Pages

Sunday, April 25, 2010

ADOLF HITLER DAN KEHIDUPAN KITA



Jan 25, 2010

 

Sumber & Kredit kepada: http://kopiahlama.blogspot.com 

Satu nama yang tidak asing lagi dalam sejarah peradaban dan tamadun manusia. Satu tokoh politik dan juga pemimpin tentera yg pernah digeruni malah dipuja. . Saya secara hakikatnya amat meminati beliau satu ketika dulu. Saya telah membaca bermacam-macam artikel mengenai beliau di zaman kegemilangan Nazi, satu parti yg pada asalnya sebuah parti nasionalis. Bermacam juga jenis filem walaupun bias kepada pihak bersekutu dan Yahudi namun ia telah menaikkan lg minatku pada ketokohan manusia ini yg hanyalah seorang “Runner” di zaman Perang Dunia Pertama.
Kronologi hidup Hitler secara ringkas:
1) Mencari pekerjaan sesuai dengan minatnya dalam senilukis tetapi gagal. Beliau menyalahkan bangsa Yahudi sebangai kekurangan kekosongan jawatan dan peluang perniagaan yang didominasi mereka.
2) Menyertai tentera Jerman untuk Perang Dunia Pertama. Cedera dan ditugaskan ke Pejabat Pentadbiran Tentera setelah perang tamat.
3) Menyertai secara aktif pidato mengenai nasionalisma Jerman di Beer Hall. Salah sebuah bar yang sering dikunjungi beliau di Bavaria. Tertubuhnya Parti Buruh Jerman yang kemudian ditukar ke Parti Nasionalis Sosialis yang lebih dikenali sebagai Parti Nazi
4) Berlakunya usaha rampasan kuasa pentadbiran daerah Bavaria diketuai Hitler bersama rakan-rakan bekas tentera. Usaha ini dinamakan ‘Beer Hall Puscht”. Ditangkap dan dipenjarakan.
5) Keluar dari penjara dan kembali menghidupkan Parti Nazi tetapi harus bersemuka dengan musuh yang lebih muda dalam parti, Joseph Goebels dan Strausser.Goebels dilantik kemudiannya sebagai Menteri Akhbar dan Media
6) Pencapaian membanggakan Parti Nazi dalam Pilihanraya Jerman.
7) Meluaskan kuasa dengan memenangi sekali lagi Pilihanraya Jerman seterusnya memaksa Chancellor Jerman meletak jawatan.
8) Berjaya mempermainkan Vice Chancellor ketika itu yang tamakkan kuasa. Membakar Reichstag, bangunan parlimen Jerman seterusnya memaksa ahli-ahli parlimen yang bukan Nazi menyokong Akta Cetak dan Berucap.
9) Jawatan Chancellor diserahkan kepada Hitler secara terpaksa berikutan sokongan mendadak terhadap beliau.
10) Menubuhkan SS dan menggabungkan semula angkatan tentera Jerman dan melancarkan perang penaklukan ke atas Negara-negara eropad seperti Austria, Poland, Perancis, Czech dan beberapa lagi.
11) Penubuhan Concentration Camp untuk pembelot dan juga penentang Nazi. Membawa kepada Holocaust dengan penubuhan Kem Auschwitz.
12) Beratus ribu bangsa Yahudi telah dibawa ke Auschwitz dan dibunuh.
13) D-Day. Serangan tentera bersekutu
14) Serangan balas terhadap England dengan peluru V8 yang baru dicipta tetapi gagal meniggalkan impak.
15) Cubaan menyerang Russia oleh Jerman tetapi dalam masa yang sama diserang tentera bersekutu.
16) Pertahanan Jerman lumpuh dan Reichstag telah ditawan menandakan kekalahan Jerman.
17) Hitler membunuh diri bersama isterinya Ava Braum.
18) Orang paling kanannya Goebles turut membunuh diri bersama ahli keluarga dengan pil sianida.
Cukup setakat ini sejarah penguasaan Hitler secara ringkasnya. Perlu diingat bahawa perkara di atas adalah berdasarkan apa yang pernah saya baca dan lihat sahaja. Tidak ada sesiapa yang mampu mengatakan perkara di atas 100% benar dan tepat. Saya pun manusia biasa juga. Anda semua mungkin lebih arif pasal Hitler. Tetapi, dalam pada kita asyik berdebat dan memikirkan samada benar atau tidak sejarah di atas, apa yang pasti ialah kita tidak hidup di zaman itu untuk mengalaminya sendiri. Kita juga bukannya ada keluarga yang bersangkut paut dengan Hitler ataupun Himmler, kalaupun ada cucu ataupun saksi yang masih hidup sekarang, tiada sesiapapun mampu membuktikan segalanya 100% tepat kerana itu semua hanyalah berdasarkan bagaimana kita memikirkan apa yang kita lihat,baca dan saksikan.
Namun, itu tidak bermakna kita sampai di sini sahaja. Hakikatnya, kita bebas mengeluarkan pendapat berdasarkan sumber yang ada mahupun pengalaman sendiri, maka dengan intensi inilah saya ingin mengutarakan pendapat-pendapat saya berkaitan kisah Hitler diatas yang juga berkaitan dengan kehidupan kita.
1) Simpati

· Saya sudah menonton bermacam-macam filem kategori Holocaust. Saving Private Ryan, Pianist, Schindler’s Lists, Band of Brothers hinggakan terdapat juga filem-filem yang ingin juga mengaitkan Nazi secara sengaja seperti Hell Boy, Inside Man dan juga Indiana Jones. Segalanya mudah pada fikiran saya. Ini kerana Jika saya dari kalangan mereka pun saya mungkin juga akan melakukan perkara yang sama. Atas sebab agama dan bangsa Yahudi, penderitaan mereka perlu di canang di seluruh dunia. Kekejaman Nazi harus dikenali seluruh dunia. Apa objektifnya? Konspirasi? Sebaran Pengaruh? Simpati?
· Ya, simpati adalah alasan yang sangat kukuh. Pelik atau tidak, saya merasakan simpati adalah salah satu sikap yang boleh menjadi kelemahan seseorang. Bukanlah bermaksud yang kita tidak perlu bersimpati. Cuma kita perlu lebih berhati-hati. Umat Islam ini tidak terkira musuhnya yang sentiasa akan mencari kesempatan. Tragedi Holocaust merupakan salah satu agenda yang sengaja dibesar-besarkan pihak tertentu untuk meraih simpati. Memang benar mangsa tidak sepatutnya diseksa sebegitu tetapi malangnya, Holocaust ini juga telah menjadi kiblat untuk pihak tertentu melancarkan kekerasan, penindasan, rampasan, seksaan kepada orang yang tidak bersalah kepada mereka. Alasannya mudah, itu hak mereka. Tetapi tiada satu pihak pun yang berani menghalang mereka secara terang-terangan dan dengan tegas. Holocaust telah jadi satu fenomena, sehebat mana fenomena Michael Jackson dan juga Beattles dahulu.
· Presiden Iran Ahmadinejjad pernah menyuarakan Holocaust ini adalah satu pembohongan semata-mata dan tidak pernah berlaku. Saya tidak berapa setuju dengan pendapat beliau tetapi saya amat bersetuju sekiranya dikatakan bahawa kisah Holocaust telah diperbesar-besarkan jauh lebih teruk dari perkara yang sebenarnya terjadi hinggakan terdapat berpuluh-puluh Muzium Holocaust serata Amerika Syarikat. Adakah anda berpeluang menonton Discovery Channel dalam rancangan Scrap Book From Hell:Auschwitz? Sekiranya terdapat siaran ulangan kelak, sila tonton sambil mengingatkan apa yang berlaku pada saudara-saudara kita di Tebing Barat dan saya pasti anda semua dapat mengukur sejauh mana tahap simpati anda.
·

2) Keadilan dan kebenaran

· Kita sering berbicara tentang bagaimana Yahudi menguasai dunia tetapi dalam masa yang sama mereka (Yahudi) juga banyak menggambarkan dalam filem bagaimana Nazi menguasai sebahagian besar Eropah dengan kekerasan dan “Holocaust”. Turut digambarkan bagaimana Hitler memerintah apabila beliau senantiasa berlaku kasar kepada pegawai bawahannya dan juga bagaimana rakusnya Hitler membawa Jerman ke lembah peperangan yang penuh dosa.
· Pada fikiran saya, perkara ini juga adalah satu langkah yang bijak. Mengapa? Kerana secara tidak langsung corak penguasaaan Hitler ini telah bejaya di”tiru’ oleh pemimpin lain. Jangan lupa pada Idi Amin. Ingatlah Juga jeneral Farah Aideed. Bagaimana pula Saddam Hussein? Saya jamin majority dunia melihat mereka ini adalah dari acuan Hitler, namun adakah kita berada di sana untuk melaluinya? Adakah kita semua sebahagian dari bala tentera atau barisan pemimpin semasa pemerintahan mereka? Hasilnya, lihatlah apa yang kita nampak dalam filem King of Scotland, tontonilah Black Hawk Down untuk Farah Aideed dan lihatlah Generation Kill untuk Saddam. Adakah mereka mati sebagai Islam? Adakah mereka mati memperjuangkan keadilan dan kebenaran? Adakah mereka sekejam yang digambarkan? Kita tidak tahu. Mengakulah bahawa kita tidak pasti 100%. Tetapi apa yang pasti, sedikit sebanyak saya yakin di dalam hati kita semua, idea-idea untuk berlaku kejam ini telah di promosi kepada kita. Telah ditanam secara halus dalam sanubari dan hidup kita. Mereka telah bertindak dengan bijak untuk mengajar kita bahawa setiap yang buruk, jahat, kejam, tidak berhati perut dan tanpa perikemanusiaan seperti Hitler dan “protégé”nya harus diadili. Mereka ini harus dihukum secara setimpal, dan kita haruslah membela sesiapa yang ditindas oleh mereka yang kejam ini.
· Namun sedarkah kita siapa yang diadili dalam hal ini? Siapa yang dibela dalam kisah sejarah ini? Pada mulanya filem Black Hawk Down amatlah mengujakan saya tapi saya akhirnya terfikir, kenapa saya merasa gembira setelah pihak Amerika Berjaya mengalahkan tentera Farah Aideed? Saya ini dipihak yang mana?. Persoalan terakhir untuk kita lebih tidak selesa. Pihak yang jahat dan kejam ni digambarkan ganas seperti Rejim Tel Aviv bukan? Ataupun MILF? Abu Sayyaf? Al-Qaeda? Hamas? Hizbullah? Mereka ini juga terlibat dalam peperangan juga bukan? Dapatkan anda kaitkannya? Sama-sama kita fikirkan.

Saya cuba sebaik mungkin untuk merungkaikan bagaimana kemunculan Hitler dan pengaruhnya diadaptasi dan diperaktikkan untuk tujuan tertentu. Adakah kita telah di’brainwash’ kan? Saya rasa tidak. Cuma sesetengah pihak telah berupaya untuk membuat kita berfikir yang positif secara rambangnya tetapi dalam masa yang sama telah mengaktifkan sebahagian kecil kegelapan di hati kita. Apa kaitannya dengan kisah ringkas Hitler di atas? Kita pasti akan dapat menemui contoh-contoh simpati dan keadilan dalam sejarah kehidupan dan politiknya. Terdapatkah perumpamaan serupa di zaman kita ini? Tidak perlu pergi jauh. Lihat saja kepada peristiwa September 11 dan impak serta perkara susulan yg berlaku daripadanya. Untuk apa Perang ke atas Iraq dan Afghanistan? Adakah kerana ‘simpati’ berserta demi ‘keadilan dan kebenaran” maka perang-perang in dicetuskan? Sama-sama kita akan kupas lagi.

Insya’allah saya akan sambung lagi artikel ini dalam masa terdekat.

No comments: