Pages

Sunday, April 25, 2010

Sub-bahagian 2: Freeman Bloodline



Rasanya, tidak perlu memperincikan setiap bloodline dalam subjek kerana perkara utama ialah untuk mengenali gerakan rahsia ini. Bloodline hanya diperkenalkan supaya pembaca bersedia untuk mengikuti subjek yang lebih rumit dan mempunyai kaitan dengan bloodline Illuminati. Sebenarnya, bab ini hanya sebagai pengenalan dan belum lagi memasuki subjek yang lebih kompleks.

FREEMAN BLOODLINES

(pencetus idea gerakan besar sebelum idea Adam Weishaupt)

PECAHAN daripada keturunan ini iaitu Gaylord Freeman adalah salah seorang daripada Grand Master Prieure de Sion pada sekitar 1980-an iaitu jarak masa yang tidak terlalu jauh dengan tarikh kita hari ini. Freeman bukan segala-galanya dalam Illuminati, tetapi pergerakan yang digerakkan keturunan ini adalah satu pergerakan yang penting dalam menjayakan agenda sulit.

Prieure de Sion (Priory of Zion) bergerak secara rahsia sehingga tahun 1982 apabila buku mengenai pergerakan ini bertajuk Holy Blood & Holy Grail ditulis oleh Michael Baigent, Richard Leigh dan Henry Lincoln. Buku tersebut menceritakan mengenai bukti-bukti sejarah yang mengaitkan pergerakan Prieure de Sion dengan peristiwa Perang Salib pada tahun 1099.

Kajian Baigent, Lincoln dan Leigh merumuskan bahawa keturunan Freeman yang mengetuai Prieure de Sion adalah pecahan daripada kumpulan Yahudi yang berkomplot membunuh Nabi Isa.

Mengekalkan darah keturunan (bloodline) adalah satu aspek penting dalam pergerakan Illuminati, mereka berkahwin sesama ahli dan melahirkan anak daripada darah yang diwarisi sejak zaman berzaman.

Permulaan pergerakan Prieure de Sion adalah idea daripada keturunan-keturunan Illuminati yang berpengaruh dalam politik dan ekonomi di Eropah dan Amerika, juga melibatkan keturunan Merovingian (keluarga diraja di Eropah) yang bergerak melalui pertubuhan House of Lorraine, House of Guise, Medicis (Black Nobility), Sforzas, The Estes, The Gonzagas, and The St. Clairs (Sinclairs).

Ketika ditubuhkan Prieure de Sion adalah satu pertubuhan yang diasaskan untuk mengekalkan amalan sihir secara rahsia, ia adalah sihir yang sama dengan Sihir Hermetik yang diamalkan oleh tukang-tukang sihir zaman Firaun seperti direkodkan dalam catatan Egyptian Book of the Dead.

Pakar tulisan Mesir purba, Cosimo de Medici seorang rakyat Perancis dalam bab prakata buku terjemahan Hermetic Magic menulis, dia telah diarahkan oleh salah seorang daripada keturunan Merovingian iaitu René d’ Anjou pada tahun 1444 untuk menterjemah buku Sihir Hermetik (bahasa asal buku ini ialah dalam bahasa Mesir purba) yang sebelum itu telah diterjemah oleh Plato ke dalam bahasa Greek supaya dialih bahasa kepada bahasa Perancis untuk dijadikan koleksi bahan bacaan golongan elit Merovingian di Eropah. Buku itu kemudian disimpan oleh pihak perpustakaan Katolik.

Buku itu kemudian menjadi rujukan kepada golongan berilmu di kalangan Merovingian untuk bermulanya era Renaissance dengan menjadikan sains berasaskan pengetahuan terahsia (sihir dari aliran alkhemi) sebagai sumber penerokaan teknologi dan industri. Sihir dari aliran itu berlegar dengan konsep amalan sihir menggunakan sumber alam sekitar berbahaya seperti merkuri, sulfur dan sebagainya yang digunakan untuk membuat potion-potion sihir dan kemudiannya menjadi asas tercetusnya teknologi moden berasaskan sains. Tak Nampak pertaliannya? Sedarkah anda bahawa kini telah wujud agama baru iaitu Scientology yang menjadikan sains sebagai satu agama? Bukankan Scientology yang bertuhankan sains itu juga menyesatkan manusia daripada mengenali Tuhan yang sebenar? Scientology juga menolak kepercayaan kepada tuhan dengan doktrin bahawa manusia dan alam sekitar tercipta dengan sendiri melalui proses-proses evolusi yang berlangsung selama berjuta-juta tahun dahulu, ia menolak kepercayaan kepada asas konsep penciptaan dalam agama bahawa manusia dan alam sekitar diciptakan Allah Maha Pencipta. Scientology juga secara tidak langsung memperakui konsep Teori Evolusi Darwin yang juga merupakan seorang Illuminati yang pernah cuba menyesatkan manusia daripada mengenal Tuhan.

Budaya Pagan Dunia Moden

Zaman Gelap di Eropah berkisar mengenai sejarah tamadun masyarakat Eropah yang berada dalam kemunduran sosial, agama dan kemasyarakatan. Amalan sihir menjadi satu amalan yang biasa di sekitar benua Barat pada ketika itu. Walaupun mudur dalam pelbagai aspek, namun ia menjadi zaman gemilang bagi penganut agama Pagan yang terdiri daripada kumpulan keturunan Illuminati. Dan pada ketika dunia sudah mengorak langkah pemodenan pada sekitar abad ke-20, gerakan Prieure de Sion giat mengeluarkan artikel mengenai budaya zaman gelap di Eropah menerusi majalah seperti Circuit yang diterbitkan Vaincre, ia menerbitkan artikel-artikel mengenai Negara Pagan iaitu Atlantis, amalan sihir Celts serta perkara-perkara ghaib yang sukar dijelaskan dengan akal manusia. Ia sebagai langkah menghidupkan gerakan baru Pagan dalam bentuk dunia moden.

Majalah Circuit pada terbitan 1956 menceritakan mengenai 13 simbol zodiak (nombor 13 dan gandaannya adalah kod sulit dalam gerakan Illuminati), melebihi bilangan zodiak yang terkeluar daripada kebiasaan iaitu hanya 12 simbol mewakili 12 bulan dalam setahun. Penulisan majalah itu melalui artikel merupakan hasil penulisan cryptic atau mengandungi maksud tersembunyi.

Pernah menonton Superman? Dalam filem itu, ada sejenis batu yang dipanggil kryptonite dari planet Krypton. Sedarkah anda, filem Superman juga adalah hasil karya cryptic dimana bapa Superman dinamakan KAL EL. KAL EL adalah dalam bahasa Yahudi bermaksud ALLAH BAPA atau TUHAN BAPA. Anda faham maksud yang disampaikan dalam filem itu, faham maksud triniti yang ingin mereka sampaikan?

Berbalik kepada perkara utama dalam subjek ini. Dalam terbitan pada 1959, Ketua Editor majalah Circuit menulis dan diterjemah ke dalam bahasa Melayu seperti berikut:

“Kami bukan merancang sesuatu melalui terbitan ini. Kami hanya sekadar mewakili SEMUA AGAMA dan SEMUA IDEOLOGI POLITIK di dunia hari ini untuk menjadikan dunia sebagai tempat yang lebih baik. Kami hanya berfungsi sebagai TANGKAL untuk pemulihan.”

Adakah anda nampak maksud majalah itu? Ia sebagai wadah untuk penyatuan semua agama dan ideologi politik untuk ke arah NEW WORLD ORDER. Penyatuan semua agama dan fahaman politik dikatakan sebagai jalan terbaik untuk mewujudkan dunia yang lebih aman.


Prieure de Sion & Knights Templar

Penglibatan Prieure de Sion semasa Perang Salib bermula apabila Jerusalem dibanjiri kehadiran Tentera Salib dari negara-negara Eropah dan sejumlah paderi mendirikan kem di sebuah kawasan dan kem tersebut dinamakan Notre Dame de Mont Sion (Gereja Notre Dame Bukit Zion). Ia bermula apabila kumpulan para paderi yang terdiri daripada penggerak gerakan sulit dan diketuai Ursus mengeluarkan arahan (menggali tapak kuil Solomon) kepada pihak tentera kelas atasan dengan nama kod Odre de Sion dan kemudiannya menjadi Prieure de Sion. Kumpulan tentera kelas atasan tersebut dipilih kerana mempunyai pertalian darah dengan penganut agama Pagan Celtic di Scotland yang berasal dari darah Yahudi dan menjadikan salib Celt sebagai simbol rasmi. Hasil kerja sulit menggali tapak Rumah Ibadat Nabi Sulaiman telah dirahsiakan selama beberapa abad sehingga abad ke-13 walaupun kepada beberapa pergerakan sulit yang lain. Penemuan besar hasil penggalian it terus disimpan secara rahsia sehingga abad ke-20 dan terus menjadi rahsia golongan Merovingian. Ia menjadi rahsia terbesar apabila sesuatu yang dibuang oleh Nabi Sulaiman telah dijumpai golongan ini, ia adalah satu ilmu rahsia (pengetahuan terahsia) yang mampu mengangkat martabat dan kuasa manusia di dunia dengan bantuan jin dan syaitan.

simbol Knights Templar di tengah bandar Washington, simbol ini boleh dilihat melalui clue struktur jalan raya di Washington. Di tengah simbol itu adalah White House.

No comments: