AMMAN 25 Sept. - Lebih 2,000 tentera Syria berpaling tadah ke Jordan sejak konflik melanda negara itu pada tahun lalu, kata komander pengawal sempadan dalam satu kenyataan, hari ini.
Bilangan pelarian Syria yang memasuki sempadan Jordan sehingga Rabu lalu melebihi 74,000 orang dan daripada jumlah itu 2,053 orang adalah tentera pelbagai pangkat, kata Brigadier Jeneral, Hussein al-Ziyud.
Ziyud berkata, askar tersebut telah dibawa ke tempat khas dengan kawalan istimewa.
Katanya, kebanyakan mereka ditembak ketika cuba memasuki negara ini. - AFP
No comments:
Post a Comment