Pages

Saturday, January 23, 2010

Orang Kanan David Rockefeller Bunuh Diri


Orang Kanan David Rockefeller Bunuh Diri
September 17th, 2009 · 18 Comments · Konspirator

oleh Ibnuyaacob

james_rockefeller

Orang paling kanan kepada David Rockefeller di dalam firma guaman iaitu James S. McDonald ditemui mati di dalam keretanya Ahad lepas. Polis mempercayai James membunuh diri dengan menggunakan pistol.

Menurut akhbar New York Times, kejadian itu dipercayai berlaku pada hari Ahad, 13 September 2009 di Massachusetts. James ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah yang banyak oleh orang awam di dalam keretanya.

Kematian mengejut James S. McDonald menjadi tanda tanya kerana dia adalah orang paling kanan bagi bapa konspirasi Yahudi dunia Dr. David Rockeffeler. Menurut ketua pegawai siasatan bagi daerah itu, kes siasatan itu sedang dibuka dan polis tidak menafikan ia sejenis kes bunuh diri.

Setakat artikel ini ditulis, belum ada mana-mana penyiasat konspirasi antarabangsa membuat teori tentang kematian James walaupun ia diketahui ramai.

Siapa James S. McDonald?

Beliau boleh dikatakan individu paling berkuasa dalam hal ehwal ekonomi selepas David Rockefeller. James juga dianggap sebagai orang paling berpengaruh daripada Presiden Amerika kerana seluruh ekonomi Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah adalah di bawah kekuasaan David Rockefeller manakala pemegang amanah kekayaan itu pula adalah James S. McDonald.

James juga merupakan ahli Council on Foreign Relation (CFR) dan menjadi ahli lembaga pengarah kepada CIT Group. Sepanjang perkhidmatannya, James mengurus semua kekayaan harta khazanah David Rockefeller yang berjumlah lebih USD25 billion itu.

James adalah bekas pelajar Universiti Harvard dan Virginia di dalam bidang undang-undang. Kemuncak kariernya adalah menjadi pengerusi Rockefeller & Co. selama hampir 8 tahun. Dalam masa yang sama juga, beliau merupakan pengerusi kepada Japan Society di New York.

Sesuatu yang mencurigakan kematiannya

Antara isu yang mencurigakan kematiannya ialah, majoriti akhbar-akhbar di Amerika Syarikat yang melaporkan kematiannya tidak memberitahu bahawa James adalah salah seorang ahli lembaga pengarah syarikat CIIT Center for Health Research yang terletak di California Utara.

CIIT bertanggungjawab khusus dalam penyelidikan teknologi biocip kesihatan dan cip-cip nano seperti mana projek-projek sulit syarikat VeriChip Corporation dan LLC Receptor. Keterlibatan James di dalam projek Biocip juga sudah pasti mengundang implikasi besar kepada dunia konspirasi hari ini kerana apa yang diteorikan tentang virus ini sejak tahun lalu benar-benar berlaku.

Hipotesis pertama kami setakat ini terhadap kematian James S. McDonald adalah satu konspirasi yang diatur oleh orang dalam Illuminati sendiri. Kematiannya terlalu luar biasa manakala Ketua Siasatan dearah tidak mahu membuat sebarang kenyataan teliti.

No comments: