Saturday, January 23, 2010
Yu haiwan marin pemalu
Oleh MOHD. HAZLI HASSAN
rencana@kosmo.com.my
Realitinya, yu yang ada di negara ini pemalu dan takut kepada manusia jika tidak mengalami sebarang provokasi daripada manusia.
YU sirip hitam antara haiwan marin yang menghuni perairan Malaysia.
PENGARAH filem tersohor dunia, Steven Spielberg dan penulis novel, Peter Benchley boleh disifatkan sebagai antara individu yang berjaya menanam persepsi salah kepada orang awam terhadap ikan yu.
Menerusi filem arahan Speilberg, Jaws beliau menukar karakter spesies ikan yu atau ada yang memanggilnya jerung sebagai haiwan marin ganas yang mengancam manusia sehingga kini.
Ini kerana jika ada sesuatu terjadi di laut, spesies prasejarah itulah yang dijadikan kambing hitam termasuklah ketika kes yang terjadi di pantai Port Dickson, Negeri Sembilan baru-baru ini.
Dalam kejadian itu, seorang posmen, Mohamad Helme Leman, 25, koyak kaki kanan dan terpaksa menerima 50 jahitan ketika mandi di Port Dickson 2 Januari lalu.
Dakwa Helme, kakinya ditarik dan digigit sesuatu yang leper, keras dan kehitam-hitaman dan diyakini buaya air masin.
KECEDERAAN pada kaki Helme semasa mandi di pantai Port Dikson, baru-baru ini.
Namun pihak berkuasa tempatan menafikan kawasan itu mempunyai buaya air masin dan terus membuat andaian ikan besar termasuk yu.
Adakah yu menjadi punca sebenar kejadian itu atau adakah yu sememangnya ganas seperti yang digambarkan oleh Spielberg?
Filem yang pertama kali ditayangkan di layar perak pada 1975 itu sedikit sebanyak bukan hanya memberi imej buruk kepada yu namun namanya juga berjaya ditukar menjadi Jaws yang membawa bermaksud rahang.
Kesan filem berkenaan berjaya membuatkan ia melonjak menjadi filem box office pertama sehingga menjulang Jaws menjadi filem blockbuster musim panas terhebat dan ditayangkan di 675 panggung seluruh dunia serentak.
Peluncur
Keuntungan kasarnya mencecah AS$470 juta (RM1.57 bilion) ketika itu di mana nilai pada 2008 dianggarkan AS$1.9 bilion (RM6.35 bilion).
Signifikan tayangan berkenaan menular sehingga ke hari ini yang menggambarkan yu adalah spesies ganas.
Apa pun, menurut kajian yang dijalankan oleh Divisyen Ictiologi, Muzium Sejarah Asli Florida, University of Florida, Amerika Syarikat (AS) hanya ada satu serangan ikan yu tanpa provokasi di perairan Malaysia di antara tahun 1580 hingga 2008.
Kemalangan itu yang disifatkan bukan sebagai serangan juga tidak membabitkan kematian.
YU putih yang terdapat di perairan Australia terkenal dengan karakternya yang ganas.
Namun itu bukan bermakna tiada langsung serangan yu lebih-lebih lagi di luar Malaysia. Kebanyakan yu pemangsa bersaiz mega termasuk yu putih (Carcharodon carcharias), yu bull (Carcharhinus leucas) dan yu harimau (Galeocerdo cuvier) berada.
Yu putih yang terkenal dengan karakter ganas dengan gigi menceracak dikesan banyak terdapat di perairan Afrika Selatan dan juga Australia menjadi igauan kebanyakan peluncur air.
Namun menariknya, ‘serangan’ yang dilakukan itu mengikut kajian adalah disebabkan yu putih tersalah anggap.
Ini disebabkan yu berkenaan melihat peluncur air yang sering menggunakan sut basah gelap dengan papan luncur mereka seolah-olah seperti anjing laut iaitu makanan yu putih.
Dua lagi rakan ‘nakal’ yu putih, yu harimau dan yu bull, walaupun turut menghuni perairan Malaysia, tidak pernah dilaporkan menyerang manusia.
JINAK. PELANCONG ini berenang sambil mengekori yu paus yang panjangnya enam meter.
Selain spesies yang dikatakan agak ganas itu, Malaysia turut dihuni beberapa spesies yu lain termasuk yu paus, yu sirip hitam, yu tukul, yu sirip putih, yu cicak, yu duri, yu pari, yu bodoh, yu kebut, yu misai, yu mako, dan pelbagai spesies yu lain yang tidak pernah didengari.
Apa yang pasti, nama-nama yang disebutkan bukan terkenal dengan menyerang manusia, sebaliknya mereka menjadi tumpuan sama ada ditangkap untuk dijadikan hidangan atau siripnya menjadi buruan.
Bagi penyelam skuba, spesies-spesies yu tersebut antara spesies marin pemalu. Mereka akan cepat beredar jika ternampak penyelam skuba merapati habitat mereka.
Walaupun fakta yang mengatakan yu amat sensitif dengan darah walaupun setitik, namun sehingga artikel ini ditulis, tidak ada satu laporan yang mengatakan yu mengejar penyelam atau perenang yang mengalami pendarahan akibat kecederaan di negara ini.
Ini kerana jika tidak kemungkinan Mohamad Helme bakal menjadi makanan kepada yu selepas kakinya luka berdarah.
Bagi penyelam skuba, berdepan dengan spesies yu pula antara yang dinanti-nantikan namun untuk merakamkan foto mereka di dasar laut dan ia merupakan satu kesempatan sekali seumur hidup.
Lebih-lebih lagi, spesies yu paus (Rhincodon typus) yang merupakan antara mamalia terbesar dan mampu mencapai panjang sehingga enam meter.
Tetapi spesies itu hanya menjadikan plankton sebagai diet seharian dan bukan mencari manusia.
Tidak hairanlah, jika ada spesies itu sering terperangkap di dalam jaring nelayan yang menangkap ikan di kawasan banyak plankton kerana ia turut menarik spesies-spesies kembung, selar, cencaru dan lain-lain ikan komersial yang lain.
Jadi realitinya, yu yang ada di negara ini ‘pemalu’ dan takut kepada manusia jika
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment