Pada hari Sabtu beberapa tahun yang lepas (26/07/03) saya telah diperlihatkan dengan suatu kejadian yg sukar saya lupakan dlm hidup saya! Terasa diri saya ini sungguh kerdil dan hina. Saya telah pergi ke sebuah masjid di Taman Keramat utk menunaikan solat Zohor. Saya sampai di masjid tersebut ketika azan sedang berkumandang. Saya terus ke paip air utk mengambil wudhuk.
Sedang saya mengambil wudhuk, saya terlihat seorang hamba Allah sedang bersusah-payah datang ke masjid tersebut! Untuk perhatian anda jalan yg sedia ada utk sampai ke masjid tersebut tidaklah berapa elok. Tetapi hamba Allah ini menggagahi diri utk datang ke masjid utk solat berjemaah.Yang membuatkan saya terharu ialah, hamba Allah tersebut bukanlah insan biasa seperti kita!!!
Kedua-dua kakinya lumpuh, tangan kirinya lemah dan tangan kanannya tidak lurus seperti kita! Dia menaiki kerusi roda tersebut sambil tangan kanannya memusingkan roda dan payung dikepit di antara leher dan bahu. Bayangkan betapa susahnya untuk kita membayangkan keadaan beliau yang begitu pilu. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul!!! Lalu dia masuk ke mesjid untuk merebut saf pertama.
Bukan itu saja, setelah selesai sembahyang, hamba Allah tersebut merebut peluang untuk bersalaman dengan hampir kesemua jemaah yg hadir (lebih kurang 3 saf). Bayangkan betapa ikhlasnya hati beliau untuk bersalam mesra dengan jemaah yg hadir walupun keadaan beliau tidaklah sempurna seperti kita.
Apa yang ingin saya katakan di sini adalah, adakah kita akan berkelakuan seperti beliau apabila kita berada dlm situasi beliau? Bagi saya sendiri, baru demam sikit dah rasa malas nak sembahyang. Inikan pula dlm keadaan beliau. Ketika itu saya rasakan bahawa diri saya sungguh hina lagi keji berbanding dengan hamba Allah tersebut.
Cuba kita tanya diri kita sendiri, berapa kerap kita melakukan sembahyang berjemaah ketika kita sihat walafiat? Di dalam kubur nanti kita akan ditanya, ke manakah kita gunakan kaki kita? Apakah jawapan kita? Sedangkan hamba Allah yg "lumpuh" itu pun mengambil berat akan amalan yg dilakukan oleh kakinya walaupun tidak berfungsi seperti kita! Inikan kita pulak yg di kurniakan "nikmat" kaki. Renungkanlah, sejauh manakah perjalanan kita di dunia ini. Sebelum saya berundur, renungkanlah pepatah dibawah untuk kesejahteraan kita bersama...
APABILA KITA DILAHIRKAN KE DUNIA INI, KITA DI SAMBUT DENGAN AZAN!
APABILA KITA MATI, KITA DISUDAHI DENGAN SEMBAHYANG!
BERAPA LAMA SANGAT JARAK DI ANTARA AZAN DENGAN SEMBAHYANG ITU...
Semoga Allah merahmati kita bersama....
No comments:
Post a Comment