Borink lepak kat umah tgk astro yang asyik ulang bangumi(rancangan tv) yang sama,aku ke kbmall jadi cashier.Semase jadi cashier,sume bende aku nampak,bukan nampak tu tapi nampak laptop,pendrive n sume la.. hahahah,gurau2..Semase jadi cashier,sume orang aku jumpe,dari yang bertudung labuh yang menutup kesemua upper bodynya hinggalah orang yang seakan-akan bogel.Ya,yang ingin aku bincangkan pada kali ini ialah perempuan,perempuan akhir zaman,perempuan yang tidak tahu erti malu.
[youtube=http://www.youtube.com/watch?v=M4ZuTgEz0AA]
Kita mulakan perbincangan pada kali ini dengan sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Muslim:
Malu dan iman itu adalah seiringan,jika satu diangkat maka terangkatlah satu lagi
Pernah suatu ketika dahulu aq menulis tentang ‘tudung labuh dan highheels’ atau dengan lebih tepat ‘bertabarruj’,tetapi kali ini aq ingin ketengahkan satu lagi topik yang berkaitan dengan kaum hawa,berpakaian tetapi bogel.Pening,aq pening melihat gelagat kaum hawa di shoping-shoping komplek,seolah-olah malu tiada lagi di dalam diri mereka.Kalau merujuk kepada hadis yang diriwayatkan oleh Muslim di atas adakah gadis-gadis ini tidak mempunyai iman?Mana tidaknya,malu dan iman itu seiringan,jika satu tiada satu lagi pun hilang.Seperti nyawa dan kehidupan,tiada nyawa tiada kehidupan dan tiada kehidupan maka tiada nyawa.Penting,sangat penting tapi kenapa masih ramai yang tidak faham hal ini padahal mereka juga salah seorang pembaca artikel-artikel sebelum ini?
Aq masih tidak faham kenapa gadis-gadis ini memakai seluar jeans yang tersangat ketat,sendat dan mampat serta berbaju dengan baju kepunyaan adiknya sehingga ternampak lurah belakangnya,benda peribadi yang digunakan untuk mengadap mangkuk tandas.Adakah manusia-manusia lain setaraf dengan mangkuk tandas untuk ditunjuk benda peribadinya itu? Secara jujur,aq sememang tidak menyukai melihat objek-objek sebegitu. Jijik,menjijikkan.Adakah aku tidak bernafsu?Tak,aku juga seperti lelaki lain. Sukakan kecantikan,keseksian tetapi bagiku ini dah melampau,sangat melampau.
Jika dahulu semasa Adam dan Hawa melakukan kesalahan di syurga, memakan buah *khuldi,Allah menanggalkan pakaian yang dipakai mereka sebagai balasan bagi kesalahan mereka tetapi gadis-gadis sekarang menanggalkan pakaian mereka untuk melakukan kesalahan.Apa kejadahnya semua ini?Di mana malu mereka?Adakah malu mereka sekadar di hadapan kedua-dua orang tuanya atau yang lebih parah lagi mereka semamangnya tidak pernah mengenal erti malu?
“Ah,biarlah aku seksi pun tapi aku tetap sembahyang.Tengok kat sane,btape ramai yang tutup tapi tgedek-gedek ngan laki mana ntah.”
Cik adik semua harus ingat,cik adik semua harus pakai tudung untuk jadi baik bukan jadi baik untuk pakai tudung.Mungkin agak susah nak paham, secara ringkasnya cik adik semua kenalah pakai tudung dengan elok-elok untuk jadi baik kerana pakai tudung atau tutup aurat itu adalah satu daripada cabang kebaikan.Cabang kebaikan itu banyak sebagai contoh pakai tudung,jaga solat,jaga pergaulan dan belajar betul-betul.Jika cik adik jaga solat,jaga pergaulan,belajar betul-betul tetapi tidak menutup aurat,adakah sempurna kebaikan itu?Cik adik semua perlu ingat,cik adik bukan lakukan segala kebaikan untuk pakai tudung,untuk tutup aurat.Jika inilah cara cik adik,cik adik seakan-akan meletakkan menutup aurat itu adalah tujuan utama cik adik hidup atas muka bumi Allah ini.
Pernah suatu ketika di KRM(kompleks rakan muda) Klang,aq dicemuh oleh beberapa orang kerana satu tazkirahku.Aq tidak kisah,hal itu tidak sedikitpun menggugatku kerana aq taw yang mereka tidak faham apa yang aku maksudkan.Aq tulis balik apa yang aq telah cakap sehingga menimbulkan kontrovesi itu.Memetik ayat 179,surah al-a’raf:
Di neraka akan Ku penuhi dengan jin dan manusia,mereka ada akal tetapi tidak berfikir,ada mata tapi tidak melihat,ada telinga tetapi tidak mendengar,mereka adalah sehina binatang ternakan bahkan lagi teruk darinya.”
“Ayat ni Allah oyak pado kita yang Dio ake penuhi nerako denga jin dan manusio,jin dan manusio hok gano?Hok ado akal tapi dok mikir, hok ado mato tapi dok tengok,ado tlingo tapi xsey dengar.Pahtu Allah oyak lagi,hok mace ni hino mace mnate hok kito pero malah lebih terok.Hok bukok aurat,dating ngan jate kat tepat2 takdok ore,sek-sek ni samo hino denga binate ternake malah lebih terok.Binate ternake ni gapo?Lembu,kambing?Takpola kalu stakat lembu,kambing tapi babipom haiwe ternake gok. Maknonyo,ore hok bukok aurat,dedoh sini dedoh sano ni samo hino nga babi maloh lebih terok dari babi.”
Cik adik semua perlu ingat,btapa Islam melarang anda daripada mendedahkan aurat ini sehingga wanita-wanita yang dedah-dedah ini dijanjikan neraka.Rasulullah bersabda, “aku menjenguk ke neraka dan ternyata kebanyakan penghuninya adalah wanita.”Kenapa wanita? Sabda Nabi dalam hadis yang lain, “wanita yg berpakaian tapi telanjang, yg melenggang-lenggok dan memiringkan kepala spt bonggol unta, di mana mereka tidak akan masuk syurga bahkan tidak bisa mencium baunya.” Mahukan cik adik semua masuk ke neraka?Jawablah sendiri..
Salah siapa?
Persoalan yang seterusnya,apa yang berlaku di atas muka bumi ini salah siapa?Salah cik adik manis yang dedah sana sini ke?Salah encik ayah yang memberi duit?Atau salah Pak Mat yang jual air tebu kat tepi jalan? Semuanya salah.Cik adik manis salah,encik ayah pun salah dan Pak Mat si penjual air tebu pun salah!
Pada hakikatnya,cik adik manis itu tahu yang rambut itu perlu ditutup. Semasa cik adik manis itu kecik,Cikgu Timah dah ajar yang rambut itu aurat dan perlu ditutup.Tapi bila cik adik manis ini membesar,banyak pengaruh luar yang cik adik manis ini terima.So,dengan keinginan sendiri yang semakin memuncak,adik manis ini buang tudung, buka baju,dedah sini dedah sana tanpa dia sedari yang dia telah buang maruahnya.
“Ah,buat apa ikut Islam.Islam melebihkan lelaki,perempuan ditindas. Tengok ar,lelaki beley madukan perempuan macamlah perempuan ni takde perasaan. Lelaki bley kuar umah tapi perempuan takley.Islam bagi lelaki buat itu buat ini tapi perempuan sume bende takley buat!Ini tak adil!” keluh cik adik manis yang jiwanya dihasut hidonisme.
Cik adik manis perlu ingat bahawa apa-apa yang berharga akan disimpan dan dijaga dengan betul-betul,susah untuk dapatkannya.Baju B.U.M yang ori takkan dapat dicari di pasar malam Wakaf Che Yeh atau pasar ikan Wakaf Mek Zainab tetapi senang dijumpai di Sunway Pyramid atau Pavilion,digosok hari-hari dan sentiasa berada dalam kedinginan penghawa dingin yang mahal.Susah mendapatkannya,mahal harganya.Begitu juga dengan anda cik adik manis,Islam tidak membenarkan anda buat itu buat ini sesuka hati untuk menjaga maruah anda,meninggikan harga diri anda.
Jika anda ingin sangat ikut budaya barat,saya ada satu kisah benar. Florida(bukan nama sebenar),gadis yang sopan dan lemah lembut berumur 15tahun.Florida tidak pernah mendampingi mana-mana lelaki seperti kawan-kawannya yang lain.Jadi,Florida masih mempunyai dara,dia masih suci dan bersih.Tetapi cik adik manis tahu apa yang berlaku pada Florida?Disebabkan dia masih suci,masih mempunyai dara,dia dipulau oleh kawan-kawannya yang lain.’”Virgin is a shame!”kawan-kawan perempuan memarahinya.Sudah menjadi budaya mereka untuk melakukan proses ‘menebuk’ pada umur 15 tahun.Cik adik manis pun ingin lakukan juga? Ingin ditebuk? Ingin hilang harga diri anda?Fikir-fikirkanlah.
Ya,encik ayah yang bagi duit untuk cik adik manis pun tidak terlepas dalam kes ini.Untuk jadi encik ayah yang selamber dan disukai cik adik manis, encik ayah memberi cik adik manis kebebasan yang mutlak.Segala keinginannya dipenuhi dengan tujuan supaya cik adik manis sayang akan encik ayah. Ish,ish,ish….Encik ayah lupa satu perkara.Kasih encik ayah itu telah membawa cik adik manis ke neraka seperti yang diceritakan oleh Abu Saif dalam artikelnya:kasih ayah membawa ke neraka.Kita telah dibesarkan dengan filem P.Ramlee ‘anakku sazali’,adakah encik ayah masih belum faham? Seorang ayah yang menafsirkan kasih sayang sebagai “beri apa sahaja yang anak mahu” telah akhirnya menghasilkan manusia sejahat Sazali.
“ah Mah,apa yang dibising-bisingkan.Biarlah Ijah nak g dating ngan Syed tu. Bukan dia buat ape-ape pun,lagipun diorang kan dah betunang.Kite mak bapak die kene support die,kan putus tunang lak kan.sape yang malu?Kite gak,”ujar seorang ayah yang sporting(xtaw eje camne,lantak la).
Ayah ini lupe yang ke’sporting’ngan die itu telah menjadikan die berstatus ‘bapak ayam’.Ayah ini lupe yang cik adik manis tadi boleh menariknya memasuki neraka bersama-sama,bahagia diseksa di sana.Makan buah Zaqum bersame-same,minum nanah berperisa straberi bersame-same.Sebagai seorang ayah spatutnya dia yang melindungi ahli keluarganya daripada dicampak ke dalam neraka,kerana apa?Kerana dia sudah berjanji dengan isterinya,dia telah berjanji dengan Allah untuk menerima tanggungjawab ini. Bila?Semasa dia mengucapkan , “aku terima nikahnya.”Atau,ayah ini tidak faham ungkapan itu?Dia hanya faham bahawa gadis itu menjadi isterinya? Dia tidak faham bahawa dia telah cakap, “aku ready ya Allah untuk pikul tanggungjawab ini.”Firman Allah di dalam al-quran,surah Tahrim ayat 6:
あなたがた信仰する者よ,人間と石を燃料とする火獄からあなたがた自身とあなたがたの家族を守れ。そこには厳格で痛烈な天使たちが(任命されて)いて,かれらはアッラーの命じられたことに違犯せず,言い付けられたことを実行する(66:6)Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan(66:6)
So,kenape Pak Mat yang jual air tebu di tepi jalan juga dipersalahkan sedangkan Pak Mat dengan cik adik manis tiada kaitan.Memang Pak Mat tidak memegang share yang besar dalam kes ini tetapi Pak Mat seharusnya menegur cik adik manis,tidak kisahlah secara direct atau kiasan.Sabda Nabi, “jika kamu lihat kemungkaran,(wajib keatas kamu)menegurnya dengan tangan, jika kamu tidak mampu tegurlah dengan lisan,jika tidak mampu tegurlah dengan hati dan itu adalah selemah-lemah iman.”
“Pak Mat tegur ngan ati je..x mampu la nak gune tangan,kite pelempangnye budak tu lepas tu datang mak ayah die saman kite…kite tegornye die kan merajuk tak datang bli air tebu lak..so,pak mat tegor lam hati la..”terang Pak Mat sambil menyediakan air tebunya untuk dijual.
Tegur dengan hati?Macamana ek?Kita lihat cik adik manis separuh bogel dan membencinya?begitukah tegur dengan hati?Kalau begitu,senang la. Ulama’ mentafsirkan menegur dengan hati atau membenci dengan hati itu boleh diumpamakan seperti kita tidak ingin melihat anak bini kita dibakar di dalam rumah sedang kita tidak mampu berbuat apa-apa.Begitulah maksud membenci dengan hati.Adakah betul apa yang Pak Mat buat itu?Dia membenci cara adik manis berpakaian tetapi tetap menghulur air tebu apabila adik manis ingin membelinya.Ini tidak kena,ini tidak betul.Jika pak mat membenci perbuatan cik adik manis yang berpakaian separuh bogel itu, sepatutnya pak mat tidak menjual air tebu itu.kalaulah pak mat tak nak jual, inilah jadinya…
“Pak mat,nak air tebu satu,”pesan adik manis sambil mengangkat tangan, menampakkan ketiaknya yang digolek deodorant.
“Tak nak,pak mat tak nak jual kat kamu,”jawab pak mat.
“eh,kenapa lak?saya kan pelanggan?”tanya cik adik manis.
“memang kamu pelanggan pak mat.Tapi pak mat tak nak jual.”jawab Pak MAt.
“jap2..kenape lak taknak jual?”tanya cik adik manis lagi.
“pak mat tak berkenan la dengan pakaian kamu tu..”ujar pak mat.
Nah,kalau pak mat cakap tak nak jual,cik adik manis sendiri akan tanya kenapa die tak nak jual.So,pak mat bley gune chance ni untuk tegur. Tegorlah dengan hikmah,secara direct ataupun kiasan.
Penutup..
Walaubagaimanapun,Encik Ayah dan Pak Mat bukanlah pemegang share terbesar di dalam kes ini.Cik adik manislah pemegang share terbesar. Biarpun berbuih mulut encik ayah menegur tetapi jika cik adik manis tidak ingin mendengarnya,apa yang encik ayah mampu buat.Cik adik manis seharusnya berfikir dengan waras yang mana baik dan yang mana buruk. ingat,tutup aurat untuk jadi baik bukan jadi baik untuk tutup aurat.
Jika sekarang cik adik manis tidak bertudung dan cik adik manis ingin berubah tetapi dikecil-kecilkan oleh kawan-kawan yang lain,cuba cik adik manis fikirkan adakah kerana halangan-halangan kecil ini akan menjadi halangan besar untuk cik adik manis mengecapi syurga yang mana di dalamnya cik adik manis boleh berbogel ke mana saja cik adik manis pergi.Kalau cik adik manis kate, “saye takley la kalo x bogel.Nak tak nak saye kene bogel gak,” maka syurgaadalah tempatnya.Cik adik manis kene berubah menjadi baik untuk dapat syurga.
Memetik komen daripada ‘bukannamasebenar’:
“jadilah bunga di jurang, cantik dipandang, sukar dipegang” =)
No comments:
Post a Comment