KEDAI gunting rambut milik Weibo masih bertahan meski pun dia menggunakan teknik tradisional, Dahoujia iaitu membakar rambut menggunakan besi panas. - AGENSI
BEIJING 20 Mac – Kebiasaannya pekedai gunting rambut akan menggunakan gunting atau pencukur rambut untuk memotong rambut pelanggan mereka.
Lain, pula kisahnya di China apabila seorang penggunting rambut menggunakan cara tersendiri untuk memotong rambut pelanggannya, sekali gus menarik minat ramai orang untuk cuba mendapatkan perkhidmatannya.
Wang Weibu merupakan seorang daripada segelintir penggunting rambut di China yang masih mengamalkan cara tradisional dikenali sebagai Dahoujia, iaitu menggunakan dua batang besi panas untuk memotong rambut pelanggan.
Menurut laporan portal Oddity Central, lelaki berusia 72 tahun itu yang memiliki kedai gunting rambut di Jinshi, wilayah Sichuan, akan membakar besi tersebut terlebih dahulu sehingga menjadi panas kemerahan sebelum merendamkannya di dalam air.
Kemudian, Weibu akan menjadikan besi tersebut sebagai gunting untuk memotong rambut mengikut kehendak pelanggan.
Jelas laporan tersebut, teknik itu ternyata unik kerana rambut pelanggan tidak kelihatan seperti hangus terbakar, sebaliknya tampak kemas dan menjadi kerinting selama tiga bulan.
“Tidak ramai lagi pendandan rambut yang mempunyai kemahiran Dahoujia, lebih-lebih lagi tidak banyak pelanggan berminat untuk mendapatkan perkhidmatan ini.
“Kebanyakannya hanya orang tua sahaja yang datang ke kedai saya (untuk mendapatkan perkhidmatan Dahoujia), dan mungkin satu hari nanti, kemahiran ini tidak wujud lagi,” katanya, sambil menambah kata, perniagaannya masih bagus buat masa ini, walaupun permintaan yang rendah.
Dahoujia pernah popular di China suatu ketika dahulu, dan mula dilupakan pada 1980-an.
No comments:
Post a Comment