Pages

Tuesday, August 31, 2010

Imam mogok




2010/08/31

MANAMA: Seorang imam yang mendakwa tidak dibayar gaji mengunci pintu sebuah masjid di Arab Saudi menyebabkan jemaah tidak dapat menunaikan solat di masjid itu, semalam.
Menurut laporan akhbar harian Al Yaum, sebelum ini seorang dermawan menawarkan diri untuk membayar gaji imam warga Sudan terbabit.
Bagaimanapun, kegagalan dermawan berkenaan berbuat demikian mendorong imam terbabit mengunci pintu masjid di daerah Wadi Al Dawaser.

Penduduk di situ merayu imam terbabit membuka pintu masjid bagi membolehkan mereka menunaikan solat Isyak dan Tarawih tetapi rayuan mereka tidak diendahkan. “Kami mahu memperbanyakkan ibadah ketika Ramadan dengan menunaikan solat Tarawih dan membaca al-Quran di masjid tetapi imam terbabit tidak menghiraukan hasrat kami,” kata seorang penduduk.

Kira-kira 60 jemaah menunaikan solat di masjid itu yang dibina hasil sumbangan dana seorang dermawan. “Kami sudah melaporkan kepada pihak berkuasa supaya melantik imam baru supaya kejadian seperti ini tidak berulang,” kata seorang lagi penduduk. - Agensi

No comments: