PASANGAN penuh aksi itu mula mendapat idea tersebut selepas mereka bertunang pada tahun lalu dan mereka dapati tidak dapat mengemukakan satu peracangan bersama tema khusus untuk majlis perkahwinan mereka.
LOS ANGELES 20 Mac. – Sepasang suami isteri dari Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) mencipta sejarah tersendiri menggembara ke enam benua, 12 negara dan mengadakan 38 upacara perkahwinan di tempat yang mereka lawati, sebagai cara unik untuk meraikan cinta sejati mereka.
Akhbar Daily Mail melaporkan, Cheetah Platt, 30, dan Rhiann Woodyard, 32, tampil dengan cara yang unik bagi meraikan cinta mereka dengan melangsungkan perkahwinan mereka sebanyak mungkin di tempat-tempat yang mereka lawati dalam tempoh masa kurang daripada 90 hari.
Pasangan itu mendapat idea tersebut selepas mereka bertunang pada tahun lalu dan membuat perancangan bersama tentang tema khusus untuk majlis perkahwinan mereka.
“Kebanyakan wanita menghabiskan kebanyakan masa, tekanan dan wang ringgit untuk majlis perkahwinan mereka, yang kemudian berakhir begitu sahaja.
“Saya suka jika saya berpeluang berkahwin dengan Platt berkali-kali. Pengembaraan ini sangat menarik dan tidak berlangsung untuk satu hari sahaja,” kata Woodyard yang turut mendapat sumbangan dana daripada laman web bulan madu, Honeyfund bagi merealisasikan impian mereka itu.
Justeru mereka mula melakukan pengembaraan mengelilingi dunia pada 8 Februari lalu dengan hanya berbekalkan dua beg galas dan menuju ke Bogota, Colombia.
Majlis perkahwinan pertama mereka berlangsung di Colombia, sebelum terbang ke Sepanyol, Ireland, Maghribi, India, Thailand dan Mesir.
Woodyard berkata, sebagai langkah berjimat-cermat, mereka akan memakai pakaian pengantin yang sama pada setiap majlis perkahwinan mereka.
Sepanjang ‘kembara cinta’ mereka selama tiga bulan itu, pasangan ideal tersebut berjaya melawat 12 negara dan mengadakan 38 majlis perkahwinan dalam tempoh hanya 83 hari.
Platt dan Woodyard berkata, mereka berkemampuan mendapatkan penerbangan bagi mengelilingi dunia dan mendarat di 11 negara pada harga tidak sampai AS$3,000 (RM11,075) seorang.
No comments:
Post a Comment