Pages

Saturday, October 31, 2015

Model ancam saman selepas iklan dirinya jadi viral


GAMBAR iklan sebuah klinik pembedahan plastik yang memaparkan wajah Heidi Yeh dengan seorang model lelaki bersama tiga kanak-kanak.
TAIPEI: Seorang model Taiwan yang dipaparkan dalam iklan sebuah klinik pembedahan plastik mengancam untuk menyaman agensi pengiklanan dan klinik itu selepas iklannya menjadi viral di internet.
Heidi Yeh sebelum ini bersetuju untuk menjadi model iklan sebuah klinik pembedahan plastik yang memaparkan wajahnya dengan seorang model lelaki bersama tiga kanak-kanak.
Bagaimanapun iklan itu menjadi viral di internet selepas ada dakwaan menyatakan dia diceraikan oleh lelaki di dalam iklan itu selepas melahirkan anak yang hodoh dan didakwa membuat pembedahan plastik.
Heidi memberitahu kepada BBC, kehidupannya selepas gambar itu menjadi viral sangat drastik apabila dia kehilangan pekerjaan sebagai model dan banyak agensi memberhentikannya sebagai model mereka.
"Saya kehilangan banyak perkara dalam hidup. Setiap hari saya menangis kerana menerima banyak cemuhan selain kehilangan punca pendapatan.
"Ia ibarat mimpi ngeri sepanjang kerjaya model saya," katanya.
Heidi berkata berdasarkan kontrak yang ditandatangani dengan agensi pengiklanan yang berpangkalan di Amerika Syarikat, J Walter Thompson (JWT), menyatakan iklan itu akan digunakan di akhbar, majalah dan klinik itu saja.
Tetapi JWT kemudian menggunakannya di laman web dan Facebook sebelum dikongsi oleh beberapa pengguna Facebook seterusnya menjadi viral.
Pada tahun 2013, sebuah tabloid China membuat artikel palsu mengenai seorang suami menyaman isterinya apabila dia mendapati isterinya menjalani pembedahan plastik sebelum mereka berjumpa kerana anak-anak mereka mempunyai wajah yang berbeza.
"Apabila saya mula mendengar mengenai perkara ini dari seorang teman, saya berfikir bahawa ini hanyalah khabar angin saja.
"Kemudian saya sedar seluruh dunia sudah mengetahui kisah ini dan mereka memikirkan ia adalah kisah benar.
"Malah rakan-rakan saya ketika itu termasuk teman lelaki bertanya mengenainya," katanya. - BBC/AGENSI

Lelaki nyanyuk koyak wang kertas lebih RM32,000


Lelaki nyanyuk koyak wang kertas lebih RM32,000

30 OKTOBER 2015
Lelaki nyanyuk koyak wang kertas lebih RM32,000

SICHUAN - CHINA . Seorang warga emas yang dikatakan mengalami masalah nyanyuk dari wilayah Sinchuan bertindak mengoyak wang simpanannya bernilai 47,600 Yuan (RM32,151) pada Ahad.

Luo yang juga pesara doktor haiwan disahkan menghidap penyakit nyanyuk yang menyebabkan dia tidak sedar apa yang dilakukannya.

Memetik CCTV News, tindakan Luo hanya disedari selepas anaknya yang cuba mengeluarkan duit simpanan lelaki itu terkejut selepas keseluruhan simpanan ayahnya tiada.

Selepas meneliti catatan urusniaga menunjukkan bapanya telah mengeluarkan wang tersebut.

Keluarga itu akhirnya menemui semua wang tunai yang hilang disimpan di dalam beg pakaian besar, namun apa mengejutkan kesemua wang kertas tersebut sudah dikoyak.

Enggan menyalahkan tindakan Luo, anaknya itu meminta pertolongan pegawai bank untuk mencantumkan semula wang-wang berkenaan.

Pengurus bank, Wang Jun berkata, dia bersama 9 kakitangan yang lain membantu mencantumkan kesemua wang tersebut

"Hanya lima keping 100 Yuan berjaya disambung semula setakat ini dan akan mengambil beberapa minggu untuk menyambung semua wang-wang berkenaan," katanya

Berjalan dengan kasut 70kg untuk kekal sihat


Berjalan dengan kasut 70kg untuk kekal sihat

31 OKTOBER 2015
Berjalan dengan kasut 70kg untuk kekal sihat

SICHUAN - CHINA. Seorang lelaki berusia 55 tahun tidak perlu menghabiskan masa dan duit ke gimnasium untuk kekal sihat sebaliknya hanya  berjalan dengan memakai kasut seberat 70kg setiap hari.

Huang Baoquan yang tinggal di sebuah perkampungan kecil di pedalam Sichuan akan melakukan senaman dengan memakai kasut yang dibuatnya sejak 30 tahun lalu.

Huang berkata, dia telah melakukan rutin senaman yang sama setiap pagi selama lebih 30 tahun.

"Setiap hari saya perlu bersenam dengan kasut ini sekurang-kurangnya satu jam sehingga berasa selesa. Jika tidak seluruh badan akan berasa lemah," katanya dipetik People  Daily Online.

Huang akan berjalan lebih 200 meter dengan memakai kasut seberat 70kg sambil memengang pemberat setiap hari.

Rutin harian yang dilakukan Huang menarik perhatian ramai dan tiada siapa yang mampu untuk berjalan memakai kasut berkenaan setakat ini malah seorang lelaki patah kaki selepas cuba untuk berjalan dengan kasut tersebut.

Friday, October 30, 2015

China Tamatkan Dasar Seorang Anak


Diterbitkan: Jumaat, 30 Oktober 2015 7:14 AM

BEIJING: China akan menamatkan dasar seorang anak yang mencetuskan kontroversi sebelum ini.
Malah negara tembok besar itu kini membenarkan pasangan suami isteri untuk mempunyai dua orang anak.
Ia memetik kenyataan dikeluarkan pemerintah Parti Komunis seperti dilaporkan agensi berita Xinhua selepas mesyuarat empat hari parti itu berkaitan rancangan ekonomi lima tahun China di Beijing pada Khamis.
China akan menamatkan dasar satu anak itu yang sudah dilaksanakan sejak tiga dekad lalu, lapor Xinhua.
Dasar tersebut hanya membenarkan pasangan untuk mempunyai seorang anak.
Pihak berkuasa selama bertahun-tahun memberi alasan bahawa dasar itu adalah penyumbang utama terhadap perkembangan ekonomi China. - AFP

Bayi 5.7kg


Cardiff: Seorang wanita melahirkan seorang bayi seberat 5.7 kilogram (kg) minggu lalu - hampir dua kali ganda saiz bayi biasa.

Saima Amaf dimaklumkan anak dikandungnya mungkin bersaiz luar biasa, namun tidak menyangka Aaron - yang dilahirkan secara Caesarean di Hospital Universiti Wales lebih besar.


Dua anak Saima sebelum ini agak kecil ketika dilahirkan dengan yang sulung, Azeel, lapan, seberat 2.2kg manakala adiknya Sami, lima, cuma 1.7kg.

Berat purata bayi lelaki dilahirkan di Britain adalah 3.5kg.



Suaminya Munawar Amaf, 38, berkata: “Bidan yang menyambut kelahirannya berkata, dia tidak pernah melihat bayi sebesar itu.

“Anak saya menjadi selebriti di hospital kerana semua doktor dan jururawat mahu melihatnya.”

Katanya, mereka dimaklumkan ketika kandungan berusia 32 minggu bahawa bayi lelaki itu besar dan Saima dicadangkan menjalani pembedahan Caesarean.

“Sebenarnya kami pelik kerana dua anak kami sebelum ini dilahirkan normal.

“Kami tidak menyangka anak kami sebesar ini,” kata Munawar.

Pejabat Statistik Kebangsaan melaporkan, 71 daripada 33,747 bayi dilahirkan di Wales pada 2013 mempunyai berat lebih 4.9kg.

Bayi terbesar dilahirkan secara normal di Britain ialah George King dengan berat 7.1kg pada Februari 2013. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 Oktober 2015 @ 6:45 AM

SAIMA bersama anaknya Aaron.

Thursday, October 29, 2015

BAWANG OH BAWANG



KES PERTAMA

Seorang doktor mengunjungi sebuah keluarga petani dan mendapati keluarga tersebut berada dalam keadaan sihat sedangkan jiran2 mereka menderita selsema dan sakit bawaan bakteria yang lain seperti demam, cirit birit, kudis dan lain2. Doktor bertanya petani bagaimana keluarga tersebut tetap sihat sedangkan jiran2 mereka menderita sakit. Si isteri petani menjawab mudah aje, letakkan bawang merah yang telah dikupas dalam piring disetiap ruang rumah. Doktor amat tertarik dan meminta untuk melihatnya dibawah mikroskop lalu mendapati virus selsema dan bakteria2 lain dibawang merah tersebut. Bawang merah ini berfungsi menyerap semua virus dan bakteria diruang sekitarnya dan secara tidak langsung dapat mengelakkan keluarga petani dijangkiti penyakit bawaan virus dan bakteria.

KES KEDUA ialah disebuah kedai gunting rambut yang banyak dikunjungi pelanggan. Tauke kedai mendapati ramai pekerjanya diserang selsema kerana sesetengah pelanggannya sedang selsema ketika mengunjungi kedainya. Tauke pun meletakkan semangkuk bawang merah yang telah dikupas di beberapa penjuru kedainya dan hasilnya pekerja2 beliau tidak lagi diserang selsema.

KES KETIGA seorang yang terkena pneumonia menemukan artikel yang mengatakan untuk memotong kedua hujung sebiji bawang kemudian dicucuk dengan garpu pada salah satu hujungnya. Letakkan bawang tersebut disebuah bekas kosong dan tempatkan dibilik pesakit. Keesokannya didapati bawang merah menjadi hitam kerana kuman2 seakan tertarik padanya. Bawang merah yang berfungsi sebagai magnet yang menarik kuman2 padanya menjadi hitam dan rosak sebaliknya pesakit semakin bertambah baik.

Bawang merah dan bawang putih mempunyai kekuatan antibakteri dan antiseptik yang amat menguntungkan manusia. Bawang merah boleh menjadi amat bermanafaat jika digunakan dengan cara yang betul, sebaliknya ianya amat beracun jika dibiarkan semalaman setelah dikupas. Ini kerana ianya umpama magnet yang menarik kuman hingga boleh menyebabkan jangkitan kuman pada paru2, sakit perut, keracunan makanan, cirit birit dan sebagainya.

Satu kajian keatas haiwan mendapati anjing tidak boleh memakan bawang merah kerana perut anjing tidak dapat mengolah bawang merah. Harap diingat, adalah berbahaya untuk mengiris bawang merah dan menggunakannya untuk memasak pada hari berikutnya.

Mengawal tekanan darah
Sama halnya seperti bawang putih, bawang merah yang dikonsumsi tanpa dimasak atau diolah menjadi jus, diyakini dapat menstabilkan tingkat tekanan darah. Bawang merah mengandung quercetin (suatu flavonol antioksidan) yang meningkatkan sirkulasi darah dalam tubuh, meningkatkan produksi darah dan juga mengurangi kemungkinan stroke jantung. Memasukkan bawang merah ke dalam menu salad atau diblender menjadi jus juga mampu membuang racun dari dalam tubuh sekaligus mampu mengawal masalah hipertensi Anda.

Menyembuhkan sembelit
Serat yang terdapat dalam kandungan bawang mentah membantu menyingkirkan toksin ataupun partikel makanan yang sulit dicerna oleh usus Anda. Jika Anda mengalami susah buang air besar atau sembelit cobalah konsumsi bawang mentah.

Menurunkan kolesterol
Bawang merah juga menjaga kolesterol baik dalam darah yang membantu melindungi tubuh terhadap penyakit jantung. Penelitian dilakukan para ilmuwan Hong Kong yang memberikan bawang merah yang telah dihancurkan pada hamster yang mengonsumsi makanan tinggi kolesterol.

Meredakan sakit tenggorokan
Bawang juga dikenal sebagai obat ayurveda saat mengalami batuk dan sakit tenggorokan. Haluskan bawang, seperti membuat jus lalu tambahkan sedikit halia dan madu.

Menurunkan risiko diabetes
Ini juga jadi salah satu manfaat dari bawang mentah. Jika penderita diabetes mengkonsumsi bawang mentah itu sama saja meningkatkan produksi insulin. Untuk para penderita diabetes, seperti dilansir dari Bold Sky, dianjurkan untuk mengkonsumsi bawang mentah secara rutin.

Mengurangi risiko gangguan hati
Mengkonsumsi bawang mentah dapat melindungi hati dari penyakit penyakit koroner. Bawang juga dapat mengendalikan darah tinggi dan membuka arteri yang tersumbat.

Mencegah pertumbuhan sel barah
Kandungan sulfur pada bawang yang tinggi dapat melindungi tubuh kita dari pembesaran usus. Ini juga termasuk mencegah pertumbuhan sel barah payudara, paru paru dan barah prostat. Bawang juga dipercaya dapat menyembuhkan gangguan saluran kencing.

Mengatasi buasir
Menurut penelitian, bawang merah mentah dapat menghentikan perdarahan dan mengurangi rasa nyeri pada dubur akibat buasir atau ambeien. Dengan mengonsumsi tiga kali sehari, rasa nyeri dan perdarahan pada anus akan hilang.
Manfaat Bawang Merah untuk Rambut

Dari segi kesehatan, manfaat bawang merah mungkin masih kalah dibanding bawang putih. Tapi dari segi kecantikan terutama perawatan rambut bawang merah jelas lebih unggul. Berikut ini beberapa manfaat bawang merah untuk rambut:

Mengobati rambut rontok
Ini adalah salah satu khasiat dari bawang merah. Bawang kaya akan sulfur, yang mampu meningkatkan sirkulasi darah dan memperkuat rambut. Siapkan ramuan dengan cara membuat jus bawang merah terlebih dahulu. Pijatlah kulit kepala dengan hot coconut oil selama 30 minit, sebelum mengoleskan jus bawang untuk membuka pori-pori kulit kepala. Lalu, tutup rambut Anda dengan handuk hangat untuk menguapkan rambut.

Menumbuhkan rambut
Memijat kulit kepala Anda dengan jus bawang dapat meningkatkan sirkulasi darah, sehingga mengakibatkan pertumbuhan rambut baru. Sulfur dalam bawang merah tidak hanya mengurangi rambut rontok, tetapi juga menginduksi pertumbuhan rambut. Campurlah jus bawang merah dengan coconut oil dan pijat kulit kepala. Biarkan selama 40 minit dan kemudian bilas dengan sampo ringan.

Menyembuhkan infeksi kulit kepala
Gunakan jus bawang merah untuk menyembuhkan infeksi kulit kepala. Infeksi jamur dapat merusak rambut Anda dan juga menyebabkan kerontokan rambut yang parah. Selain mengobati infeksi kulit kepala, bawang merah juga membantu membuka pori-pori yang tersumbat dari folikel rambut.

Mengatasi kelemumur
Anda juga mampu menyingkirkan kelemumur dengan jus bawang merah. Campur jus bawang dengan lemon, dadih, dan tambahkan beberapa tetes madu. Oleskan pada rambut Anda dan biarkan selama 30 minit. Bilas dengan sampo anti-kelemumur ringan untuk menyingkirkan kelemumur secara alami.

Oke, semoga artikel mengenai manfaat bawang merah ini dapat bermanfaat bagi para pembaca semuanya. Jangan lupa selalu sediakan bawang merah di rumah

Ketumbuhan 55kg

Agensi
Punjab, India: Sekumpulan doktor di sini berjaya membuang satu ketumbuhan seberat 55 kilogram di paha seorang lelaki baru-baru ini.

Gumreet Singh, 26, dari Jalandhar, Punjab, utara India memberitahu, dia menyedari ada satu ketulan di paha kanannya tujuh tahun lalu.


Ketulan itu kemudian membesar sehingga menyebabkan dia tidak boleh memakai seluar kerana terlalu ketat.

Keadaan semakin buruk apabila ketumbuhan itu terus membesar sehingga menyebabkan dia terpaksa berhenti sekolah kerana tidak mampu lagi untuk bergerak.

Doktor mengesahkan ketumbuhan itu sejenis barah, tetapi tiada doktor yang berani membuangnya kerana terlalu berisiko.

Bagaimanapun, baru-baru ini sekumpulan doktor di New Delhi bersetuju untuk melakukan pembedahan membuang ketumbuhan berkenaan.

Dalam pembedahan pada 21 Oktober lalu, doktor membuang ketumbuhan seberat 55 kilogram itu, termasuk kaki kanan dan sebahagian tulang pelvisnya.

Berat Gumreet kini 35 kilogram, bermakna ketumbuhan itu seberat hampir dua kali ganda daripada berat badannya.

Gumreet berkata, walaupun kaki kanannya terpaksa dipotong, tetapi dia tetap lega kerana tidak perlu membawa ketumbuhan yang berat itu lagi.

“Saya kini sudah mampu berdiri dan dengan bantuan kaki palsu, saya berharap dapat berjalan semula,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 Oktober 2015 @ 6:41 AM

GUMREET sebelum menjalani pembedahan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/89009#sthash.pHRk1kFJ.dpuf

Wednesday, October 28, 2015

Empurau RM1,000 sekilo dipamerkan di Kota Samarahan bulan depan


Oleh Mohd Roji Kawi

KOTA SAMARAHAN: Dengan harga mencecah RM1,000 sekilogram, Empurau diperakui sebagai spesis ikan air tawar termahal di Malaysia.
Ia bakal menjadi tarikan utama sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Kebangsaan yang dijadualkan berlangsung di Dewan Suarah Kota Samarahan, di sini hujung bulan depan.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata sudah tiba masanya ikan eksotik termahal pernah direkodkan itu dipamerkan kepada umum kerana sebelum ini mungkin ramai yang hanya mendengar namanya.
Beliau berkata, ikan itu yang hanya ditemui di kawasan hulu sungai di negeri ini ibarat 'permata yang perlu digilap' dan mampu memperkenalkan Sarawak di mata dunia.
"Sudah tiba masanya untuk kita tonjolkan ikan empurau ke seluruh dunia dan sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Kebangsaan kali ini adalah platform terbaik untuk tujuan itu.
"Saya yakin sambutan itu nanti akan menarik ramai pengunjung termasuk dari luar Sarawak malah juga dari luar negara," katanya.
Beliau berkata demikian selepas mendengar taklimat persediaan sambutan itu di Dewan Suarah, di sini, petang ini.
Yang hadir sama Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang yang juga Menteri Pemodenan Pertanian Sarawak.
Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Kebangsaan 2015 dijadual dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, 28 November ini sempena lawatan kerja beliau ke Sarawak.
Ahmad Shabery berkata, kali terakhir sambutan itu diadakan di Sarawak ialah pada 1987.
"Selepas 28 tahun, kita memutuskan untuk mengadakannya semula di sini dan ia bersesuaian kerana sebagai negeri pertanian, sambutan itu akan melonjakkan lagi sektor pertanian di Sarawak.
"Banyak produk baharu akan kita tonjolkan sepanjang sambutan itu nanti yang saya percaya akan memberi banyak manfaat kepada masyarakat peladang, penternak dan nelayan," katanya

Bina kerusi roda khas buat isteri


Bina kerusi roda khas buat isteri

27 OKTOBER 2015
Bina kerusi roda khas buat isteri Xu Suobao membuat kerusi roda khas untuk isterinya. - Foto CEN

HENAN - CHINA. Kasih sayang terhadap isterinya mendorong seorang warga emas berusia 79 tahun membuat kerusi roda khas buat isterinya itu bagi memastikan dia dapat bersama- sama ke mana jua dia pergi.

Xu Suobao mencipta kerusi roda khas buat isterinya, Zhou Shudi, 75, yang menderita penyakit rheumatism sejak 40 tahun lalu dengan meletakkan kerusi tambahan di belakang kerusi roda isterinya.

Pasangan yang tinggal di Luoyang, tengah China kini sudah boleh bergerak ke mana-mana bersama dengan kerusi roda ini malah kerusi tambahan itu turut boleh dilaras dan disimpan jika memerlukan Xu menolak isterinya.

Suami isteri warga emas ini menarik perhatian netizen selepas kisah mereka dimuatnaik dan menjadi viral di China malah turut digelar sebagai  "The Most Beautiful Couple".

Kerusi roda yang menggunakan kuasa bateri ini juga turut dilengkapi dengan tandas kecemasan memandang penyakit dihadapi Zhou yang menyebabkan sendi dan ototnya sakit.

Ekosistem unik gua Er Wang Dong

Ekosistem unik gua Er Wang Dong
Ekosistem unik gua Er Wang Dong
GUA Er Wang Dong yang terletak di wilayah Chongquing, China menyimpan rahsia dan keunikannya tersendiri.

Keluasan gua ini juga amat menakjubkan dengan ukuran 42,139 kilometer (km) panjang dan mencatat kedalaman maksimum 441 meter.

Oleh kerana saiznya yang begitu besar, ia dikatakan mempunyai sistem cuaca sendiri.

Pada 2013, seramai 15 ahli arkeologi dari Hong Meigui Cave Exploration Society bersama jurugambar telah menemui gua ini secara tidak sengaja ketika meneroka gua-gua lain yang terdapat di sekitar Chongquing.

Mereka mendapati, pintu masuk ke gua ini agak tersembunyi dan sebaik melangkah masuk, mereka terkejut melihat ruang gua yang luas dan terdapat awan nipis di dalamnya.

Awan jelas kelihatan di salah satu ruang gua dikenali sebagai Cloud Ladder Hall yang berkeluasan 12.5 hektar.

"Saya tidak pernah melihat keadaan seperti ini di mana-mana gua. Awan tebal dan kabus tergantung di separuh bahagian atas gua di mana ia akan terperangkap.

"Tambah istimewa apabila mengetahui kumpulan kami adalah yang pertama menjejakkan kaki ke dalam gua ini," kata Robbie Shone, jurugambar dari Manchester.

Shone turut menjelaskan bahawa beberapa gua berhampiran pintu masuk Er Wang Dong pernah digunakan oleh pelombong nitrat, tetapi mereka tidak pernah menjejakkan kaki ke dalam gua tersebut. - Sciencealert

45 tahun hidup tanpa jiran


45 tahun hidup tanpa jiran
45 tahun hidup tanpa jiran
27 OKTOBER 2015

SEJAK 45 tahun lalu, Martin, 79, dan Sinforosa Colomer, 82, menjadi satu-satunya penduduk La Estrella, sebuah perkampungan yang ditinggalkan di Sepanyol.

Peneman mereka hanyalah haiwan peliharaan seperti ayam, kucing dan lebah.

Menurut sumber, ribut pada tahun 1883 meragut nyawa hampir separuh penduduk kampung dan memusnahkan sekurang-kurangnya 17 rumah. Sejak itu, penduduk tempatan mula meninggalkan rumah mereka.

“Terdapat kira-kira 150 hingga 200 orang tinggal di sini sebelum ini. Kami ada guru, kakitangan profesional dan Datuk Bandar. Namun, dalam tempoh setahun hingga dua tahun, hampir semua orang berpindah keluar.

“Ramai bertanya bagaimana kami boleh hidup dalam keadaan begini. Banyak perkara boleh dilakukan dengan haiwan peliharaan dan pokok ceri kami. Kadang kala ada juga yang datang melawat pada hujung minggu,” menurut Martin.

Hari ini, Martin dan Sinforosa tinggal dalam keadaan sederhana tanpa kemudahan telefon, televisyen, elektrik dan air. Kereta lama yang dimiliki digunakan untuk membawa mereka ke bandar terdekat terletak sekurang-kurangnya 25 kilometer. – Oddity Central

Tuesday, October 27, 2015

Bintang YouTube kaya


Beli rumah RM18.9 juta hasil main permainan video

Pada usia 23 tahun, Jordan Maron mampu membeli rumah mewah bernilai RM18.9 juta hasil pendapatan bermain permainan video di YouTube. AGENSI
LOS ANGELES 26 Okt. - Seorang bintang YouTube, membuktikan sesiapa sahaja boleh berjaya jika mempu­nyai keazaman apabila dia membeli sebuah rumah mewah di atas bukit bernilai AS$4.5 juta (RM18.9 juta) menerusi hasil pendapatannya bermain permainan video, Minecraft di laman perkongsian video itu.
Rumah agam tiga tingkat milik Jordan Maron, 23, itu atau lebih dikenali di YouTube sebagai CaptainSparklez terletak di Sunset Strip di Hollywood Hills, lapor portal Business Insider.
Kediaman itu turut mempunyai tiga bilik tidur, lima bilik air serta sebuah kolam renang.
Rumah seluas lebih 380 meter persegi itu terletak berhampiran dengan kediaman Marcus Persson, pencipta permainan Minecraft yang membeli sebuah kediaman di situ pada 2014 dengan harga AS$70 juta (RM295 juta).
Maron, menerusi saluran CaptainSparklez yang ditonton seba­nyak 1.9 bilion orang, mempunyai lebih 8.8 juta pelanggan.
Saluran CaptainSparklez memaparkan video menampilkan Maron sendiri yang bermain Minecraft sebelum dia menandatangani kontrak bersama Polaris, sebuah rangkaian pelbagai saluran Maker Studios, yang juga anak syarikat, The Walt Disney Company.
Semua permainan video itu jelas membawa tuah kepada Maron yang menerima hasil lumayan menerusi pekerjaan berkenaan.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/bintang-youtube-kaya-1.151006#sthash.OAqrFv4q.dpuf

Sewa mahal, kontena diubah jadi kediaman


Luke Iseman (kanan) dan Heather Stewart bersembang di dalam sebuah kontena yang diubah menjadi kediaman mereka. AGENSI
OAKLAND 26 Okt. – Kecewa dengan sewa bilik terlalu mahal di bandar San Francisco, sepasang kekasih mencari inisiatif baru dengan menukar sebuah kontena menjadi kediaman mereka berdua.
Menurut laman web Oddity Central, pasangan Luke Iseman dan Heather Stewart, sanggup mengeluarkan belanja semata-mata ‘membina’ sebuah rumah daripada kontena yang digelar sebagai ‘Containercopia’.
“Sewa bilik terlalu mahal sehingga mencecah AS$3,500 (RM14,700) sebulan, menyebabkan kami mencari idea untuk mereka rumah ini,” ujarnya.
Iseman dan Stewart mengeluarkan belanja sebanyak AS$2,300 (RM9,700) untuk membeli kontena di Pelabuhan Oakland sebelum ‘mengubahnya’ menjadi tempat berteduh mereka berdua.
“Kami juga hanya membelanjakan kira-kira AS$12,000 (RM50,600) bagi ‘menuka rkan’ kontena itu menjadi ‘Containercopia’, sebuah rumah yang dilengkapi dengan tandas, bilik air, bilik tidur, dan tingkap kaca,” ujarnya lagi.
Rumah diperbuat daripada kontena merupakan pemandangan biasa di perkampungan Oakland, di sini berikutan kos sara diri terlalu tinggi sehingga mereka tidak mampu menyewa rumah.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/sewa-mahal-kontena-diubah-jadi-kediaman-1.151004#sthash.OPQXtGwq.dpuf

Suami obses kasut jenama Adidas


JASON Oxlee sangat taksub dengan kasut jenama Adidas sehingga mengabaikan keluarganya. Agensi
LONDON 26 Okt. – Seorang lelaki di Leeds, London yang begitu obses mengumpul kasut sukan jenama Adidas sehingga mengabaikan keluarganya, kini mungkin terpaksa berdepan dengan penceraian.
Jason Oxlee, 44, yang dilapor memiliki 150 pasang kasut jenama tersebut, dikatakan sanggup berhabis duit bagi menambah koleksinya sehingga mengabaikan keluarga.
Mirror UK melaporkan, keadaan itu menyebabkan isterinya, Faye, 36, memberi kata dua kepadanya sama ada mahu memilih keluarga atau kasut kesayangannya.
Menurut Faye, setiap bulan, Oxlee yang bekerja sebagai pengurus membelanjakan 100 pound (RM650) hanya untuk memastikan dia memiliki kasut yang diingininya.
Tambah wanita itu, suaminya sanggup meminta anak-anak mereka berkongsi bilik kerana mahu menyimpan kasut di bilik berkenaan.
“Rumah kami sudah penuh dengan kasut termasuk kotaknya sekali. Saya tidak tahu bagaimana untuk melalui kehidupan seperti itu dengannya.
“Saya terpaksa memintanya memilih antara saya atau Adidas. Adalah tidak normal untuk memenuhkan kasut di setiap ceruk rumah,” katanya.
Faye berkata, suaminya menyimpan 50 pasang kasut di bawah katil mereka, 80 pasang di loteng, dan 20 pasang lagi di setiap ceruk dalam rumahnya.
Koleksi kasut Adidas edisi khas Oxlee juga dianggarkan bernilai hampir 15,000 pound (RM96,000).
Oxlee dan Faye yang berkahwin sembilan tahun lalu, mempunyai tiga orang anak berumur antara lapan hingga tiga tahun.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/suami-obses-kasut-jenama-adidas-1.151008#sthash.hgcL7xMf.dpuf

Monday, October 26, 2015

Biskut Titanic dijual RM98,000


London: ‘Biskut paling berharga di dunia’ yang masih disimpan selepas kapal Titanic karam pada 1912 dijual dengan harga 15,000 pound (RM98,000) dalam lelong yang diadakan di United Kingdom, manakala gambar dipercayai menunjukkan bongkah ais yang menyebabkan nahas berkenaan dijual dengan harga 21,000 pound (RM137,000).

Jurulelong Andrew Aldridge dari firma lelong Henry Aldridge & Son berkata, biskut kering Spillers and Bakers Pilot itu yang ditemui dalam kit kecemasan dalam bot keselamatan dijual kepada pengumpul di Greece dan jauh menjangkaui harga jangkaan iaitu antara 8,000 hingga 10,000 pound (RM52,000-RM65,000).

Biskut itu disimpan James Fenwick, penumpang kapal Carpathia yang datang membantu mangsa Titanic yang terselamat.

Dia menyimpannya dalam sampul yang ditulis ‘Biskut Pilot dari bot keselamatan Titanic, April 1912.’



Gambar bongkah ais berkenaan pula dijual jauh menjangkaui 10,000 hingga 15,000 pound (RM97,000) yang dianggarkan pada awalnya.

Kapal Titanic karam selepas empat hari belayar melintasi Lautan Atlantik dari Southampton di England ke New York.

Ia melanggar bongkah ais pada 14 April 1912 mengakibatkan lebih 1,500 terbunuh. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Oktober 2015 @ 5:10 AM


BISKUT (kiri) dan gambar bongkah ais dari nahas Titanic.

Gadis hidup mewah jual produk di internet


Zoe Sugg menunjukkan buku hasil tulisan pertamanya bertajuk Girl
Zoe Sugg menunjukkan buku hasil tulisan pertamanya bertajuk Girl Online yang berjaya dijual sebanyak 78,109 naskah dalam masa seminggu, tahun lalu. AGENSI
LONDON 25 Okt. – Penglibatan tidak sampai enam tahun dalam dunia media sosial ternyata membawa keuntungan kepada seorang gadis, kerana ia bukan sahaja membuat dia menjadi terkenal, tetapi juga mampu hidup mewah dalam sekelip mata.
Menurut portal Mail Online, Zoe Sugg, yang mula memuat naik video tentang fesyen dan kecantikan di saluran YouTubenya pada 2009, kini mula terkenal dan mempunyai 3.7 juta pengikut di Twitter.
Gadis berusia 24 tahun itu yang turut dikenali sebagai Zoella, turut berjaya menarik perhatian hampir 20 juta pengguna YouTube, walaupun video berkenaan diambil dari bilik tidurnya sendiri.
Sebelum ini, dia berjaya membeli sebuah rumah agam lima bilik berharga sejuta pound (RM6.4 juta) di kawasan Brighton, Britain hasil pendapatan yang diperolehi daripada penglibatannya dalam Internet.
Dia kini mengenakan bayaran 20,000 pound (RM129,268) sebulan kepada pengiklan yang mahu meletakkan produk mereka di laman sosialnya selain berkongsi panduan tentang kecantikan.
Tahun lalu, Sugg berjaya menjual buku pertamanya bertajuk Girl Online sebanyak 78,109 naskah dalam masa seminggu, sekali gus menewaskan beberapa nama besar dalam dunia penulisan termasuk penulis siri novel Harry Potter, J.K Rowling.
Buku Sugg yang bertajuk Girl Online itu juga lima kali ganda lebih laris daripada buku romantik berjudul Fifty Shades of Grey hasil tulisan, penulis EL James.
“Saya tidak pernah merasakan diri saya sebagai seorang selebriti yang mempunyai ramai peminat, sebaliknya saya adalah seorang gadis biasa yang bernama Zoella,” ujarnya ketika ditemubual bersama Richard Godwin, baru-baru ini.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/gadis-hidup-mewah-jual-produk-di-internet-1.150678#sthash.jySC4MZE.dpuf

Sunday, October 25, 2015

CEO Twitter beri 6.8 juta saham untuk naikkan semangat pekerja





SAN FRANCISCO – Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Twitter, Jack Dorsey (gambar) berusaha menaikkan semangat saki-baki pekerjanya dengan memberikan 6.8 juta sahamnya di firma ber­kenaan kepada mereka.
Tindakan itu dibuat selepas Dorsey membuang lebih 300 pekerja menamatkan perkhidmatan 8 peratus tenaga kerja di Twitter dalam usaha membawa keuntungan pertama kepada syarikat itu selepas sembilan tahun penubuhannya.
Beliau melepaskan pegangan saham ber­kenaan yang bernilai lebih AS$200 juta (RM861 juta) untuk diagihkan kepada kakitangannya, menurut dokumen yang dikemukakan kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa kelmarin.
“Saya lebih gemar memiliki sebahagian kecil daripada sesuatu yang besar berbanding sebahagian besar daripada entiti kecil.
Saya yakin kita boleh membuat Twitter besar,” kata CEO itu di akaun Twitternya.
Dorsey masih memiliki seba­nyak 15 juta saham Twitter bernilai AS$460 juta (RM1.98 bilion) berdasarkan harga pasaran semasa.
Beliau sedang berusaha menjadikan Twitter lebih menarik kepada orang ramai, melangkaui sejumlah 300 juta pengguna setianya.
Laman sosial paling popular di dunia, Facebook pula mempunyai seramai 1.5 bilion pengguna. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1025&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3pWfgBLaj 
Hakcipta terpelihara 

Saturday, October 24, 2015

Doktor selamatkan bayi terkecil



AGENSI - SAIZ Pixie semasa dilahirkan lebih kecil daripada tapak tangan ibunya.


CORNWALL, Britain – Pasukan doktor di sini bagaikan tidak percaya dapat menyelamatkan seorang bayi yang dilahirkan amat kecil dengan berat badan 0.5 kilogram (kg) dan bersaiz lebih kecil daripada tapak tangan ibunya.
Dilahirkan tiga bulan awal secara pembedahan caesarean, Pixie Griffiths-Grant dikejarkan ke pusat rawatan rapi dan terpaksa diletakkan di dalam bekas plastik sandwic pasar raya bagi memanaskan badannya.
Selepas berjaya menangani masalah jangkitan, pembedahan dan pemindahan darah, Pixie kini mencapai usia lima bulan dengan berat badan 3.4kg iaitu berat bagi seorang bayi normal yang baru lahir.
“Saya sangat gembira apabila diberitahu dapat membawa Pixie pulang. Ramai yang menantinya untuk kembali ke rumah,” ujar ibu Pixie, Sharon Grant, 37.
Oleh kerana saiz yang amat kecil, bayi perempuan itu diletakkan di dalam inkubator selama tiga bulan selepas dilahirkan, manakala Sharon tidak dibenarkan memeluk Pixie selama 18 hari pertama kerana setiap kali dipegang, dia akan kehilangan berat badan.
Bayi pramatang mudah terdedah kepada hipotermia dan beg plastik tersebut bertindak sebagai selimut bagi memanaskan tubuh kecil mereka. – Agens


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1024&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm#ixzz3pQqRtmJe 
Hakcipta terpelihara 

Senaman merangkak di China


Sekumpulan penduduk China percaya melakukan aktiviti merangkak
Sekumpulan penduduk China percaya melakukan aktiviti merangkak selama empat jam sehari boleh menyihatkan tubuh badan dan memberi kelegaan di bahagian belakang. AGENSI
HENAN, China 23 Okt. – Sekumpulan penduduk China percaya, berjalan menggunakan tangan dan kaki menyerupai aktiviti merangkak dalam tempoh tertentu boleh menyihatkan badan termasuk menguatkan tulang belakang mereka.
Menurut portal Mail Online, senaman itu menjadi trend terbaharu di bandar Zhengzhou, wilayah Henan di timur negara ini, apabila sekumpulan individu melakukan senaman fanatik itu selama empat jam sehari di sekitar sebuah taman, di sini.
Aktiviti itu disertai kumpulan wanita dan lelaki semua peringkat umur.
Beberapa peserta mendakwa mereka merasai lebih sihat dan boleh memberi kelegaan sakit di bahagian leher dan bahagian belakang selepas merangkak untuk tempoh tertentu.
Kebanyakan mereka memakai sarung tangan ketika merangkak bagi mengelakkan sebarang kecederaan di bahagian tangan.
Senaman luar biasa itu menarik perhatian orang ramai yang melalui kawasan itu.
Ketika melakukan senaman itu, mereka turut melakukan senaman-senaman ringan dengan mengangkat bahagian bahu dan kaki.
Ramai peserta percaya trend merangkak itu sangat berfaedah dan memberi kesihatan yang lebih baik.
Seorang peserta yang kerap melakukan senaman tersebut, Wang berkata, senaman itu menyembuhkan sakit belakang yang dialami sejak beberapa tahun lalu.
“Menjadi kelaziman kepada saya untuk melakukan senaman ini yang memerlukan saya merangkak di sekeliling taman ini,” ujarnya.
Sementara itu, seorang doktor dari hospital tempatan, Lu Peiwan menyifatkan senaman merangkak itu mampu mengurangkan berat badan dan boleh mengurangkan tekanan yang dihadapi seseorang.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/senaman-merangkak-di-china-1.149852#sthash.zBQ1DVHF.dpuf

Friday, October 23, 2015

Rakam awan bentuk UFO atas gunung berapi



FENOMENA awan UFO bukan kali pertama berlaku, tetapi Voychuk hanya sempat merakamkan gambar awan tersebut ketika lawatannya baru-baru ini.- AGENSI


KLIN, Rusia – Beberapa keping gambar yang dirakamkan seorang lelaki menunjukkan awan berbentuk seperti objek terbang tidak dikenali (UFO) di atas gunung berapi di sini baru-baru ini.
Awan itu terbentuk selepas udara lembap berarak ke arah gunung sebelum melentur ke bawah dan membentuk seperti sebuah kapal angkasa UFO.
Gambar-gambar menarik itu dirakamkan oleh Vladimir Voychuk yang menyatakan fenomena itu bukan kali pertama berlaku tetapi hanya berkesempatan merakamnya baru-baru ini.


BENTUK awan itu kelihatan menarik kerana terhasil daripada wap dan asap gunung berapi. - AGENSI


"Awan-awan itu sangat cantik kerana tidak hanya terbentuk disebabkan oleh wap malah turut terhasil daripada asap gunung berapi Klyuchevskaya Sopka," ujarnya.
Menurut Voychuk, walaupun terpaksa menempuh perjalanan yang jauh, lokasi gunung berapi itu yang terletak di Kamchatka merupakan salah satu destinasi yang cantik untuk tujuan fotografi. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1023&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3pL1JeaUP 
Hakcipta terpelihara 

Bina istana pasir tertinggi di dunia



SEKUMPULAN 12 orang artis seni bertungkus lumus menyiapkan istana pasir.- AGENSI


FLORIDA – Sebuah binaan istana pasir yang dibina di pantai Virginia Key, Florida dengan menggunakan 1,800 tan pasir bakal dicatatkan sebagai istana pasir tertinggi di dunia.
Sekumpulan 12 artis seni membina istana yang mengagumkan itu dan bertujuan untuk menandingi rekod istana pasir tertinggi yang dicatatkan di bandar Niteroi, Brazil dengan ketinggian 12.6 meter.
ISTANA pasir di pantai Virginia Key, Florida ini bakal mencatat istana pasir tertinggi di dunia.– AGENSI


Proses pembinaan istana pasir itu telah dilakukan sejak tiga minggu lalu dan dijangka siap sepenuhnya hari ini, menurut portal WPLG.
Binaan tersebut juga akan dikekalkan di pantai terbabit sekurang-kurangnya selama tiga minggu.
Kumpulan penilai daripada Guinness World Records akan mengunjungi arca tersebut pada Isnin ini bagi mengukur dan mengesahkan pencapaian terbaharu itu.
Istana pasir berkenaan dibina atas permintaan syarikat penerbangan Turkish Airlines bagi menandakan perkhidmatan sulung syarikat penerbangan itu dari bandar Miami, Florida ke Istanbul, Turki. – AGENSI


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1023&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3pL14t3dF 
Hakcipta terpelihara