Pages

Thursday, September 24, 2015

Putin rasmikan masjid baru di Moscow


Moscow: Presiden Vladimir Putin semalam merasmikan sebuah masjid yang juga antara yang terbesar di Eropah.

Berucap di majlis perasmian itu, Putin memberi amaran mengenai usaha militan seperti Negara Islam (IS) memujuk rakyat Russia menyertai pertubuhan seumpama itu.


Pemimpin Turki dan Palestin, Recep Tayyip Erdogan serta Mahmoud Abbas, adalah antara tetamu kehormat pada perasmian masjid seluas 20,000 meter persegi di ibu negara Russia itu.

“Masjid ini akan menjadi pusat kerohanian yang amat penting bagi penduduk Islam, bukan saja di Moscow malah seluruh Russia.

“Ia mampu menjadi pusat pendidikan serta menyebarkan pemikiran kemanusiaan dan nilai sebenar Islam,” katanya.

Masjid berkubah warna firuz itu mampu memuatkan lebih 10,000 jemaah dan antara yang terbesar di negara itu yang mempunyai kira-kira 20 juta orang Islam.

Projek bernilai AS$170 juta (RM739 juta) yang mengambil masa 10 tahun untuk disiapkan mencetuskan kontroversi selepas masjid lama di lokasi itu dirobohkan. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 September 2015 @ 6:14 AM

ORANG ramai mendengar ucapan Putin ketika dia berucap merasmikan masjid baru di Moscow, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/79856#sthash.7jXLAwUZ.dpuf

No comments: