Pages

Friday, September 28, 2012

10 Cara Agar Wajah Tetap Cantik

http://skin-on.com/wp-content/uploads/image/shutterstock_14290147-ed2.jpgKebanyakan produk kecantikan yang bermanfaat untuk melembabkan dan menyehatkan kulit terbuat dari bahan-bahan yang terdapat di alam. Oleh karena itu, mengapa tidak langsung mengambil dari sumbernya saja jika ingin mendapatkan kulit sehat seperti yang diinginkan?

Berikut ini 10 cara mudah mendapatkan kulit wajah yang sehat dengan bahan alami

1. Tepuk wajah kain yang dibasahi dengan air hangat untuk membuka pori-pori. Kemudian oleskan madu pada wajah dan diamkan selama 15 hingga 30 menit. Bilas dengan air hangat, kemudian tepuk-tepuk wajah dengan kain yang dibasahi air dingin

2. Buatlah masker dengan kuning telur mentah. Aplikasikan kuning telur pada wajah dan leher, diamkan selama 30 menit, bilas dengan air dingin.

3. Anda juga bisa membuat masker dengan putih telur. Aplikasikan putih telur pada wajah dan diamkan hingga putih telur mengering di wajah, baru kemudian Anda hangatkan.

4. Untuk cara yang lebih mudah, Anda bisa menggunakan anggur. Cukup potong sebuah anggur menjadi dua, kemudian gosokkan dagingnya pada wajah. Setelah merata, bilas dengan air dingin.

5. Tumbuk pisang yang sudah terlalu matang hingga haslus, kemudian oleskan keseluruh wajah. Diamkan selama 15 hingga 30 menit, kemudian bilas dengan air hangat.

6. Yogurt tanpa rasa juga bisa digunakan untuk menyegarkan dan melembabkan wajah. Oleskan yogurt pada wajah dan diamkan selama 15 hingga 20 menit sebelum dibilas dengan air dingin.

7. Jika Anda memiliki bibir yang pecah-pecah, oleskan minyak zaitun sebelum tidur. Biarkan semalaman dan dapatkan bibir lebih lembab dikeesokan harinya.

8. Hancurkan alpukat lalu oleskan pada wajah. Biarkan selama 10 menit, kemudian bilas dengan air dingin. Alpukat baik untuk kesehatan dan keremajaan kulit.

9. Siapkan susu pada sebuah wadah, kemudian sedikit celupkan cotton bud atau kapas dan terapkan pada wajah. Biarkan hingga Anda merasa kulit wajah jadi lebih kencang dan bersihkan dengan air hangat. Rasakan kulit wajah menjadi lebih lembut.

10. Gunakan baking soda untuk mengangkat kulit mati dengan mencampurkannya dengan cleanser harian Anda.
sumber

Tradisi Kongsi Isteri Di India

Hal ini terjadi terutamanya di wilayah utara India, di daerah Baghpat, hanya sekitar dua jam dari kota metropolitan New Delhi. Munni, wanita pertengahan 40-an yang mengisahkan penderitaannya menjadi seorang isteri kepada seorang suami sekaligus pemuas nafsu adik-adik suaminya. 

“Suami saya dan orang tuanya memberitahu, saya harus membahagikan diri saya (melayan) dengan adik-adiknya,” kata Munni.

Dua adik suaminya adalah bujang terlajak yang tidak memiliki isteri. Antara lain disebabkan jumlah wanita yang kurang di perkampungan tersebut. Munni ketika ini mepunyai tiga orang anak, hasil hubungannya dengan suami, dan dua adiknya.

“Kedua-duanya (adik suaminya) menyetubuhi saya bila mana mereka mahu, tidak kira siang atau malam. Jika saya menolak, mereka akan memukul saya dengan apa saja. Kadang-kala mereka mengusir saya untuk tidur di luar, saya juga pernah disiram minyak tanah dan dibakar
,” tutur Munni. 

Setelah tiga bulan menderita, Munni berjaya melarikan diri, setelah berpura-pura hendak pergi ke hospital. Tetapi, wanita yang telah memiliki tiga anak lelaki itu tidak membuat sebarang laporan polis. 


Munni hanyalah satu dari puluhan wanita di Baghpat yang mengalami nasib yang sama. Kes-kes penyiksaan dan penyimpangan ini kebanyakan tidak dilaporkan kepada polis. Wanita-wanita ini jarang dapat keluar rumah bersendirian, mereka dilarang keluar rumah tanpa ditemani kaum lelaki sehingga sukar untuk berhubung dengan dunia luar. 

Berbeza dengan wanita moden dan berdikari yang bekerja di kota besar seperti New Delhi, di desa tempat Munni tinggal, kaum wanita dikurung di dalam rumah. Mereka hanya berfungsi untuk melahirkan anak dan bertugas membuat kerja-kerja rumah. 

Sementara kaum lelaki pula bekerja sebagai petani atau hanya menganggur dan duduk-duduk seharian di rumah dan di bawah pokok. Minum teh dan merokok, serta saling membandingkan isteri yang jumlahnya terhad.

Penduduk kampung mengatakan tradisi berkongsi isteri ini memiliki banyak kelebihan. Salah satunya adalah menghindari perpecahan akibat perebutan pusaka dan aset di antara para pewaris keluarga. Selain itu, ia juga membebaskan wanita miskin dengan mengawininya, mendapatkan nafkah dari banyak lelaki. 

Menurut Bhagyashri Dengle, pengarah eksekutif Children”s Charity Plan India, mengatakan budaya ini terjadi akibat menurunnya jumlah wanita dibandingkan lelaki. Kebanyakan warga di India menggugurkan bayi perempuan kerana dianggap tidak berguna pada masa depan. 

Menurut kajian populasi di India pada tahun 2011, hanya terdapat 858 wanita untuk 1000 lelaki di Baghpat. Dan jumlah ini terus menurun. Hal ini juga terjadi di daerah Haryana, Punjab, Rajashtan dan Gujarat. 

“Di setiap kampung, terdapat lima atau enam lelaki bujang yang tidak dapat menemui isteri. Dalam satu keluarga, terdapat tiga atau empat lelaki yang belum berkahwin,” lanjut Dengle.

Salah satu cara untuk mengatasinya adalah membeli pengantin dari daerah lain dengan harga 15000 rupee. Tetapi, ianya juga hanya membawa penderitaan kepada kaum wanita, kerana kebanyakan mereka harus berkahwin dengan lelaki yang berusia jauh lebih tua.
 
sumber

Gigi ketawakan tawaran lumayan bapa


HONG KONG: Anak perempuan bilionair play- boy yang didakwa lesbian, mentertawakan tindakan bapanya menawarkan hampir RM200 juta kepada mana-mana lelaki yang boleh mengembalikannya menjadi wanita tulen.
Cecil Chao Sze-tsung, antara orang paling kaya di Hong Kong menawarkan hadiah itu selepas anaknya, Gigi berkahwin dengan teman wanitanya, Seab Eav di Perancis.
Taikun hartanah itu yang tidak dapat menerima perkahwinan sesama jenis itu berikrar akan membayar kepada mana-mana lelaki yang boleh berkahwin dengan Gigi dalam satu majlis tradisional.

Bagaimanapun, anak perempuannya yang berusia 33 tahun itu dan lulusan Universiti Manchester menganggap tawaran HKD500 juta (RM200 juta) itu sebagai ‘agak menarik.’

Dia memberitahu akhbar South China Morning Post: “Ada ketikanya orang enggan menerima apa yang diberitahukan kepadanya.

“Dia (Chao) mempunyai tafsiran menarik mengenai saya.”

Gigi enggan mengesahkan laporan mengenai perkahwinannya pada 4 April lalu dengan berkata: “Saya tidak takut untuk mengaku sesuatu. Tetapi saya mahu menghormati ibu bapa saya. Biarkan masa menjadi saksi,” katanya.

Bapanya yang mendakwa mempunyai 10,000 teman wanita, menafikan laporan mengenai perkahwinan sesama jenis Gigi dan menegaskan anaknya masih bujang.

“Saya tidak kisah lelaki itu kaya atau miskin. Paling penting hatinya baik,” kata Chao mengenai calon ideal untuk menjadi suami anaknya.

“Gigi wanita yang baik, berbakat dan cantik. Dia menghormati ibu bapanya dan pemurah serta melakukan tugas sukarela,” katanya kepada South China Morning Post.
Perkahwinan sesama jenis tidak diiktiraf di Hong Kong.

Menurut laporan, Chao bertengkar dengan Gigi minggu lalu selepas Gigi mengumumkan pada satu majlis di Beijing bahawa dia sudah berkahwin dengan kekasihnya, Seab Eav, lima bulan lalu.

Chao yang sering muncul di majlis sosial di Beijing dan majalah selebriti, tidak pernah berkahwin.

Selain wang berkenaan, dia juga berjanji untuk membantu bakal menantunya memulakan perniagaan. - DM

Lebih 300 terbunuh di Syria

BEIRUT 27 Sept. - Lebih 305 orang terbunuh dalam beberapa siri serangan di seluruh Syria semalam, sekali gus mencatatkan jumlah korban tertinggi dalam tempoh sehari, menurut Pertubuhan Pemantau Syria bagi Hak Asasi.
Pengarahnya, Rami Abdel Rahman berkata, jumlah tersebut mungkin meningkat jika mayat yang tidak dikenal pasti dimasukkan dalam senarai penduduk yang terkorban.
“Sebanyak 199 daripada 305 mayat tersebut merupakan penduduk awam," katanya.
Di timur bandar Deir Ezzor, sebanyak 23 orang termasuk seorang kanak-kanak dan wanita terbunuh ketika tentera menggempur daerah Jura.
Selain itu, seramai 17 orang termasuk lapan wanita dan tiga kanak-kanak dilaporkan terbunuh di Damsyik dalam dua insiden letupan di ibu pejabat tentera.
Di luar ibu negara Syria, 40 mayat termasuk wanita dan kanak-kanak turut ditemukan di perkampungan Diabeya.
Jumlah korban tertinggi sebelum ini dicatat pada 19 Julai lalu dengan 302 kematian.
Setakat ini, lebih 30,000 orang maut dalam pemberontakan menentang pentadbiran Presiden Bashar al-Assad sejak Mac 2011. - AFP

Ibu pejabat tentera Syria diserang

Ibu pejabat tentera Syria diserang
Bom yang diubah suai diletakkan di dalam bangunan ibu pejabat ketenteraan Syria
DAMSYIK - Sebanyak empat pengawal keselamatan terbunuh dalam dua letupan bom di bangunan ibu pejabat tentera Syria dekat sini, kelmarin.

Menurut pihak berkuasa, serangan berlaku di tingkat dua bangunan, menyebabkan 14 orang parah.

Menteri Informasi, Omran Al-Zoubi berkata, alat letupan yang diubah suai itu kemungkinan diletakkan di dalam bangunan ibu pejabat dan meletup beberapa minit kemudian sebelum pukul 7 pagi waktu tempatan sehingga menghancurkan tingkap-tingkap berdekatan bangunan dalam daerah Dataran Umayyad.

Sementara itu, jurucakap kumpulan pemberontak Tentera Bebas Syria mengaku bertanggungjawab dan mendakwa berpuluh maut susulan serangan itu tetapi Zoubi mengesahkan letupan itu hanya menyebabkan berlakunya kerosakan peralatan bangunan.

"Saya mahu memaklumkan bahawa semua anggota tentera yang berada di dalam bangunan Kementerian Pertahanan berkeadaan baik.

"Berita yang disampaikan oleh kumpulan pemberontak adalah salah dan misi mereka telah gagal," kata Zoubi.

Agensi televisyen tempatan melaporkan, kejadian tercetus selepas sebuah kereta berisi bom dan alat letupan yang diubai suai meletup di luar bangunan berkenaan.

Sebagai langkah waspada, pihak berkuasa melaksanakan sekatan di beberapa jalan utama di ibu negara selain beberapa buah ambulans menuju ke lokasi kejadian.-Al-Jazeera

Cinta hingga ke mati

TIMMS dan isteri, Valerie.
TIMMS dan isteri, Valerie.
PASANGAN itu ketika muda.
PASANGAN itu ketika muda.
GLOUCHERSTER: Seorang lelaki pekak dan buta bertindak menggantung diri selepas kematian isterinya akibat sakit jantung.
Seorang koroner diberitahu, Stewart Timms, 63, dan isteri, Valerie, 68, yang bisu dan pekak, adalah pasangan dedikasi yang sentiasa hidup saling bantu-membantu.

Tetapi selepas Valerie meninggal dunia di rumah mereka di Andoversford, Gloucestershire, suaminya menggantung diri, beberapa meter dari mayatnya, kata Timbalan Koroner Gloucestershire, David Dooley.

Dooley merumuskan, Timms, pembuat kabinet, membunuh diri dan isterinya, mati akibat penyakit biasa.

Pasangan itu mempunyai dua anak dan lapan cucu. Mayat mereka, kedua-duanya berpakaian tidur, ditemui 16 Jun lalu oleh anak mereka, Emma Scott yang datang untuk menziarah.

Mereka dilihat bersama dua atau tiga hari sebelum penemuan itu.

Dalam kenyataannya, Emma berkata, ibu bapanya berkahwin selama 38 tahun.

“Mereka amat menyanyangi satu sama lain. Mereka jarang bertengkar. Menjelang kematian mereka, ibu bapa saya tidak pernah bertengkar. Mereka sentiasa bantu satu sama lain,” katanya.

Menurut Emma, bapanya pernah cuba menggantung diri 24 tahun lalu selepas diberitahu dia akan buta. Bagaimanapun, Timms tidak bercakap apa-apa baru-baru ini atau sebelum kematiannya.

Katanya, apabila tiba di rumah ibu bapanya, tidak ada orang yang menjawab ketukannya pada pintu rumah, menyebabkan dia cuba masuk menerusi pintu belakang, tetapi ia berkunci.

Dia melihat anjing bapanya, Arnie dan menyedari ada sesuatu yang tidak kena selepas ternampak kesan najis di lantai.

Dia meminta bantuan jiran pasangan itu, Adrian Stoner yang memanjat rumah berkenaan.

Stoner kembali dan memberitahu bapanya menggantung diri.

“Saya seterusnya diberitahu, ibu saya juga sudah ditemui dan disahkan mati,” kata Emma.

Dia yakin kematian ibu bapanya tidak berkait dan mereka tidak membantu satu sama lain untuk membunuh diri. - DM

Wanita Nepal bersuami dua

GAMBAR pada 18 September menunjukkan Pasang (kiri)
bersama abangnya, Mingmar Lama yang berkongsi
seorang isteri bersama dua anak mereka. - AFP
UPPER DOLPA, Nepal – Apabila Tashi Sangmo berusia 17 tahun, gadis itu mengahwini jirannya yang berumur 14 tahun dan adik lelakinya di sebuah kampung di pedalaman banjaran Himalaya di Nepal.
Pada zaman dahulu, anak-anak lelaki dalam hampir setiap keluarga di rantau ini akan berkongsi seorang wanita sebagai isteri.
Dikenali sebagai poliandri, amalan tersebut semakin terpinggir setelah masyarakat Nepal terdedah kepada budaya kehidupan moden.
Namun, beberapa buah perkampungan terpencil di Himalaya masih mengamalkan budaya bersuami lebih daripada satu itu.
“Budaya ini memudahkan hidup wanita kerana segala harta kekal dalam satu keluarga. Tiada pembahagian kekayaan dalam kalangan isteri seperti amalan poligami,” kata Sangmo.
“Semua pendapatan dikawal oleh saya. Mereka (suami-suaminya) pula bertanggungjawab mencari nafkah untuk keluarga ini,” tambahnya.
Apabila Sangmo berkahwin dengan Mingmar Lama 14 tahun lalu, kedua-duanya faham bahawa adik lelaki suaminya, Pasang akan menyertai rumah tangga mereka kelak.
Ketika itu, Pasang baru berusia 11 tahun.
Keluarga berkenaan kini memiliki tiga anak lelaki dengan masing-masing berusia lapan, enam dan empat tahun.
“Saya mahu berkongsi ikatan perkahwinan ini bersama abang saya kerana hidup kami akan menjadi lebih mudah,” kata Pasang, 25, di rumah mereka yang terletak di kampung Simen pada ketinggian 4,000 meter dari aras laut.
Masyarakat terpencil di rantau ini mengamalkan poliandri bagi mengelakkan sesebuah keluarga membahagi-bahagikan harta mereka.
Perasaan cemburu pula tidak wujud dalam kalangan mereka.
“Saya tidak cemburu berkongsi isteri dengan abang saya. Jika saya cemburu, pastinya saya
akan mengahwini wanita lain,”
kata seorang lagi pemuda
yang mengamalkan budaya poliandri yang dikenali sebagai Pema.
Dia dan abangnya, Karma dengan rela hati berkongsi seorang isteri berusia 30 tahun, Shitar Dorje.
Keluarga poliandri biasanya bersikap tidak kisah berhubung isu bapa kandung dengan anak-anak mereka memanggil kedua-dua bapa dan bapa saudara sebagai “ayah”.
Rantau terpencil ini terletak sekitar 500 kilometer dari ibu negara Nepal, Kathmandu. – AFP

Penyelam tanda ikan jerung paus di Galapagos

SEEKOR ikan jerung paus dilihat di Kepulauan Galapagos pada 11 September lalu.
 - REUTERS

KEPULAUAN GALAPAGOS, Equador – Pihak Taman Negara Galapagos, Yayasan Charles Darwin dan Universiti California melaksanakan operasi penandaan ikan paus jerung di sekitar kepulauan ini.
Beberapa penyelam daripada tiga organisasi tersebut melekatkan penanda elektronik ke sirip spesies ikan terbesar di dunia itu.
Penanda elektronik tersebut dihubungkan dengan sebuah satelit bagi memudahkan lokasi ikan tersebut dikesan.
Projek berkenaan bertujuan untuk memudahkan saintis-saintis memahami proses migrasi spesies itu secara lebih mendalam pada peringkat tempatan, serantau dan global.
Kepulauan Galapagos yang merupakan milik Equador terletak di Lautan Pasifik timur, sekitar 972 kilometer ke barat pantai negara berkenaan di rantau Amerika Selatan. – Agensi

Gempa 6.0 magnitud gegar Kepulauan Solomon



SYDNEY: Gempa kuat 6.0 magnitud melanda Kepulauan Solomon, awal pagi ini namun agensi seismologi Australia melaporkan kemungkinan yang kecil berlakunya ancaman tsunami.

Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS) berkata, gampa berkali di 272 kilometer di barat laut ibu negara Honiara di kedalaman 9km, kira-kira 112 km di barat daya bandar Gizo. Agensi Geosains Australia mengukur kekuatan gempa 6.2 magnitud tetapi ia hanya memberi ancaman tsunami dan kerosakan yang kecil. - AFP

Thursday, September 27, 2012

Shaaban maut dipukul penyokong Muammar



TRIPOLI - Pemberontak Libya yang diiktiraf sebagai salah seorang yang menjumpai Muammar Gaddafi dalam lubang besar tahun lalu, disahkan meninggal dunia selepas diculik, dipukul dan ditetak oleh kumpulan penyokong pemimpin itu, kelmarin.

Omran Shaaban, 22, menghembuskan nafas terakhirnya di  sebuah hospital Perancis.

Susulan kematian Shaaban, Kongres Kebangsaan meningkatkan lagi usaha mengekang pengganas selain memberi kuasa kepada polis dan tentera menggunakan kekerasan kepada mana-mana pihak yang menculik Shaaban
serta tiga rakannya dekat bandar Bani Walid, Julai lalu.

Kongres Kebangsaan menggelar kematian Shaaban sebagai 'syahid' walaupun keluarganya mendakwa pemuda itu belum menerima ganjaran bernilai 1 juta dinnar Libya (RM2.5 juta) yang dijanjikan kerana berjaya menangkap Gaddafi di Sirte pada pertengahan Oktober 2011 lalu.

Akibat daripada penemuan Shaaban, pemimpin yang dikecam pemberontak Libya itu dibunuh oleh kumpulan pejuang revolusi.

Sumber memberitahu, kerajaan Libya mengadakan pengebumian secara hormat kepada Shaaban yang dianggap sebagai wira negara.

Jenazahnya yang tiba di lapangan terbang dalam Misrata, diarak lebih 10,000 orang menuju ke stadium bola sepak untuk disembahyangkan.

Kumpulan penyokong rejim terdahulu masih memberontak selain kerajaan itu dilihat gagal mengawal kecaman militan dengan senjata api. - Al-Jazeera

RM200j hadiah kahwin Gigi

HONG KONG: Seorang jutawan Hong Kong menawarkan HK$500 juta (RM200.3 juta) “tawaran perkahwinan” kepada mana-mana lelaki yang boleh memenangi hati anak perempuan lesbiannya, semalam.

Cecil Chao mengumumkan tawaran kewangan itu selepas anak perempuannya Gigi, mengahwini pasangan sejenisnya sejak tujuh tahun, di Perancis awal tahun ini, lapor akhbar South China Morning Post.
“Saya tidak kisah sama ada lelaki itu kaya atau miskin. Yang penting dia pemurah dan berhati mulia,” kata Chao, 76 tahun.

Katanya, Gigi seorang wanita yang baik, mempunyai bakat dan cantik. Dia sangat menyayangi ibu bapa, pemurah dan sering melakukan kerja amal.

Chao yang mempunyai syarikat pembangunan hartanah Cheuk Nang yang disenarai di papan saham, tidak dapat dihubungi untuk mengulas perkara itu.


Perkahwinan sejenis tidak diiktiraf di Hong Kong, bandar konservatif sosial di mana homoseksual dianggap sebagai jenayah pada 1991.

Chao seorang yang terkenal di kalangan sosial di Hong Kong dan sentiasa hadir di majlis awam bersama teman wanita terbarunya yang muda. - AFP

Presiden Palestin ulangi syarat sambung rundingan damai

RAMALLAH: Presiden Palestin, Mahmoud Abbas bersedia menyambung semula rundingan damai dengan Israel jika rejim Zionis itu bersetuju membekukan penempatan Yahudi di wilayah Palestin.

Perunding Palestin, Saeb Erakat berkata semalam, Mahmoud menyuarakan kesediaannya itu ketika menemui wakil masyarakat Yahudi Amerika di New York.


Pemimpin Palestin itu turut mengulangi rancangan meminta Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu meningkatkan status Palestin selaku pemerhati di badan dunia itu kepada negara bukan anggota, kata Saeb, yang mengiringi Mahmoud di New York. - AFP

Petugas media Iran mati ditembak di Damsyik

DAMSYIK: Penembak curi di bandar raya ini menembak mati koresponden Press TV Iran.

Penyerang juga mencederakan ketua biro rangkaian itu ketika kedua-dua wartawan berkenaan membuat laporan dari kawasan letupan bom berhampiran ibu pejabat tentera Syria, semalam.
“Koresponden Press TV, Maya Nasser mati selepas terkena tembakan curi di Damsyik, ibu negara Syria,” lapor media berkenaan dalam berita pada laman webnya.

Hussein Mortada, warga Lubnan yang mengetuai biro Press TV dan sebuah lagi rangkaian media Iran, Al Alam, pula cedera selepas ditembak di belakang badannya oleh penembak curi, lapor kedua-dua rangkaian berkenaan.

Maya dan Hussein menjadi sasaran apabila mereka tiba di kawasan pengeboman berhampiran ibu pejabat tentera Syria di Dataran Ummayad, daerah yang dikawal rapi oleh tentera pro-Presiden Bashar al-Assad, di Damsyik.


Press TV bagaimanapun tidak menyebut kerakyatan Maya.

Rangkaian itu menyiarkan siaran dalam bahasa Inggeris sementara Al-Alam dalam bahasa Arab.

Kedua-dua media itu dibiayai oleh kerajaan Iran yang menyokong penuh Presiden Bashar dalam menghadapi sengketa bersenjata sejak 18 bulan lalu. - AFP

Trend bengkak dahi

JOHN, Marin dan Scorpion menanti dua jam untuk dahi mereka diisikan air bergaram.
JOHN, Marin dan Scorpion menanti dua jam
 untuk dahi mereka diisikan air bergaram.
LONDON: Satu siri baru televisyen mendedahkan trend aneh masyarakat Jepun untuk ‘membengkakkan dahi.’
ASAMI memasukkan jarum untuk mengalirkan air bergaram pada dahi Marin.
ASAMI memasukkan jarum untuk mengalirkan
air bergaram pada dahi Marin.
Penampilan luar biasa itu yang dihasilkan menerusi suntikan air bergaram (saline) pada dahi, kemudian menekan pada tengah kawasan yang membengkak dengan ibu jari, menjadi kegilaan terbaru dalam senario pengubasuaian tubuh yang dilakukan secara sulit di negara mata hari terbit itu.
Kesan dramatik hasil rawatan selama dua jam itu berakhir antara 16 hingga 24 jam apabila air bergaram itu diserap oleh tubuh dan dahi kembali kepada saiz normal.

Proses berkenaan didedahkan dalam rancangan National Geographic's Taboo yang menunjukkan tiga orang menjalani rawatan itu secara sulit di Tokyo.

Ia menunjukkan jarum besar yang bersambung dengan drip air bergaram dicucuk pada dahi John, Marin dan Scorpion.

Pengamal rawatan itu, Asami kedengaran berkata: “Anda perlu melakukannya secara betul bagi mengurangkan bahaya.”

Sensasinya terbukti tidak menyelesakan. Ketika jarum itu dicucuk pada dahinya, John berkata: “Ooh, jariu itu memasuki dahi saya.. Ooh!”

Apabila masuk sepenuhnya, kesan jaram itu dapat dilihat dengan jelas di bawah permukaan kulit dan air garam itu mula memasuki dahi secara perlahan-lahan.

John menyifatkan keadaan ketika itu sebagai ‘terasa mencucuk sedikit.’

Dia kemudian berkata, perasaannya menjadi begitu gelisah, yakin cecair berkenaan melilih pada permukaan mukanya dan bertanya: “Adakah sesuatu yang melilih dari kepala saya. Saya dapat merasakannya melilih.”

Kira-kira sejam selepas itu, dahi John dan dua rakannya kelihatan begitu bengkak dan mereka kelihatan sudah serasi dengan jarum pada dahi masing-masing.

“Saat ini, saya dapat merasakan relaks, seperti berdenyut-denyut dan juga seolah-olah meningkatkan tekanan secara perlahan-lahan, membuatkan saya merasakan hendak tidur,” kata John.

Selama dua jam rawatan itu, kira-kira 400 sentimer kubik air bergaram dimasukkan ke dahi mereka. Sebaik ia mencapai saiz yang diinginkan, Asami menarik keluar jarum berkenaan dan menekan ibu jarinya pada tengah bahagian yang bengkak itu.

Apabila ibu jari itu dialihkan, John kelihatan terkejut, disambut dengan tepukan daripada orang yang berada di dalam bilik berkenaan.

“Oh sungguh menakjubkan. Saya kelihatan begitu menarik,” katanya. - DM

Ibu pejabat tentera Syria kena serang

Kepulan asap dilihat dari jauh di bangunan ibu pejabat tentera Syria selepas digegarkan dua letupan bom 
di Damsyik. - Foto EPA/SANA]
Kepulan asap dilihat dari jauh di bangunan ibu pejabat tentera
 Syria selepas digegarkan dua letupan bom di Damsyik. - Foto EPA/SANA]
Letupan 2 bom gegar bangunan, wartawan Iran terbunuh

Damsyik: Bunyi tembakan kedengaran di sekitar ibu pejabat tentera Syria di tengah ibu negara itu semalam selepas letupan dua bom menggegarkan bangunan berkenaan pada awalnya.
Stesen berita Iran, Press TV, pula melaporkan tembakan di situ menyebabkan seorang wartawannya, Maya Nasser, maut selain mencederakan ketua bironya, Hussein Mortada.

Letupan berpunca daripada dua bom tetapi hanya rosakkan bangunan. Semua pemimpin dan jurucakap tentera selamat” - Omran al-Zohbi, Menteri Penerangan Syria
Dakwa semua pegawai tentera tak cedera

Tentera Syria berkata, semua pegawainya tidak cedera selepas letupan bom berlaku di ibu pejabat kakitangan tentera dekat Dataran Umayyad.
Ia juga menyatakan, tembak menembak berlaku sekitar kawasan berkenaan dan jalan raya berdekatan.

“Letupan oleh pengganas berpunca daripada dua bom tetapi hanya merosakkan bangunan. Semua pemimpin dan jurucakap tentera selamat,” kata Menteri Penerangan, Omran al-Zohbi kepada televisyen.
Letup bom kereta

Katanya, pemberontak yang mendapat bantuan asing melakukan keganasan baru dengan meletupkan bom kereta dan satu lagi bom dekat kawasan itu.
Pertubuhan hak asasi manusia dari Britain, Syrian Observatory for Human Rights, pula mendakwa pertempuran sengit berlaku menyebabkan kematian dicatat kedua belah pihak.

Serangan itu dianggap kemuncak pemberontakan 18 bulan terhadap Presiden Bashar al-Assad ketika isu konflik Syria mendapat tumpuan di sidang Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York.

Awal semalam, militia prokerajaan membunuh sekurang-kurangnya 16 orang awam di kediaman mangsa di kawasan Barzeh.

“Anggota militia menyerbu kediaman penduduk di Barzeh pada 5 pagi dan menembak mati mangsa, termasuk enam wanita dan tiga kanak-kanak,” kata pemimpin Observatory, Rami Abdel Rahman Barzeh adalah kawasan Sunnah Muslim yang dianggap bersimpati kepada pembangkang menentang rejim Bashar daripada masyarakat Alawiyah. Militia Alawiyah dituduh mela-kukan pembunuhan kejam dalam konflik.

Sementara itu, Emir Qatar, Sheikh Hamad bin Khalifa Al-Thani menggesa supaya negara Arab menghantar tentera bagi menamatkan pertumpahan darah di Syria selepas usaha memulihkan keamanan oleh Majlis Keselamatan PBB menemui kegagalan.

Kerajaan Qatar dan Arab Saudi membekalkan senjata kepada pemberontak yang menentang Damsyik. - AFP

Madonna panggil Obama Muslim berkulit hitam

Madonna
LOS ANGELES - Bintang pop, Madonna mencetuskan kekeliruan dalam kalangan peminatnya apabila menggesa mereka mengundi Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama tetapi pada masa yang sama memanggil pemimpin itu sebagai seorang Muslim berkulit hitam.
Rakaman ucapan Madonna, 54, disiarkan di internet kelmarin. Klip itu dilaporkan dirakam semasa satu konsert Madonna di Washington DC pada Isnin lalu.
"Memang menakjubkan dan luar biasa untuk mengetahui kita memiliki seorang pemimpin berketurunan Amerika-Afrika di White House.
"Jadi, lebih baik anda semua mengundi Obama. Untuk lebih baik atau lebih buruk, kita mempunyai seorang lelaki Muslim berkulit hitam di White House. Ini bermakna masih ada harapan dalam negara ini," kata Madonna dalam ucapannya.
Menurut satu kajian awal tahun ini, lebih satu daripada tiga pengundi parti Republikan yang berfahaman konservatif masih berpendapat Obama seorang Muslim, hampir empat tahun selepas kemenangannya.
Obama menjadi Presiden kulit hitam pertama AS selepas memenangi pilihan raya pada tahun 2008.
Pilihan raya Presiden pada 6 November depan bakal menyaksikan Obama dicabar calon parti Republikan, Mitt Romney. - AFP

Empat maut, 14 cedera letupan di Damsyik




KEPULAN asap tebal dilihat keluar dari ibu pejabat tentera Syria di Damsyik semalam.


DAMSYIK, Syria - Seramai empat orang maut dan 14 lagi cedera dalam dua letupan kuat selang 10 minit yang menggegarkan pusat bandar ini berhampiran ibu pejabat tentera darat dan udara semalam, lapor agensi berita rasmi negara ini, SANA.
Menteri Penerangan, Omran Zoubi memberitahu, letupan itu disebabkan oleh dua butir bom dengan salah satu daripadanya mungkin diletakkan di dalam ibu pejabat tentera.
Kedua-dua letupan yang berlaku selang seminit di antara satu sama lain sebelum pukul 7 pagi waktu tempatan berhampiran dataran Omayyad itu memecahkan tingkap bangunan berdekatan dan boleh didengari sejauh beberapa kilometer.
Kepulan asap tebal berwarna hitam menyelubungi pusat bandar ini dan ambulans dikejarkan ke tempat kejadian ketika polis menutup kawasan itu kepada lalu lintas.
Damsyik telah digegarkan oleh satu siri bom kereta dan pengeboman tepi jalan sejak beberapa bulan lalu ketika pemberontakan terhadap rejim Presiden Syria, Bashar Al-Assad bermula pada Mac tahun lepas bagi menuntut perubahan politik.
Sejak itu, kumpulan pemberontak mula mengangkat senjata apabila konflik bertukar menjadi perang saudara yang didakwa aktivis sudah meragut kira-kira 30,000 nyawa. - AP

Wednesday, September 26, 2012

China kini ada kapal pengangkut pesawat

Kapal pengangkut pesawat pertama China, Liaoning, berlabuh di pangkalan
tentera laut Tentera Pembebasan Rakyat di Dalian,
wilayah Liaoning, timur laut China, kelmarin. - AFP
BEIJING 25 Sept. - Kapal pengangkut pesawat pertama China, yang dibeli dari Ukraine, memulakan perkhidmatannya hari ini dengan dinamakan sebagai Liaoning.
Kementerian Pertahanan dalam kenyataannya berkata, penyertaan kapal pengangkut pesawat itu di dalam tentera merupakan detik-detik penting bagi meningkatkan keupayaan tentera laut China ke tahap lebih moden.
Pentauliahan kapal Liaoning berkenaan sekali gus menjadikan China yang merupakan anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), memiliki sebuah kapal pengangkut pesawat.
Kapal sepanjang 300 meter itu dinamakan mengikut nama wilayah timur laut China yang merupakan pelabuhan utama pangkalan tentera laut di bandar Dalian.
Kementerian tersebut berkata, kapal berkenaan akan meningkatkan keupayaan pertahanan China, membentuk kerjasama menangani ancaman keselamatan bukan tradisional di laut dan mempertahankan kepentingan, kedaulatan dan pembangunan negara itu.
Pengumuman kementerian itu dibuat ketika ketegangan isu pertikaian kepulauan Diaoyu di Laut China Timur yang turut dituntut oleh Jepun.
Malah, China turut terlibat dalam beberapa isu pertikaian wilayah dengan beberapa negara lain seperti Vietnam, Taiwan dan Filipina di Laut China Selatan.
Tahun lalu, Beijing menyatakan pendiriannya untuk mengubah suai kapal pengangkut pesawat itu sebagai tujuan latihan dan kajian. - AFP

Syria: Amaran keras Obama

WASHINGTON 25 Sept. - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama hari ini menuntut 'hukuman dan akibat' atas kekejaman di Syria dan mahu pentadbiran Presiden, Bashar al-Assad sampai ke penghujungnya.
Masa depan seharusnya tidak terletak pada seorang diktator yang mengakibatkan pembunuhan beramai-ramai rakyatnya.
Sekiranya ada sebab yang mengakibatkan masyarakat sehingga menangis untuk berdemonstrasi, ia adalah sebuah 'rejim' yang menyeksa kanak-kanak dan mengebom kediaman penduduknya,'' kata Obama.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di sini.
Obama dalam pada masa sama, menggesa masyarakat antarabangsa supaya bertindak bagi menghentikan krisis yang telah berlanjutan selama 18 bulan sekali gus menamatkan kekejaman Assad.
Katanya, AS mahu Syria menjadi sebuah negara yang bersatu dan inklusif yang mana kanak-kanak tidak perlu takut akan kerajaan dan rakyat mempunyai suara dalam kerajaan.
Dalam pada itu, konflik di Syria semakin buruk selepas badan hak asasi melaporkan seramai 85 orang terbunuh di seluruh negara itu hari ini.
Dalam perkembangan berlainan, Obama berikrar akan memburu mereka yang terlibat dalam pembunuhan Duta AS di Libya, Christopher Stevens dan tiga lagi rakyat negara itu dalam serangan dua minggu lalu di Benghazi.
''Serangan ke atas rakyat kita di Benghazi adalah merupakan serangan ke atas AS.
Sementara itu, Obama sekali lagi mengutuk penyiaran filem anti-Islam itu dan walaupun mengatakan ia keji, namun tiada kebebasan bersuara dilindungi oleh Perlembagaan AS yang mewajarkan pembunuhan dan keganasan. - AFP

1.5 juta perlu bantuan makanan di Syria

BEIRUT 25 Sept. - Jumlah penduduk Syria yang memerlukan bantuan makanan meningkat daripada 250,000 pada April lalu kepada 1.5 juta ketika ini.
Menurut Ketua Program Makanan Sedunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (WFP), Ertharin Cousin, agensinya memerlukan lagi AS$60 juta (RM180 juta) bagi menampung keperluan bajet tahunan makanan.
Katanya, krisis berlarutan di Syria semakin buruk apabila beratus-ratus ribu penduduknya melarikan diri untuk mendapatkan perlindungan di negara-negara jiran.
Beliau turut menyarankan negara-negara yang memberi sumbangan mengenakan tekanan diplomatik bagi memastikan kerajaan Syria membenarkan pekerja badan itu sampai ke kawasan yang memerlukan.
Menurut beliau, WFP sukar untuk sampai ke kawasan konflik terutama di Damsyik, Aleppo dan Homs, menyebabkan bantuan sukar diagihkan. - AGENSI

Ular berkepala 2 ditemui

Kedua-dua kepala ular ini mampu berfungsi dengan baik. - AGENSI

SOUTH CAROLINA 25 Sept. - Seekor ular kecil berkepala dua ditemui oleh sebuah keluarga di rumah mereka di sini, kira-kira tiga minggu lalu.
Agensi berita Fox Carolina melaporkan, ular tersebut mempunyai masing-masing satu kepala yang boleh berfungsi di setiap hujung badan, yang turut dilengkapi dua mata dan lidah.
Menurut agensi berita tersebut, ular kecil itu ditemui oleh beberapa pekerja di rumah Savanna Logan dan adik lelakinya, Preston yang sangat meminati haiwan.
Kedua beradik itu berkata, mereka sering membawa ular yang unik tersebut ke sekolah untuk ditunjukkan kepada kawan-kawan sejak haiwan itu ditemui.
Jabatan biologi berdekatan Sekolah Tinggi Ware Shoals mendapati, ular berkenaan merupakan sejenis ular tanah yang berkulit kasar.
Ibu kedua beradik itu, Tina Stewart berkata, satu daripada kepala ular itu lebih besar dan mendominasi kepala yang satu lagi, namun kedua-dua kepalanya boleh berfungsi.
“Jika kepala ular yang besar ingin melakukan sesuatu, maka satu lagi kepala akan melakukan perkara bertentangan," katanya.
Meskipun mempunyai dua kepala, ular terbabit yang dikenali dengan nama saintifiknya, Virginia striatula, tidak berbisa dan tidak berbahaya kepada manusia.
Makanan utama ular tersebut adalah cacing tanah dan serangga kecil serta mampu membesar antara 22 sentimeter hingga 35 sentimeter. - AGENSI

Aceh ada 27 pulau baru selepas dilanda tsunami

BANDA ACEH; Sebanyak 27 pulau baru muncul di perairan laut Simeulue, Aceh, selepas wilayah itu dilanda gempa bumi dan tsunami pada Disember 2004.

Selepas hampir lapan tahun, kini ada tanda wujud hidupan di pulau berkenaan.


Pegawai daerah Simeulue, Hasrul Edyar, mengesahkan penemuan itu.

Katanya, kemunculan pulau baru itu dikesan hasil kajian bersama tentera laut, jabatan perikanan serta beberapa agensi lain pada 2008.


“Sebelum ini jumlah pulau kecil di perairan itu cuma 41 tetapi kini meningkat kepada 68 pulau,” katanya. Antara kesan kehidupan ditemui di situ, kata Hasrul, ialah rumput dan pokok liar. “Sebahagian besar kawasan itu masih tandus,” katanya. - Republika

Nasib malang Jiang Manqi

JIANG terpaksa diikat pada kenderaan datuknya bagi memudahkan dia diawasi pada setiap masa.
JIANG terpaksa diikat pada kenderaan datuknya bagi memudahkan dia diawasi pada setiap masa.

TANPA ibu bapa, Jiang terpaksa bergantung kepada datuknya untuk segala keperluan di rumah mereka yang serba daif di Fuzhou.
TANPA ibu bapa, Jiang terpaksa bergantung kepada datuknya
 untuk segala keperluan di rumah mereka yang
serba daif di Fuzhou.
BEIJING: Diikat pada motosikal elektrik berkuasa rendah, seorang remaja terpaksa mengikuti datuknya ke mana saja setiap hari ketika lelaki tua terbabit memungut bahan buangan untuk dijual.
Jiang Manqi, 13, bukan saja miskin, malah menghidap penyakit sawan dan ditinggalkan ibu bapanya. Justeru, datuk Jiang terpaksa membawanya ke mana saja di bandar Fuzhou di wilayah Fujian setiap hari supaya dia dapat mengawasi remaja terbabit setiap masa. Disebabkan mengalami penyakit, sekolah juga enggan menerima Jiang belajar. Setiap hari, Jiang menemani datuknya yang berusia 60 tahun mencari bahan terbuang di bandar itu untuk dijual di pusat kitar semula sebagai punca pendapatan. Untuk memberi sedikit keselesaan, Jiang diberikan tempat khas di belakang motosikal datuknya untuk dijadikan tempat tidur jika dia kepenatan. Lelaki tua itu berkata, dia tiada pilihan kecuali membawa Jiang bersamanya setiap hari.

“Ia memang menyedihkan tetapi tiada apa yang mampu saya lakukan.

“Ibu bapa Jiang tidak menghiraukannya lagi kerana masalah kemiskinan.

“Saya satu-satunya tempat dia bergantung,” katanya. Menurut lelaki itu, penyakit sawan Jiang masih boleh dirawat jika mendapat ubat dari hospital mengikut jadual.

Namun, katanya, kemiskinan menyebabkan dia tidak mampu memberikan ubat berkenaan kepada Jiang. - DM

Iran buat Israel bengang

Ahmadinejad ceria (gambar kecil) manakala delegasi Israel keluar dewan ketika pemimpin Iran itu berucap. - Foto APAhmadinejad ceria (gambar kecil) manakala delegasi Israel keluar dewan ketika pemimpin Iran itu berucap. - Foto AP
Duta keluar dewan PBB selepas Tel Aviv digelar negara palsu

New York: Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad menyifatkan Israel sebagai negara palsu yang dilindungi Amerika Syarikat menyebabkan duta Israel ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) keluar dari dewan badan dunia itu kelmarin ketika ahlinya membincangkan tema kepatuhan kepada undang-undang.
Ahmadinejad juga menuduh Amerika Syarikat dan beberapa kerajaan lain menyalahguna kebebasan bersuara dan gagal mengecam fitnah terhadap kepercayaan orang lain dan nabi, merujuk kepada pengedaran video murahan dihasilkan di Amerika menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.

Mereka yang tidak mengendahkan ucapan penuh kebencian beliau hari ini perlu bertanggungjawab atas tindakannya esok” - Ron Prosor, Duta Israel
Delegasi Amerika tidak meninggalkan mesyuarat seperti yang dilakukan sebelum ini apabila Iran menyerang Israel secara langsung.

Kutuk pencerobohan

Pemimpin Iran itu yang mendesak kemusnahan Israel turut mengutuk pencerobohan rejim Zionis itu di wilayah Palestin dan penggunaan kuasa veto oleh Amerika dalam Majlis Keselamatan untuk menyokong sekutunya.

Beliau menggesa semua negara meletakkan tanggungjawab ke atas penceroboh dan menuntut wilayah yang diceroboh dipulangkan kepada pemilik yang sebenar.
Ahmadinejad menyalahkan kuasa veto Amerika, China, Russia, Britain dan Perancis atas kegagalan Majlis Keselamatan memastikan keamanan di dunia, dan menggesa perubahan dalam peraturan supaya memihak kepada negara yang mahukan keadilan.

Ketika Ahmadinejad memberi ucapan kepada pemimpin dan menteri lebih 100 negara, Duta Israel, Ron Prosor, keluar daripada dewan Perhimpunan Agung itu.

“Ahmadinejad menunjukkan sekali lagi beliau bukan saja mengancam masa depan penduduk Yahudi, beliau mahu memadamkan masa lalu kami. Tiga ribu tahun sejarah Yahudi menunjukkan dengan jelas bahaya membiarkan fanatik seperti Presiden Iran, terutama ketika beliau semakin hampir memiliki senjata nuklear.

“Mereka yang tidak mengendahkan ucapan penuh kebencian beliau hari ini perlu bertanggungjawab atas tindakannya esok,” kata Prosor dalam satu kenyataan.
Prosor menganggap membenarkan Ahmadinejad berucap umpama melantik ‘kaki bakar sebagai ketua bomba.’

Anggap Iran ancaman

Israel melihat Iran sebagai ancaman tetapi Tehran menegaskan program nuklearnya bertujuan untuk keamanan dan cuma untuk menghasilkan tenaga nuklear.

Namun, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu percaya Tehran semakin dekat menghasilkan senjata nuklear dan mendesak Amerika menyatakan faktor membolehkan tindakan ketenteraan dilancarkan terhadap negara Teluk itu.

Bagaimanapun, Presiden Barack Obama enggan menetapkan sebarang garisan merah.
Ahmadinejad tidak menamakan Israel atau Amerika dalam ucapannya ketika berkata: “Kita menyaksikan sebahagian anggota Majlis Keselamatan yang ada kuasa veto memilih untuk berdiam diri berhubung peledak nuklear rejim palsu tetapi pada masa sama menghalang kemajuan saintifik negara lain.” - AP

Alih dosa ke dalam air

AFP
SEJUMLAH penduduk ortodoks 
Yahudi berdoa di depan 
kolam plastik yang mengandungi beberapa 
ekor ikan di Bnei Brak, dekat Tel Aviv kelmarin.


BNEI BRAK, Israel - Sejumlah penduduk ortodoks Yahudi mengelilingi sebuah kolam plastik yang mengandungi beberapa ekor ikan di sini kelmarin.
Mereka kemudian berdoa bagi membuang dosa masing-masing ke dalam air.
Cebisan roti kemudian dibaling ke dalam kolam tersebut sebagai lambang keluarnya dosa-dosa penganut agama Yahudi itu. - Agensi

Ikan lumba-lumba jadi tumpuan di pantai Bondi

REUTERS
SEKUMPULAN peluncur ombak (kiri) menyaksikan 
beberapa ekor ikan lumba-lumba di pantai Bondi, Sydney semalam.

SYDNEY, Australia - Beberapa ekor ikan lumba-lumba berenang dekat sekumpulan peluncur ombak dekat pantai Bondi di sini semalam.
Ikan-ikan itu melompat dari permukaan laut tanpa rasa takut walaupun terdapat peluncur ombak berhampiran dengan mamalia tersebut.
Haiwan itu berada dekat pantai tersebut bagi mencari ikan kecil untuk dijadikan makanan. - Agensi

Ketua Hamas akan letak jawatan


BANDAR GAZA, Wilayah Palestin - Ketua pergerakan Hamas, Khaled Meshaal (gambar) sekali lagi mengesahkan keputusannya untuk melepaskan jawatan tertinggi tersebut, kata beberapa pegawai Hamas semalam.
Pada Januari lalu, pergerakan berkenaan pernah mengumumkan bahawa Khaled yang kini hidup dalam buangan bersedia untuk melepaskan jawatannya.

Namun, Hamas memberitahu, anggota-anggota pergerakan itu berharap beliau akan menimbang semula keputusan tersebut.
Dalam perkembangan terbaharu semalam, beberapa pegawai Hamas di sini dan di luar wilayah Palestin berkata, Khaled kini bertekad untuk melepaskan kepimpinannya. - AFP

Kapal tentera baharu China



KAPAL pengangkut pesawat pertama milik China berlabuh di Dalian, timur laut China pada Ahad lalu.



BEIJING - Kapal pengangkut pesawat pertama China mula beroperasi semalam, kata Kementerian Pertahanan di sini.
Ia digunakan selepas China memperbesarkan lagi armada tentera lautnya ketika ketegangan maritim di Laut China Selatan terus meningkat.
Media negara berkenaan melaporkan, upacara pentauliahan kapal induk sepanjang 300 meter itu dihadiri oleh Presiden Hu Jintao dan Perdana Menteri Wen Jiabao.
Kapal induk itu dibeli dari Ukraine dan dinamakan semula sebagai Liaoning sempena nama wilayah timur laut China yang menempatkan bandar pangkalan tentera laut utama di negara itu, Dalian.





Sebelum dijadikan kapal pengangkut pesawat, Liaoning merupakan kapal separa siap milik tentera laut bekas Kesatuan Soviet.
Kapal tersebut ditunda dari Ukraine tanpa enjin, persenjataan dan sistem navigasi pada tahun 1998.
Kapal itu dibeli daripada pemerintah Ukraine pada harga sekitar AS$20 juta (RM61.4 juta).
Kerja pengubahsuaian mengambil masa selama beberapa tahun.
Liaoning memiliki kapasiti untuk membawa sekitar 26 buah pesawat dan 24 buah helikopter.
Dalam perkembangan berkaitan, Beijing masih belum mendedahkan peranan sebenar kapal induk tersebut selain membantu melindungi perairan China.
"Kapal induk itu juga memainkan peranan penting dalam meningkatkan pertahanan negara dan keupayaan ketenteraan," kata bekas pegawai tentera laut China, Yang Yi kepada akhbar China Daily yang disiarkan semalam. - Agensi

Tuesday, September 25, 2012

Air mani beku punca telagah

ABU DHABI: Seorang lelaki tempatan menyaman bekas isterinya kerana mencuri sperma beku untuk hamil tanpa pengetahuannya, semalam.

Menurut lelaki terbabit, tidak lama selepas berpisah, wanita Russia itu secara diam-diam melakukan proses persenyawaan dengan air maninya di sebuah klinik.


Menurut lelaki itu, mereka pernah berkunjung ke klinik berkenaan untuk menjalani rawatan kesuburan sebelum itu. Mereka berpisah kurang tiga minggu selepas berkunjung ke klinik berkenaan. Dalam keterangannya di mahkamah semalam, lelaki terbabit mengakui bekas isterinya itu hamil tetapi dia tetap berang kerana proses itu dilakukan di luar pengetahuannya.

“Saya mahukan keadilan. Apa yang berlaku tidak boleh diterima,” katanya di depan hakim di Mahkamah Rayuan Abu Dhabi.


Pasangan terbabit yang tidak dinamakan mengaku terdesak mahu mendapatkan anak selepas empat tahun berkahwin dan tidak dikurniakan zuriat.


Mereka juga mengaku dua kali menjalani rawatan kesuburan tetapi gagal mendapat sebarang hasil. Disebabkan rumah tangga bermasalah, wanita terbabit kembali ke Russia dan menjalani proses rawatan kesuburan tanpa pengetahuan bekas suaminya. Lelaki terbabit berkata, apabila wanita itu kembali ke Abu Dhabi, dia memalsukan tanda tangannya dalam borang kebenaran mengambil air mani beku. “Saya menceraikan isteri tiga minggu kemudian tanpa mengetahui dia hamil,” katanya. Dia hanya tahu bekas isterinya hamil empat bulan kemudian. Wanita terbabit turut memfailkan tuntutan bagi memaksa lelaki itu mendaftarkan nama bayi mereka dengan namanya. Mahkamah membenarkan permohonan itu tetapi lelaki terbabit membuat rayuan. Lelaki itu berkata, dia menyayangi anak perempuannya itu dan sedia memberikan hak sepenuhnya kepada isteri dan bayi berkenaan.

“Tetapi penipuan bekas isteri saya tidak boleh dibiarkan,” katanya. Sementara itu, hakim Khairi al-Kabbash berkata, lelaki terbabit wajar berlapang dada dan menerima kenyataan. Tambahan pula, kata Khairi, dia bersedia memberi nafkah serta hak kepada anak dan bekas isterinya.


“Kamu lelaki hebat.

“Saya faham mengapa bekas isteri kamu tidak mampu melepaskan kamu begitu saja,” katanya. - DM

Hayman ada memori luar biasa

HAYMAN sedari kelebihan ketika berusia 14 tahun.
HAYMAN sedari kelebihan ketika berusia 14 tahun.
LONDON: Aurelien Hayman bukan pemuda biasa seperti dijangka.
Kini berusia 20 tahun, Hayman memiliki kemampuan mengingati dengan tepat apa saja sepanjang tempoh sedekad lalu. Menghidap hyperthymesia, Hayman boleh menceritakan apa yang dilakukannya, dipakai, dimakan serta berita serta setiap sesuatu yang dialaminya tanpa masalah walaupun ia berlaku lama dulu. Ketika orang normal hanya mampu mengingati tidak lebih daripada 11 peristiwa dalam setiap tahun, Hayman pula sebaliknya.

Kata Hayman, dia boleh mengingat apa yang berlaku dekad lalu. “Saya seperti budak biasa sehinggalah berlaku perubahan ketika berusia 11 tahun,” katanya.

Namun, kata Hayman, dia menyedari perubahan itu apabila berusia 14 tahun dan mendapati dirinya mempunyai daya ingatan luar biasa. Misalnya, dia boleh bercerita mengenai cuaca pada 1 Oktober 2006 serta lagu yang didengarnya pada hari berkenaan. Hanya 20 orang disahkan menghidap hyperthymesia di dunia dan Hayman adalah satu-satunya di Britain. - DM

Anak lelaki pula ditangkap

Sabtu lalu, kakaknya, Faezeh Hashemi ditahan dan dijatuhkan hukuman penjara enam bulan atas tuduhan ‘propaganda antinegara’.
Hukuman itu dijatuhkan awal tahun ini tetapi baru kini dapat dikuatkuasakan.

Mehdi dan Fazeh Hashemi dituduh terlibat dalam protes jalanan pada 2009 yang berlaku selepas Presiden Mahmoud Ahmadinejad memenangi pilihan raya untuk penggal kedua.

Pembangkang Iran mendakwa kemenangan Mahmoud adalah menerusi penipuan.

Faezah Hashemi ditahan sementara bersama beribu-ribu yang lain selepas demonstrasi itu sementara Mehdi meninggalkan Teheran.

Bapa mereka ialah ulama terkenal yang pernah menjadi presiden pada 1989 hingga 1997 dan dilihat sebagai berpendirian sederhana dan dipinggir oleh kumpulan ulama Iran.

Akbar yang masih lagi menjadi ahli politik badan arbitrasi, berdepan dengan tuntutan daripada puak konservatif supaya mengecam ketua pembangkang, Mir Hossein Mousavi dan Mehbi Karroubi yang kini dikenakan tahanan rumah.

Presiden Mahmoud yang mengalahkan Akbar untuk jawatan presiden pada 2005, akan mengundurkan diri tahun depan selepas tempoh penggal keduanya berakhir.

Pilihan raya untuk memilih presiden yang baru, dijangka diadakan pada 14 Jun, 2013. - Reuters

Miliki ingatan luar biasa

LONDON 24 Sept. - Seorang pemuda Britain mempunyai keunikan tersendiri, apabila mampu mengingati apa yang dilakukan, dimakan, dipakai serta segala butiran laporan berita dan keadaan cuaca pada sebarang tarikh sebelum ini.
Aurelien Hayman, 20, merupakan antara sebilangan kecil manusia yang mempunyai kelebihan dikenali sebagai hyperthymesia, keupayaan ingatan bersifat autobiografi yang tinggi.
Hanya 20 orang di dunia memiliki keunikan itu dan Hayman merupakan satu-satunya di Britain yang mempunyai kelebihan tersebut.
Dengan anugerah yang dimilikinya, pemuda itu boleh mengingati semua perkara yang dilakukannya pada mana-mana tarikh yang dipilih walaupun baju yang dipakai pada tarikh itu telah berlalu 10 tahun lepas.
Malah, pelajar jurusan kesusasteraan Universiti Durham itu juga boleh mengingati setiap butiran perbualan, rancangan televisyen yang ditonton serta lagu yang didengar sebelum ini.
“Saya tidak menyedari kelebihan ini sehingga saya berumur 14 tahun. Saya boleh mengingati semua perkara dengan jelas walaupun ia telah berlaku bertahun-tahun lalu," katanya.
Sebagai contoh, jika Hayman disuruh mengingati situasi pada 1 Oktober 2006, dia menjawab, cuaca pada hari itu mendung dan dia mendengar lagu When You Were Young oleh The Killers.
Katanya, pada hari tersebut, dia turut mengajak seorang gadis keluar, namun pelawaan itu ditolak.
“Saya memakai baju berwarna biru dan terserempak gadis yang menolak pelawaan saya di tengah bandar Cardiff pada hari yang sama," katanya.
Namun, Hayman berkata, anugerah yang diperolehinya itu tidak memberi kelebihan kepadanya dalam peperiksaan.
“Saya boleh mengingati banyak perkara secara umumnya, namun ia tidak membantu dalam pelajaran saya di universiti," jelasnya. - AGENSI

2,000 tentera Syria berpindah ke Jordan

AMMAN 25 Sept. - Lebih 2,000 tentera Syria berpaling tadah ke Jordan sejak konflik melanda negara itu pada tahun lalu, kata komander pengawal sempadan dalam satu kenyataan, hari ini.
“Bilangan pelarian Syria yang memasuki sempadan Jordan sehingga Rabu lalu melebihi 74,000 orang dan daripada jumlah itu 2,053 orang adalah tentera pelbagai pangkat,’’ kata Brigadier Jeneral, Hussein al-Ziyud.
Ziyud berkata, askar tersebut telah dibawa ke tempat khas dengan kawalan istimewa.
Katanya, kebanyakan mereka ditembak ketika cuba memasuki negara ini. - AFP

Iran beri amaran keras

Iran beri amaran keras
Hajizadeh (kiri) menyatakan Israel tidak akan menyerang Iran
melainkan ia mendapat sokongan Amerika Syarikat. - Foto EPA

TEHERAN - Iran, kelmarin dengan lantang memberi amaran keras untuk menyasarkan tiga pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) jika Israel melancarkan serangan ke atas negara itu.
Komander Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC), Jeneral Amir Ali Hajizadeh berkata, pangkalan terbesar tentera AS di Qatar, Bahrain dan Afghanistan adalah sasaran sah mereka kerana rejim Zionis tidak akan melancarkan serangan ke atas negara itu tanpa campur tangan Washington.
"Kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas jika perang tercetus. Iran tidak mahu memulakan apa-apa peperangan melainkan jika kami berasa terancam dengan musuh," katanya.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Pertahanan AS, Jim Gregory menyifatkan amaran Iran tersebut kononnya sebagai retorik untuk meningkatkan lagi ketegangan yang tercetus.

Dalam perkembangan berkaitan, Britain, Perancis dan Jerman sebulat suara menggesa Kesatuan Eropah (EU) mengenakan sekatan lebih tegas ke atas Iran, berikutan keengganan negara itu untuk menghentikan program nuklear mereka.

Difahamkan butiran sekatan baru tersebut masih dalam rundingan dan ia akan dibincangkan semasa mesyuarat di Bruseels pada 15 Oktober depan.

Awal tahun lalu, EU  mengenakan embargo ke atas eksport minyak Iran dan beberapa sektor lain sehingga memberi kesan kepada ekonomi negara itu pada masa ini. - AFP

Jualan iPhone cecah lima juta unit



GAMBAR menunjukkan iPhone 5.


NEW YORK - Gergasi elektronik Amerika Syarikat (AS), menyatakan semalam bahawa jualan iPhone 5 mencecah lima juta unit selepas telefon pintar terbaharu itu dilancarkan pada hujung minggu lalu.
Apple dalam satu kenyataan berkata, sebahagian pelanggan terpaksa menunggu untuk memiliki gajet terbaharu tersebut ekoran jumlah permintaan kini melebihi bekalan.
"Permintaan untuk iPhone 5 menakjubkan dan kami sedang berusaha keras untuk membekalkan iPhone 5 kepada setiap pelanggan kami," kata Ketua Eksekutif Apple, Tim Cook.
Menurutnya, iPhone 5 mula dijual di AS, Australia dan beberapa negara lain pada Jumaat lalu.
Gajet pintar itu akan dijual di 22 buah negara pada Jumaat ini.
iPhone 5 dijual pada harga bermula daripada AS$199 (RM611) untuk model berkapasiti 16 gigabit (GB) hingga AS$399 (RM1,225) bagi versi 64GB di AS. - Agensi

Tiga penulis blog dipenjara



AFP
BEBERAPA anggota polis memeriksa pintu masuk ke mahkamah yang menjadi tempat tiga penulis blog dihukum penjara di Bandar Raya Ho Chi Minh, Vietnam semalam.


BANDAR RAYA HO CHI MINH - Sebuah mahkamah di selatan Vietnam memenjarakan tiga penulis blog kerana kesalahan menyebarkan propaganda antipemerintah dalam satu perbicaraan singkat tetapi penuh dramatik.
Selepas perbicaraan selama beberapa jam, penulis blog berprofil tinggi, Nguyen Van Hai yang turut dikenali sebagai Dieu Cay dihukum penjara 12 tahun.
Seorang anggota polis wanita yang menjadi penulis blog, Ta Phong Tan pula dihukum penjara selama 10 tahun. dia menjerit semasa dibawa keluar dari mahkamah.
Ibu Tan meninggal dunia selepas membakar dirinya di hadapan sebuah bangunan pihak berkuasa tempatan pada Julai lalu bagi membantah dakwaan terhadap anak perempuannya itu.
"Jenayah mereka serius dan jelas berniat jahat terhadap negara," kata presiden mahkamah berkenaan di sini, Nguyen Phi Long.
Menurutnya, kedua-dua tertuduh tidak dibenarkan membuat kenyataan penutup kerana mereka mencetuskan kekacauan di dalam mahkamah.
"Mereka mesti dikenakan hukuman yang berat," katanya.
Sementara itu, tertuduh ketiga, Phan Thanh Hai, 43, merupakan satu-satunya penulis blog yang mengaku bersalah dalam perbicaraan tersebut.
Dia dihukum penjara empat tahun selepas berjanji tidak akan mengulangi jenayah itu dan tidak akan berhubung lagi dengan pihak yang memusuhi negara.
Mereka didapati bersalah dalam kes berhubung beberapa artikel yang disiarkan dalam laman web Free Journalists Club dan beberapa artikel lain dalam web masing-masing.
Laman web itu diharamkan di Vietnam.
Ketiga-tiga penulis blog berkenaan mengecam rasuah dan ketidakadilan di negara berkenaan selain mengkritik dasar luar Hanoi.
Kesemua defendan perlu menjalani hukuman tahanan di dalam rumah antara tiga tahun hingga lima tahun selepas mereka selesai menjalani hukuman penjara.
- AFP