Pages

Sunday, April 25, 2010

KEBERKATAN DAN CARA MKN RASULULLAH

Doktor memulakan syarahannya dengan
membawa para hadirin memikirkan sejenak
dengan hadith yang maknanya sedikit
sebanyak "Dalam diri-diri kamu ada kebesaran
Tuhan". Doktor menyuruh kita melihat kedua tapak
tangan dan perhatikan garis-garis di tapak tangan
kita. Garisan-garisan di tangan kiri menunjukkan
angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan tangan
kanan 1 dan 8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 =
99 iaitu bilangan nama Allah.

Berikut adalah antara intipati syarahannya secara
ringkas:-



Cara Rasulullah Makan

1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan?

Mengikut cara Rasulullah s.a.w, beliau akan
menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan
kanannya dan kemudian membiarkan sebentar,
lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam
menggunakan jari kecilnya, lalu Rasullah saw
akan menghisap garam itu.

Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan
lauknya. Mengapa?

Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan
3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan
kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana
enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan
enzim yang dapat menolong proses penghadaman
(digestion), ia merupakan the first process of
digestion.

Mengapa menghisap garam?

Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah
yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam
dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air
mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya
bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling
berkhasiat untuk kita.

Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah
sumber mineral, garam juga adalah penawar yang
paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr,
dihospital-hospital, the first line of treatment for
poisoning adalah dengan memberi Sodium
Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat
menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus
yang ingin menggangu manusia.

2. Cara Rasulullah mengunyah

Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali
untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat
agar perut kita senang memproseskan makanan
itu.

3. Membaca Basmalah (Bismillahirrahma
Nirrahim).

Membaca Basmalah sebelum makan untuk
mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun
ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila
Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan
musnah dari sumber makanan itu.



Cara Rasulullah minum.

Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh
tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram.
Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan
bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita
minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan
meneguk air dan dalam proses minum itu, kita
tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas
dari hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita
akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide,
yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi
H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan
minuman itu menjadi acidic.

Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama
diatas.

Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas
sehingga habis.



Hukuman Bagi Manusia Yang Berzina

Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang
belum berkahwin yang berzina, dan merejam
sehingga mati org yang sudah berkahwin, yang
berzina?

Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah
putih atau antibiotik yg dapat melawan penyakit.
Dan sel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang,
berdekatan dengan sum-sum tulang manusia.

Lelaki yang belum berkahwin dia akan dapat
mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki
yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan
10 unit sel ini sehari, kerana antara sebabnya ialah
kerana sel-sel lain akan hilang kerana
perhubungan suami isteri.

Jadi apabila lelaki yang belum berkahwin didapati
salah kerana zina, hendaklah disebat 100 kali. Ini
adalah kerana apabila dia disebat di belakangnya,
suatu amaran tentang kesakitan itu akan
membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik
yang dapat melawan virus HIV jika ia ada di
badannya, dengan itu dapatlah antibodi melawan
virus HIV itu.

Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin,walaupun
disebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10
unit antibodi sahaja, jadi dengan itu hukumannya
direjam hingga mati agar dia tidak dapat
merebakkan virus HIV itu.



Kaabah

Mengapa ia terletak di Mekah al-Mukarramah dan
mengapa ia empat persegi (cube)?.

Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah
dibuat kajian oleh para cendikiawan dari Pakistan
dan Arab, didapati, tempat terletaknya Ka'bah
sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi.

Mengapa ia empat persegi, ia melambangkan
perpaduan ummah yang bergerak maju bersama,
equality and unity, tidak seperti bentuk pyramid,
dimana ia diumpamakan, seperti hanya seorang
pemenang yang berada diatas setelah ia memijak-
mijak yang lain.

Dan antara lagi sebab mengapa 4 persegi
melambangkan 4 imam besar, Maliki, Hambali,
Hanafi dan Syafi'i, melambangkan kebenaran
keempat-empat Imam tersebut.

No comments: