangani satu petisyen mendesak pembebasan Sakineh Mohammadi Ashtiani, yang dituduh menipu suami dan bersubahat dalam rancangan membunuhnya, lapor The Telegraph.
Akhbar Kayhan yang pro-kerajaan, memberi gelaran pelacur kepada Bruni dan Isabelle Adjani, aktres Perancis yang berkempen untuk pembebasan Sakineh, dalam satu ulasan lidah pengarangnya.
Televisyen negara Iran pula menuduh bekas supermodel itu mengambil langkah tidak bermoral.

Merujuk kepada Sakineh, Bruni menulis: “Mengapa bunuh warga sendiri dan menghalang anaknya datang melihat ibu mereka. Saya tidak dapat menerimanya.”
Di PARIS, seramai 300 orang daripada beberapa pertubuhan hak asasi manusia melakukan bantahan hukuman Sakineh.

Mereka menggesa kerajaan Iran menarik balik hukuman mati ke atas wanita itu yang didapati bersalah melakukan perzinaan.
Mereka membawa sepanduk berbunyi ‘mari selamatkan Sakineh’. Iran menarik balik hukuman rejam dengan batu bulan lalu tetapi Sakineh boleh dihukum gantung. – Agensi

No comments: