note: Aku tak sure samada sesuai di board ni atau tidak...
Semlm aku ada berbincang dgn ueyeah di YM ttg pendudukan yahudi di Pulau Pinang. Jadi, saja bukak topik baru utk kembangkan lagi perbincangan. Seperti yg kita ketahui, yahudi telah menduduki P.Pinang (bahagian pulau) sejak sebelum perang dunia pertama. Ramai juga yg menyangka mereka menduduki tanah melayu sejak berlakunya holocaust (sekiranya peristiwa ini dianggap benar) pada waktu perang dunia kedua. Ternyata salah kerana kubur tertua yg terdapat di P.Pinang bertarikh 1805. Pendatang yahudi yg pertama ialah Ezekiel Menasseh, berasal dari Baghdad (Baghdadi Jews). Ezekiel berpindah ke tanah melayu pada tahun 1895 telah mengamalkan fahaman yahudi selama 30 tahun di tanah melayu termasuk perayaan Cuti Yahudi dan amalan Kashrut (makanan halal versi yahudi). Walaupun begitu, ramai sejarahwan bercanggah pendapat tentang tarikh kedatangan yahudi yang pertama disbbkan telah wujudnya kubur bertarikh 1805.
Bila kemuncak WW1, lebih ramai yahudi berhijrah ke tanah melayu sehinggalah WW2 di mana mereka telah berpindah ke Singapore kerana khuatir dipenjara dan disiksa oleh Jepun. HIngga tahun 1963, hanya tinggal 20 orang yahudi di tanah melayu. Disebabkan hanya tinggal 20 orang yahudi, upacara keagamaan mereka tidak dapat dilaksanakan. Ini adalah kerana, 10 orang yahudi yang berusia lebih dari 12 tahun diperlukan untuk menjayakan mana-mana upacara keagamaan. Jadi, jumlah mereka tidak mencukupi. Tambahan pula, pendudukan Israel ke atas tanah Palestin serta konflik perang Arab-Israel (perang Yom Kippur @ perang 6 hari) menyebabkan masyarakat Islam Malaysia bersimpati dengan rakyat Palestin dan yahudi di tanah melayu merasakan ia sebagai suatu ancaman. Lantas, ramai yg berpindah keluar dari tanah melayu dan berhijrah ke tempat lain (Singapore yang paling dekat) hinggakan ke New York (salah seorangnya ialah Richard Chang), Australia dan Israel. Yang tidak berpindah pula ialah seperti Gus Styne yang merupakan bekas konduktor orkestra RTM.
Singapore merupakan penempatan terdekat dan tetap bagi mereka semenjak WW2 hingga ke hari ini. Mereka hanya datang ke P.Pinang sekadar menghadiri upacara pengebumian saudara mereka dan pelbagai upacara yang lain. Hingga kini, dianggarkan terdapat 100 orang yahudi di P.Pinang dan kebykkan dari mereka adalah pelarian dari Russia. Mereka mengikuti rombongan perdagangan dari Armenia yang mana sebelum itu Armenia berada dalam kekuasaan USSR. CM Singapore (mungkin semasa zaman sebelum merdeka) iaitu David Marshall, merupakan salah seorang yahudi P.Pinang.
Walaupun negara Malaysia tidak memberi kebenaran passport bagi warganegara Israel memasuki Malaysia, namun kita harus teliti bahawa, yahudi tinggal dan menjadi warganegara di banyak negara selain Israel seperti UK, France, German, US, India, China, Australia dan sebagainya. Melalui negara selain Israel itulah bangsa yahudi dapat datang dan menziarahi saudara mereka Malaysia. Tambahan pula, ada negara lain yg mengamalkan dwi-kewarganegaraan iaitu boleh memiliki dua kewarganegaraan (cthnya, Israel-UK, Israel-France dsbnya) berbanding rakyat Malaysia yang hanya boleh memegang satu kewarganegaraan saja.
Majoriti yahudi di tanah melayu berkomunikasi dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Kubur terbaru yahudi di P.Pinang bertarikh pada 1976. Pendudukan dan perkuburan yahudi di P.Pinang ialah satu-satunya 'kawasan' pertama yang diduduki oleh yahudi di Malaysia dan ada juga yang berpendapat bahawa pendudukan tersebut merupakan pendudukan yang pertama bagi South East Asia. Kubur yahudi itu terletak di Yahudi Road (juga dikenali sebagai Jahudi Road dan Jew Road. Sekarang di gelar Jalan Zainal Abidin), Pulau Pinang dan masih lagi dibersih dan diselenggarakan hingga kini. Perkuburan tersebut bukan sahaja menempatkan yahudi dari Russia dan Baghdad, malah dari keturunan yahudi yang telah menetap di China (yahudi Cina) dan berpindah ke P.Pinang disebabkan polisi komunisme yang diamalkan oleh pemerintah China pada tahun 1949.
Mengikut wikipedia, ada juga yang berpendapat bahawa, pendudukan yahudi di tanah melayu bermula semenjak kurun ke 9 berdekatan dengan muara di Lembah Bujang dan seterusnya pada
kurun ke 18 di Melaka.
Semasa pendudukan British di tanah melayu, ada juga yahudi yang dilihat bekerja bersama dengan British seperti Eliaho Hayeem Victor Cohen, seorang Leftenan dari rejimen ke-9 askar British Hindia dan terbunuh pada 10 Oktober 1941:
"The graves of the Cohens are located separately from the main group of graves on the north-eastern corner of the cemetery and it includes the grave of Eliaho Hayeem Victor Cohen, a Liutenant with the 9th Jat Regiment of the British Indian Army killed in an accident on October 10, 1941. It is the only grave in the cemetery that is maintained by the Commonwealth War Graves Commission [5]. The cemetery is itself managed by a board of trustees established and registered in 1885. With the descendants of the current trustees residing outside Malaysia, the maintenance of the trusteeship is uncertain."
Cohen @ Kohen pula ialah jawatan dalam yahudi yang mirip paderi kristian. Kohen ialah "a direct male descendant of the Biblical Aaron, brother of Moses.". Kiranya, mengikut Ueyeah, nama Aaron juga digelar Harun dalam Islam (adik beradik kepada Nabi Musa). Pangkat Kohen juga berkait rapat dgn Temple of Soloman (dgr kata, temple ini akan dibina semula di atas tapak Masjidil Al-Aqsa yang sedia ada). Dan, pangkat Kohen bukan calang2 juga. Soalnya, apa yang menarik minat yahudi untuk menetap di Malaysia? Sedangkan, pada awal 1900an, 1940an, 1960an, Malaya @ negara Malaysia bukanlah maju seperti negara2 barat yang lain pada waktu itu. Dan, kubur salah seorang yang berpangkat Kohen terdapat di Pulau Pinang.
Namun, aku merasakan bahawa, yahudi tersebut tidaklah bekerja dengan British, sebaliknya British yang bekerja utk mereka. Mereka datang hanya memantau kerja2 yang akan dilaksanakan oleh British. Dan konsep ini serupa saja pada zaman moden ni di mana US dan UK saja yang sentiasa berada di barisan hadapan baik semasa peperangan mahupun press conference manakala yahudi plak 'mengawal dan mengarah' dari belakang.
p/s: Tgh cari2 info psl pendudukan yahudi di penang, terjumpa plak site yahudi yang ada mention nama Raimy Che Ross (ada dlm site yg aku kepilkan kat bawah). Rupanya, saudara Raimy, yang menjumpai Kota Gelanggi di Johor, telah terlebih dahulu membuat kajian tentang yahudi dan pergerakan mereka di nusantara ini. Dasat2...
No comments:
Post a Comment