Pages

Saturday, March 24, 2012

makan mayat pengkhianat



SRETKO Kalinic (kiri) dan Luka Bojovic.
SRETKO Kalinic (kiri) dan Luka Bojovic.



MILAN Jurusic.
MILAN Jurusic.

MADRID: Sekumpulan samseng menyeksa dan membunuh ahli kumpulan yang khianat dan kemudian memasak sup dengan menggunakan mayat mangsa.
Kumpulan samseng Serbia memukul Milan Jurusic, 37 hingga mati dengan penukul lalu menyiat daging mangsa dengan pisau tajam sebelum memasukkannya ke dalam pengisar daging, di sebuah rumah pangsa di Madrid.

Mereka menjadikan kulit mukanya sebagai topeng, memasak daging mangsa dan menjadikan hidangan tengah hari.
Mereka juga membuang tulang mangsa ke dalam Sungai Manzanares di ibu negara Sepanyol itu.

Seorang anggota kumpulan samseng itu, Sretko Kalinic, atau dikenali sebagai ‘The Butcher’ mengaku melakukan jenayah itu setelah ditangkap di Zagreb, Croatia, tahun lalu.

Pihak berkuasa Sepanyol menemui 50 tulang di dalam sungai dan menemui rumah seram, tempat jenayah itu dilakukan, minggu lalu.
Jurusic dikatakan mengkhianati anggota kumpulan itu dengan mencuri duit mereka.

Dia melarikan diri setelah didapati bersalah membunuh Perdana Menteri Serbia, Zoran Djindjic pada 2003.
Polis Sepanyol percaya, Luka Bojovic yang mengetuai kumpulan samseng yang makan daging manusia itu, membunuh Jurusic. Dia yang turut dituduh membunuh Djindjic, ditahan di Valencia, bulan lalu.

Di apartmen Bojovic di Valencia, polis menemui dokumen yang menyokong kenyataan Kalinic mengenai pembunuhan ngeri itu.

Semua anggota samseng yang terlibat dalam pembunuhan ngeri di Madrid, dikatakan anggota Zemun Clan, kumpulan mafia dari Belgrade.

Jenayah itu dikatakan dilakukan pada 2009, ikni disiasat majistret Fernando Andrew dari Mahkamah Nasional di Madrid. - DM

Rekrut polis berpurdah kejutkan pegawai

BEIRUT: Pihak berkuasa Lubnan menimbang tindakan yang akan diambil selepas sekumpulan anggota rekrut polis wanita muncul dengan berpurdah untuk menjalani latihan.
Polis wanita berkenaan yang jumlahnya hampir 40 orang dan berfahaman Syiah adalah di antara ratusan calon yang menduduki peperiksaan untuk menyertai pasukan keselamatan itu.

Tetapi mereka datang dengan berpurdah apabila muncul buat kali pertama untuk menjalani latihan, sesuatu yang bertentangan dengan kod pakaian pasukan berkenaan.

Seorang pegawai berkata, beberapa rekrut berkenaan bersetuju menanggalkan purdah mereka tetapi kira-kira 20 yang lain enggan dan tidak mengambil bahagian dalam sesi latihan itu.

“Menurut kod pakaian tentera, tidak kira sama ada polis atau tentera, semua simbol keagamaan tidak dibenarkan,” kata pegawai berkenaan. - AFP

Rentung lepas selamat keluarga


TINGGAL ABU...orang ramai berkerumun melihat sembilan deretan rumah kedai yang hangus dalam kebakaran awal pagi semalam.
TINGGAL ABU...orang ramai berkerumun melihat sembilan deretan rumah kedai yang hangus dalam kebakaran awal pagi semalam.


ANGKAT...anggota unit forensik membawa kotak mengandungi rangka dua mangsa.
ANGKAT...anggota unit forensik membawa
kotak mengandungi rangka dua mangsa.

PONTIAN: “Dia yang kejutkan saya dan beritahu rumah kami terbakar, tapi entah macam mana dia yang gagal selamatkan diri,” kata Selamat Kosnan, 51, ayah kepada dua beradik yang rentung dalam kebakaran rumah mereka di Pekan Ayer Baloi, di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu yang keseluruhannya memusnahkan sembilan rumah kedai dua tingkat separuh papan, dua beradik terbabit ialah anak keenam daripada tujuh beradik, Khusnul Khotimah, 13, dan adik bongsunya, Rohman, 12.
Selamat berkata, ketika kejadian dia bersama isteri, Hasniah Abd Hussin, 50, dan enam daripada tujuh anaknya tidur di bahagian atas rumah kedai papan.

“Saya terjaga daripada tidur apabila arwah Khotimah mengejutkan saya dan memberitahu asap tebal di tingkat bawah kedai. Mungkin dia anggota keluarga kami yang pertama menyedari kebakaran berlaku.


“Sebaik dikejutkan arwah, saya terus kejutkan semua anak dan isteri sebelum kami nekad turun ke tingkat bawah bagi menyelamatkan diri biarpun terpaksa meredah api dan asap,” katanya.

Mimpi aneh anak terperangkap



Oleh Anja Asmara

2012/03/24

PONTIAN: Dua beradik yang berjaya mengejutkan keluarga mereka supaya menyelamatkan diri, ditemui rentung dalam kebakaran sederet sembilan rumah kedai usang di Pekan Ayer Baloi di sini, awal pagi semalam. 

Pelajar Tingkatan Satu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ayer Baloi, Khusnul Khotimah Selamat, 13, dan adiknya Rohman, 12, murid Sekolah Kebangsaan Ayer Baloi, gagal menyelamatkan diri dalam kebakaran kira-kira jam 4.30 pagi itu.
Mereka dipercayai terperangkap di bahagian hadapan tingkat atas rumah kedai itu sebelum mayat mereka yang rentung ditemui anggota bomba jatuh ke tingkat bawah berhampiran pintu masuk.
“Walaupun bersedih, kami menerima ketentuan Ilahi ini sebagai dugaan hidup dan reda terhadap kejadian menimpa dua anak kesayangan kami yang pergi buat selama-lamanya. 

“Saya tak sangka, pelbagai mimpi aneh yang mengganggu tidur sejak tiga bulan lalu, termasuk kejadian rumah roboh serta dua anak terperangkap dan tidak dapat diselamatkan, menjadi kenyataan dalam kebakaran ini. 

“Dua anak saya benar-benar pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya. Sukar untuk kami menerima kenyataan kehilangan dua anak dalam kebakaran ini, namun itulah takdir dan ketentuan Ilahi,” rintih ibu mangsa, Hasniah Abd Hussin, 50, yang mendiami rumah kedai kedai yang disewa mereka kerana berniaga kuih di hadapannya bagi menyara kehidupan keluarga selama ini. 

Hasniah tidak menyangka sikap manja Rohman yang mahu tidur di sisinya sejak beberapa malam lalu menjadi petanda anak bongsunya akan pergi buat selama-lama. 
Bapa mangsa, Selamat Kosnan, 51, berkata ketika kejadian, keluarganya tidur di tingkat atas rumah kedai papan itu sebelum terjaga apabila Khotimah mengejutkan mereka sambil memberitahu asap tebal di tingkat bawah. 

“Dalam kegelapan kerana bekalan elektrik yang terputus dan asap menyelubungi setiap ruang kediaman kami, saya mengejutkan seluruh ahli keluarga sebelum bergegas turun menyelamatkan diri menerusi pintu belakang tanpa menyangka Khotimah dan Rohman masih belum turun. 

“Dalam keadaan cemas itu, saya menyangka mereka sudah keluar terlebih dulu dan tidak menyangka mereka terperangkap dalam api yang marak itu. 

“Saya hanya menyedari nasib mereka apabila gagal menemui kedua-duanya selepas kami sekeluarga berjaya keluar menyelamatkan diri tetapi mereka berdua tiada bersama,” katanya menahan sebak.

Australia tak minta maaf





2012/03/24

SYDNEY: Perdana Menteri Australia, Julia Gillard, enggan meminta maaf kepada keluarga seorang rakyatnya yang memegang dua kewarganegaraan, Mamdouh Ahmed Habib, kerana ditahan beberapa tahun di Teluk Guantanamo meskipun laporan rasmi menyatakan mereka tidak diberitahu keadaan sebenar yang dihadapi Habib. 

Habib ditahan di Pakistan beberapa minggu selepas kejadian serangan terhadap New York dan Pentagon pada 11 September 2001, kerana disyaki memiliki pengetahuan mengenainya.
Habib dipindahkan ke Mesir pada November 2011 dan mendakwa menjadi mangsa seksaan termasuk dipukul dan dirantai sebelum dihantar ke pusat tahanan tentera Amerika di Afghanistan serta seterusnya ke Guantanamo sebelum dibebaskan pada 2005.
Habib yang mempunyai empat anak dan bekerja sebagai pemandu teksi, tukang cuci dan peniaga kafe di Australia sejak tiba pada 1980 menegaskan dia berada di Pakistan ketika serangan 11 September berlaku atas tujuan perniagaan. 

Satu laporan bebas Ketua Polis semalam menyatakan, kerajaan gagal memaklumkan penahanan Habib kepada keluarganya meskipun tiada warga Australia terbabit atau bersubahat dalam layanan buruk sepanjang penahanannya. 

“Komunikasi dari segi kebajikan Habib kepada keluarganya tidak mencukupi. Kegagalan memberitahu perkembangan dirinya mulai Mei 2002 hingga November 2003 kepada isteri Habib paling utama,” kata laporan itu yang mencadangkan kerajaan memohon maaf. 

Laporan itu juga secara tidak langsung membidas Jabatan Hal Ehwal Luar dan Perdagangan kerana memberitahu isteri Habib bahawa suaminya ‘sihat dan dilayan dengan baik’ pada Februari 2002 ketika ditahan di Mesir, meskipun itu bukan perkara sebenar. 
Bagaimanapun, Gillard berkata, tidak perlu meminta maaf dalam hal berkenaan. 

“Kami puas hati bahawa agensi dan pegawai kerajaan Australia menjalankan tugas dengan baik dalam suasana sukar selepas kejadian 11 September 2001. 

“Kami juga mahu menyatakan bahawa wujud masalah besar dari segi akses kepada tahanan termasuk Habib di Guantanamo,” katanya lagi. 

Pun begitu, Gillard bersetuju dengan perkara lain dalam laporan itu yang dibuat selepas Habib menyelesaikan kes terhadap kerajaan Australia mengenai layanan ke atasnya ketika ditahan, apabila menerima pampasan pada 2010. 

Dasar baru mengawasi keupayaan individu berkomunikasi dengan pegawai atau wakil sah kerajaan Australia dan memberi garis panduan mengelak daripada risiko layanan tidak berperikemanusiaan akan diperkenalkan, katanya. – AFP

RM50,057 pampasan keluarga mangsa bunuh renjer Thai





2012/03/24

BANGKOK: Kerajaan Thailand memberi pampasan awal 500,000 baht (RM50,057) kepada setiap keluarga empat penduduk kampung yang ditembak mati renjer tentera di Pattani dan mempertimbangkan memberi tambahan tujuh juta baht (RM700,804) kepada saudara mangsa, kata Kementerian Pertahanan. 

Jurucakap kementerian itu, Kolonel Thanathip Sawangsaeng, berkata Majlis Pertahanan semalam mengakui laporan berasaskan fakta bahawa renjer separa tentera tersilap membunuh empat orang awam tidak bersalah di daerah Nong Chik di wilayah Pattani, Januari lalu.
Pampasan ditawarkan kepada saudara mara setiap penduduk kampung yang dibunuh. Pusat Pentadbiran Wilayah Sempadan Selatan (SBPAC) pada mulanya memberi 500,000 baht kepada setiap keluarga.
Thanathip berkata, SBPAC dan jawatankuasa kerajaan dalam strategi pembangunan untuk wilayah sempadan selatan akan membuat pertimbangan jika renjer tentera yang membunuh penduduk kampung mengambil langkah tidak wajar dan melampau serta melanggar hak mangsa. 

Jika mereka didapati berbuat demikian, setiap seorang mangsa yang terbunuh akan mendapat tambahan tujuh juta baht. 

Dua jawatankuasa mengumpul fakta diketuai pegawai kanan Arahan Operasi Keselamatan Dalaman dan pengerusi jawatankuasa Islam Pattani membuat kesimpulan bahawa penduduk kampung yang terbunuh dan cedera dalam kejadian itu tidak bersalah dan pihak yang menjadi mangsa layak menerima pampasan. 

Panel mencadangkan renjer tentera yang menembak mangsa perlu berdepan tuduhan jenayah. 
Sementara itu, Menteri Pertahanan, Sukumpol Suwanatat berkata tambahan kepada pampasan awal akan dipertimbangkan berdasarkan peraturan sedia ada. 

Sementara itu, seorang penduduk kampung cedera parah akibat sebutir bom meletup di daerah Cho Airong, Narathiwat pagi Rabu dan meninggal dunia semalam di sebuah hospital tempatan. 

Ahama Jehma cedera parah apabila serpihan bom mengenai kepalanya ketika minum teh di sebuah kedai berhampiran lokasi letupan bom di perkampungan Ban Buera-ngae. 

Pihak berkuasa sedang memeriksa sebutir bom yang diletakkan dalam sebuah kotak besi apabila ia meletup, mengorbankan seorang renjer tentera serta merta. – Agensi

Askar AS tidak ingat serangan





2012/03/24

pix_gal0
Peguam bela dedah strategi selepas tentera hadapi 17 tuduhan jenayah

KANSAS: Askar Amerika yang terbabit menembak mati orang awam di selatan Afghanistan, Staf Sarjan Robert Bales, 38, semalam didakwa dengan 17 pertuduhan membunuh, selain enam dakwaan melakukan serangan dan cubaan membunuh. 

Bales dipercayai meninggalkan pangkalannya, Kem Belamby di Kandahar pada 11 Mac lalu, menuju ke dua buah kampung, Balandi dan Alkozai, menyerbu beberapa rumah dan melepaskan tembakan hingga mengorbankan 17 orang termasuk wanita dan kanak-kanak, sebelum membakar mayat mereka.
Dia ditahan sejurus melakukan pembunuhan selepas dipercayai menyerah diri. Tentera Amerika memindahkan Bales ke sebuah pangkalannya di Kuwait sebelum diterbangkan kembali ke Amerika. Dia kini ditahan di penjara tentera Fort Leavenworth di sini.
Bales tidak mengaku salah dengan atas dakwaan itu, manakala peguamnya John Henry Browne, berkata anak guamnya tidak ingat kejadian itu. 

Pegawai Amerika memberi jaminan untuk melakukan siasatan segera dan terperinci . 
Setiausaha Pertahanan Amerika, Leon Panetta, berkata Bales boleh dikenakan hukuman mati jika didapati sabit kesalahan.

Penganalisis undang-undang, David Rivkin berkata pihak pendakwa akan mendesak hukuman maksimum ke atas Bales. 
“Kes ini mempunyai kesan besar dari sudut strategi dan kesan politik. Hukuman mati adalah yang paling sesuai, walaupun saya ragu jika ia akan dilaksanakan. Saya berpendapat Bales mungkin dikenakan hukuman penjara antara 20 hingga 50 tahun,” katanya. 

Sementara itu, ketika ditemuramah dalam rancangan This Morning, stesen televisyen Sistem Penyiaran Columbia (CBS), Browne berkata, beliau menghabiskan masa kira-kira 11 jam bersama Bales minggu ini di Fort Leavenworth. 

Peguam berkenaan juga berkata Bales sebelum ini pernah mengalami gegaran otak serius dan ia tidak dirawat atas beberapa sebab, tetapi tidak memberi butiran lanjut mengenai perkara itu. 

Laporan menyatakan Bales yang pernah berkhidmat tiga kali di Iraq sebelum dihantar ke Afghanistan Disember lalu, mengalami kecederaan otak serius dalam kemalangan jalan raya. Namun pegawai tentera dan pakar berkata tiada bukti saintifik menunjukkan bahawa kecederaan otak boleh mendorong seseorang bertindak ganas. 

“Reaksi saya kepada dakwaan yang dikenakan ialah kerajaan perlu membuktikannya. Saya percaya kerajaan akan menghadapi kesukaran untuk membuktikan kes ke atas Bales. 

“Tiada lokasi jenayah, manakala bukti fizikal penting amat kurang. Saya boleh meneruskan kes ini berdasarkan ketiadaan bukti kukuh dan masalah jiwa yang dialami Bales,” kata Browne. 

Bagaimanapun seorang penduduk Afghanistan yang kehilangan cucu perempuan, adik dan sepupunya dalam serangan terbabit, Haji Noor Mohammad tidak berpuas hati dengan kenyataan Browne. 

“Jika dia benar-benar gila dan hilang ingatan, mengapa dia dilantik sebagai askar Amerika? Mengapa dia tidak dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan?” katanya. 

Sementara itu di Kabul, seorang pegawai kanan Amerika berkata pihak sudah memutuskan untuk membicarakan Bales di Amerika, tetapi keluarga mangsa yang marah dengan keputusan itu, mendesak perbicaraan diadakan di Afghanistan. – AP/AFP

Kapal terbang kertas gergasi meluncur selama enam saat

Kosmo! Online - Dunia:


BEBERAPA pekerja menolak kapal terbang kertas di sebatang jalan di Eloy kelmarin.


ELcaptionOY, Amerika Syarikat (AS) – Sebuah kapal terbang kertas gergasi meluncur di udara selama enam saat di sebuah gurun di sini kelmarin.
Kapal terbang sepanjang 12.19 meter (m) dan seberat 362.87 kilogram itu direka oleh jurutera terkenal, Art Thompson.
Ia dicipta bagi menggalakkan golongan muda meminati penerbangan.
Sebuah helikopter menarik pesawat kertas itu ke udara pada ketinggian setinggi 1,219m dengan menggunakan kabel.
Helikopter itu kemudian mengendurkan kabel tersebut bagi membolehkan kapal terbang berkenaan meluncur di udara.
Kapal terbang tersebut kemudian jatuh di kawasan gurun itu selepas bergerak pada kelajuan 157.71 kilometer sejam. – Agensi

'via Blog this'

Lelaki dipenjara 30 tahun kerana simbah asid

Kosmo! Online - Dunia:



LEFRANC di sebuah mahkamah di Brussels pada Rabu lalu.(gambar kecil) WAJAH Lefranc sebelum dia disimbah asid.


BRUSSELS – Seorang lelaki Belgium yang menyerang bekas kekasihnya dengan asid sulfurik dihukum penjara 30 tahun selepas didapati bersalah melakukan percubaan membunuh.
Juri sebuah mahkamah di sini mendapati lelaki tersebut, Richard Remes, 57, bersalah kelmarin dalam kejadian yang berlaku pada tahun 2009.
Remes menyimbah muka dan badan bekas kekasihnya, Patricia Lefranc dengan asid sehingga mangsa terpaksa menjalani 86 pembedahan.
Lefranc berada dalam koma selama tiga bulan ekoran kejadian tersebut.
Serangan asid itu berlaku setelah dia menamatkan hubungan dengan Remes.
Semasa perbicaraan, pihak juri melihat gambar bogel Lefranc yang mempunyai kesan akibat disimbah asid.
Ketika kejadian, beberapa jirannya membantu menghantar dia ke hospital selepas mendengar jeritannya setelah disimbah dengan asid. – Agensi

'via Blog this'

Fenomena filem The Hunger Games

Kosmo! Online - Dunia:


SEORANG wanita, Sierra Betinis memakai pakaian watak Rue dalam filem The Hunger Games semasa dia memasuki sebuah lif di pawagam Regal di Los Angeles kelmarin.


LOS ANGELES - Sejumlah besar orang membanjiri pawagam-pawagam di Amerika Syarikat untuk menonton tayangan tengah malam filem fenomena remaja, The Hunger Games kelmarin.
Diterajui bintang baharu seperti Jennifer Lawrence, Josh Hutcherson dan Liam Hemsworth, filem berkenaan dijangka mengungguli carta box-office di rantau Amerika Utara untuk tayangan pada hujung minggu ini.
Agensi tempahan tiket di Internet, Fandango menyatakan, The Hunger Game kini menduduki tempat ketiga senarai tempahan tiket awal yang tertinggi di AS di belakang filem The Twilight Saga: New Moon dan Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 2.
Menurut Fandango, sebanyak 10 tiket The Hunger Games dijual pada setiap saat manakala 2,500 tayangan juga telah habis ditempah.
Filem The Hunger Games diadaptasi daripada novel dengan menggunakan tajuk yang sama.
Novel itu dihasilkan penulis Suzanne Collins dari AS.
Sebanyak 30 juta buku tersebut telah dijual di seluruh dunia setakat ini.
Seorang guru di sini, Daniela Perry, 32, berkata: "Saya mungkin menangis semasa menonton filem itu. Terdapat beberapa bahagian yang menyentuh emosi dengan beberapa budak mati.
"Dalam buku, kisahnya digambarkan amat menarik menyebabkan saya mahu menonton filem tersebut".
Menurutnya, dia menangis semasa membaca buku tersebut.
Filem itu mengisahkan seorang gadis yang terpaksa berjuang dalam sukan maut demi meneruskan hidupnya.
Ia bakal menemui peminat di Perancis dan sebahagian besar Eropah pada Rabu ini. - AFP

'via Blog this'

Lelaki takut diperkosa wanita

Kosmo! Online - Dunia:


DUA beradik, Sophie Nhokwara, (kiri) dan Netsai (kanan) serta Rosemary (dua dari kanan) yang berdepan dakwaan menyerang 17 pengembara lelaki, berjalan di luar sebuah mahkamah di Harare, Zimbabwe pada 29 November tahun lalu.


MASHAVA, Zimbabwe - Susan Dhliwayo tergamam ketika dia memberhentikan keretanya kerana ikhlas mahu menumpangkan sekumpulan pengembara lelaki baru-baru ini tetapi mereka menolak pelawaannya.
Puncanya adalah kerana lelaki itu bimbang akan dirogol.
Zimbabwe kini digemparkan dengan laporan sensasi bahawa terdapat geng wanita cantik merogol beberapa pengembara lelaki dan meletakkan sperma mereka di dalam kondom bagi tujuan ilmu hitam.
"Sekarang ini, lelaki takut kepada wanita," kata Dhliwayo yang berusia 19 tahun.
Menurutnya, para pengembara tidak akan menaiki kereta yang dipandu wanita kerana mereka tidak mempercayai lagi kaum Hawa itu.
Media Zimbabwe sebelum ini melaporkan beberapa lelaki yang ditemui di lebuh raya telah diberi ubat tidur, diugut dengan menggunakan pistol atau pisau dan diberikan ubat perangsang seks sebelum mereka dirogol berulang kali dan ditinggalkan di tepi jalan.
Berita tentang kumpulan perogol itu yang digelar 'pemburu sperma', pertama kali disiarkan di dada akhbar tempatan pada tahun 2009.
Namun, sehingga kini, polis hanya berjaya menangkap tiga wanita yang ditahan bersama satu beg plastik berisi 31 kondom terpakai. Mereka didakwa kerana memperkosa 17 lelaki.
Tiga orang yang ditangkap itu terdiri daripada Sophie Nhokwara, 26 dan adiknya, Netsai, 24, serta Rosemary Chakwizira, 28.
"Kami tidak tahu jumlah sebenar kes rogol seperti ini," kata jurucakap polis, Wayne Bvudzijena.
"Kebanyakan kes ini berlaku apabila mangsa menumpang kenderaan persendirian. Kami menggalakkan orang ramai agar menggunakan kenderaan awam."
Menurutnya, tujuan sperma itu diambil si mangsa masih tidak jelas tetapi ia dipercayai digunakan dalam amalan sihir yang dikenali sebagai 'juju' atau upacara membawa tuah termasuk bagi tujuaan mendatangkan kekayaan, melariskan perniagaan dan mengelak penjenayah daripada dikesan.
"Isu ini sukar untuk difahami," kata pakar sosiologi Universiti Zimbabwe, Watch Ruparanganda.
"Apa yang jelas sperma ini digunakan dalam upacara ilmu hitam," tambahnya.
Ruparanganda berkata, beliau hairan apabila mendapati sperma menjadi barangan komoditi ketika dia sedang melakukan kajian sosial di Harare tujuh tahun lalu.
Dia diberitahu oleh remaja jalanan bahawa ahli-ahli perniagaan akan membawa mereka ke hotel bagi tujuan seks.
Seorang pemuda berusia 24 tahun, Tende Marahu turut mengesahkan perkara tersebut.
Menurutnya, beberapa lelaki dan wanita datang untuk mengambil lelaki di kawasan kejiranannya bagi mendapatkan sperma yang dikumpulkan dalam kondom selepas mereka melakukan hubungan seks.
"Perkara ini telah lama berlaku," katanya.
Amalan songsang tersebut turut dikecam Persatuan Pengamal Perubatan Tradisonal Zimbabwe.
"Kami percaya amalan ini adalah sihir dan kami mengecamnya," kata jurucakap persatuan berkenaan, George Kandiyero.
Menurutnya, pemburu sperma tidak akan mengambil sperma kekasih atau suami mereka untuk upacara juju kerana ia boleh memudaratkan lelaki itu. - AFP

'via Blog this'

Hanya tinggal tulang, rangka

Kosmo! Online - Negara:



ANGGOTA bomba memadamkan sisa api yang menyebabkan sepuluh buah rumah hangus dan dua beradik rentung di Pontian, Johor semalam.


PONTIAN – Mayat dua beradik ditemui dalam keadaan menyayat hati apabila hanya tinggal cebisan tulang dan rangka selepas kedua-dua mereka rentung dalam kebakaran melibatkan deretan sepuluh buah rumah kedai separuh papan dua tingkat di Pekan Ayer Baloi di sini semalam.
Kejadian pukul 4.30 pagi itu mengakibatkan Khusnul Khotimah Selamat, 13, dan adiknya, Rohman, 12, maut selepas mereka dikatakan terperangkap ketika sedang nyenyak tidur di tingkat dua premis tersebut.
Khusnul Khotimah merupakan pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Baloi manakala Rohman murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Ayer Baloi.
Ibu bapa dua beradik itu, Selamat Kosnan, 51, dan Hasniah Abd. Hussin, 50, serta empat adik-beradik mereka, Nor Fitri Yana, 18, Mohd. Iskandar, 17, Mohd. Hanafi, 16, dan Mohd. Sohiban, 15, terselamat dalam kejadian itu.
Turut maut ialah pemilik bengkel motosikal, Ng Kim Leong, 50-an yang dipercayai terkena serangan jantung selepas terkejut melihat premisnya terbakar. Mendiang juga menghidap asma.
Mayat dua beradik itu ditemui dua jam kemudian selepas bomba berjaya memadamkan kebakaran.
Ketika kejadian, hanya rumah keluarga berkenaan yang mempunyai penghuni manakala sembilan lain hanya dibuka pada waktu siang seperti kedai runcit, restoran, kedai telefon, pusat siber, bengkel motosikal dan stor.

'via Blog this'

Wanita cedera nekad kejar dua peragut

Kosmo! Online - Negara:



INCHE AMINAH menunjukkan kecederaan yang dialaminya di Felda Palong Empat, Jempol semalam.


JEMPOL - Seorang wanita yang cedera akibat terjatuh dari motosikalnya bertindak nekad mengejar dua peragut yang melarikan beg tangannya berisi wang tunai RM1,200, dokumen dan telefon bimbit di Felda Palong Empat di sini kelmarin.
Dalam kejadian pukul 2.30 petang itu, mangsa, Inche Aminah Ismail, 47, patah gigi serta cedera di kaki dan tangan selepas motosikalnya dihimpit dua pemuda yang memakai topi keledar.
"Sebelum kejadian itu, saya mengeluarkan wang sebanyak RM800 di pejabat pos. Salah seorang daripada pemuda itu kemudian merampas beg tangan di dalam raga motosikal saya," katanya di sini semalam.
Ujarnya, walaupun cedera, dia bangun lantas berlari mengejar kedua-dua suspek sejauh beberapa meter sebelum meminta bantuan orang ramai.
"Saya dihantar ke klinik untuk rawatan dan kemudian membuat laporan di Balai Polis Rompin," katanya yang bekerja sebagai kerani di sebuah kilang getah di sini.
Ujarnya, polis memberitahu beg tangannya telah ditemui di kawasan kebun getah di sini tetapi wang RM1,200 dan telefon lesap.

'via Blog this'