Pages

Wednesday, October 28, 2015

Ekosistem unik gua Er Wang Dong

Ekosistem unik gua Er Wang Dong
Ekosistem unik gua Er Wang Dong
GUA Er Wang Dong yang terletak di wilayah Chongquing, China menyimpan rahsia dan keunikannya tersendiri.

Keluasan gua ini juga amat menakjubkan dengan ukuran 42,139 kilometer (km) panjang dan mencatat kedalaman maksimum 441 meter.

Oleh kerana saiznya yang begitu besar, ia dikatakan mempunyai sistem cuaca sendiri.

Pada 2013, seramai 15 ahli arkeologi dari Hong Meigui Cave Exploration Society bersama jurugambar telah menemui gua ini secara tidak sengaja ketika meneroka gua-gua lain yang terdapat di sekitar Chongquing.

Mereka mendapati, pintu masuk ke gua ini agak tersembunyi dan sebaik melangkah masuk, mereka terkejut melihat ruang gua yang luas dan terdapat awan nipis di dalamnya.

Awan jelas kelihatan di salah satu ruang gua dikenali sebagai Cloud Ladder Hall yang berkeluasan 12.5 hektar.

"Saya tidak pernah melihat keadaan seperti ini di mana-mana gua. Awan tebal dan kabus tergantung di separuh bahagian atas gua di mana ia akan terperangkap.

"Tambah istimewa apabila mengetahui kumpulan kami adalah yang pertama menjejakkan kaki ke dalam gua ini," kata Robbie Shone, jurugambar dari Manchester.

Shone turut menjelaskan bahawa beberapa gua berhampiran pintu masuk Er Wang Dong pernah digunakan oleh pelombong nitrat, tetapi mereka tidak pernah menjejakkan kaki ke dalam gua tersebut. - Sciencealert

No comments: